Permohonan Undi Pos Online Dalam & Luar Negara (PRU15)
Permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dibuka serta-merta selaras pengumuman pembubaran Parlimen Penggal ke-14 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 10 Oktober 2022.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, tarikh tutup permohonan akan dimaklumkan kelak selepas SPR bermesyuarat bagi menentukan tarikh-tarikh pilihan raya.
Untuk permohonan undi pos bagi Kategori 1A (Petugas Pilihan Raya, Ahli / Pegawai SPR, Anggota Polis, Anggota Tentera, dan Petugas Media), hendaklah memohon secara manual menggunakan Borang 1A.
Borang boleh dimuat turun dari portal rasmi SPR dan dihantar ke Pejabat Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya berkenaan.
Alamat dan maklumat Pejabat Pegawai Pengurus boleh dirujuk di portal rasmi SPR.
Manakala bagi Kategori 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara) dan 1C (agensi/organisasi) pula, permohonan hendaklah dikemukakan secara dalam talian (online) melalui portal MySPR.
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara Permohonan undi pos untuk dalam dan luar negara.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Kenyataan Rasmi Permohonan Undi Pos SPR
Berikut dikongsikan kenyataan rasmi tentang undi pos dan langkah-langkah untuk membuat pendaftarannya.
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA
KENYATAAN MEDIA
Bil. 23 / 2022
PERMOHONAN UNDI POS DALAM DAN LUAR NEGARA BAGI PILIHAN RAYA UMUM KE-15 (PRU KE-15)
1. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengambil maklum akan pengisytiharan pembubaran Parlimen Penggal ke-14 yang telah dibuat oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia setelah diperkenan oleh KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 10 Oktober 2022 (Isnin).
2. Sehubungan dengan itu, SPR ingin memaklumkan permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU Ke15), kini dibuka serta-merta. Manakala, tarikh tutup permohonan akan dimaklumkan kelak selepas SPR bermesyuarat bagi menentukan tarikh-tarikh pilihan raya.
3. Seterusnya untuk permohonan undi pos bagi Kategori 1A (Petugas Pilihan Raya, Ahli/Pegawai SPR, Anggota Polis, Anggota Tentera, dan Petugas Media), hendaklah memohon secara manual menggunakan Borang 1A yang dimuat turun dari portal rasmi SPR di https://www.spr.gov.my, dan dihantar ke Pejabat Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya berkenaan. Alamat dan maklumat Pejabat Pegawai Pengurus boleh dirujuk di portal rasmi SPR jua.
4. Manakala, bagi Kategori 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara) & 1C agensi/organisasi) pula, permohonan hendaklah dikemukakan secara dalam talian (online) melalui portal berikut: https://myspr.spr.gov.my/login.
5. SPR juga ingin memaklumkan bahawa satu mesyuarat khas bagi membincangkan dan menentukan tarikh-tarikh penting PRU Ke-15 dengan turut mengambil kira pelaksanaan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N.66 Bugaya, Sabah akan diadakan pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Sekian, terima kasih.
DATO’ INDERA IKMALRUDIN ISHAK
Setiausaha
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
10 Oktober 2022 / 13 Rabiulawal 1444H
Kategori Pengundi Pos
Terdapat tiga (3) kategori undi pos:
i. Kategori 1A:
Anggota polis dan tentera yang tidak dapat hadir undi awal kerana bertugas, petugas media yang menjalankan urusan liputan penjalanan pilihan raya, Ahli/pegawai SPR dan petugas pilihan raya.
Kategori ini perlu memohon undi pos secara manual menggunakan Borang 1A*.
Borang boleh dimuat turun dari portal rasmi SPR dan dihantar ke Pejabat Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya berkenaan.
*Muat Turun Lampiran: Borang 1A
BORANG_1A-SPR-UNDI_POSDownload
ii. Kategori 1B:
Warganegara Malaysia yang bermastautin di luar negara dan telah layak mengundi.
Kategori ini perlu memohon undi pos secara atas talian (online) melalui portal berikut: https://myspr.spr.gov.my/login
iii. Kategori 1C:
Anggota 9 Agensi Kerajaan dalam sektor kesihatan dan keselamatan.
Kategori ini perlu memohon undi pos secara atas talian (online) melalui portal berikut: https://myspr.spr.gov.my/login
iv. Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara:
Pegawai Kersajaan dan pasangan serta pelajar di institusi pengajian tinggi dan pasangan yang bermastautin di luar negara dan telah didaftarkan sebagai PTH luar negara.
Kategori ini tidak perlu memohon undi pos kerana telah didaftarkan sebagai pengundi pos secara automatik.
Cara Daftar Undi Pos Online
Berikut dikongsikan cara untuk mendaftar sebagai pengundi pos online di Portal SPR.
LANGKAH 1
Buka laman web https://myspr.spr.gov.my/ dan klik ke bahagian PERKHIDMATAN DALAM TALIAN.
LANGKAH 2
Sila log masuk menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang didaftarkan.
LANGKAH 3
Di bahagian kiri, anda akan nampak bahagian PERMOHONAN UNDI POS.
Klik pada bahagian tersebut.
LANGKAH 4
Sila lengkapkan maklumat Bahagian A dan semak maklumat dengan teliti.
Lengkapkan setiap bahagian dan isikan nombor telefon dengan lengkap.
Setelah lengkap, tandakan (/) pada kotak pengakuan dan klik DAFTAR.
LANGKAH 5
Isikan no TAC yang dihantar ke e-mel anda.
LANGKAH 6
Sahkan maklumat seterusnya.
LANGKAH 7
Selesai. Anda boleh memuat turun Borang 1B untuk simpanan rekod masing-masing.
NOTA:
Bagi yang belum mendaftar sebagai pengguna MySPR atau ingin membuat penukaran alamat mengundi, sila rujuk:
Bagaimana Cara Undi Pos Dalam Negara?
Bagi anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Media dan Petugas Pilihan Raya, permohonan kertas undi pos perlu dikemukakan melalui Ketua Jabatan/majikan masing-masing.
i) ANGGOTA TENTERA ATM, PDRM
Ketua Jabatan ATM, PDRM akan melantik Pegawai Penyelaras atau Pegawai Yang Bertanggungjawab (PYB) untuk menyelaraskan permohonan undi pos di Jabatan masing-masing.
Bagi anggota ATM, dan PDRM, Borang 1A yang telah dilengkapkan perlu dikemukakan untuk pengesahan daripada Ketua Jabatan.
Selepas mendapat pengesahan Ketua Jabatan, borang tersebut perlu dihantar kepada PYB.
Adalah menjadi tanggungjawab PYB untuk mengemukakan borang-borang tersebut ke pejabat Pegawai Pengurus yang berkaitan
ii) PETUGAS MEDIA:
Bagi petugas media, Borang 1A yang telah siap diisi perlu dikemukakan untuk pengesahan daripada majikan.
Selepas mendapat pengesahan majikan, borang tersebut perlu dikemukakan ke pejabat Pegawai Pengurus.
Alamat pejabat Pegawai Pengurus boleh didapati di laman web SPR.
iii) PETUGAS PILIHANRAYA
Bagi Petugas Pilihan Raya, Borang 1A yang telah dilengkapkan perlu dikemukakan untuk perakuan daripada Pegawai Pengurus di Bahagian Pilihan Raya di mana beliau bertugas.
Pegawai Pengurus tersebut perlu mengemukakan permohonan yang telah diperakukan ke pejabat Pegawai Pengurus di mana Petugas Pilihan Raya tersebut mengundi.
Bagaimana Cara Undi Pos Luar Negara?
Warganegara Malaysia yang telah layak mengundi dan bermastautin di luar negara boleh memohon untuk mengundi secara pos.
Permohonan perlu dilakukan secara atas talian (online) di portal MySPR melalui pautan berikut: https://myspr.spr.gov.my/login.
Garis panduan untuk memohon undi pos secara atas talian (online) pula boleh dimuat turun di laman web SPR.
Syarat-syarat kelayakan pengundi pos Kategori 1B (Luar Negara) seperti yang dilaksanakan sebelum ini telah dimansuhkan:
Bermastautin di luar negara kecuali di Wilayah Selatan Thailand (Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun), Singapura, Brunei dan Kalimantan, Indonesia; dan
Pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh lima (5) tahun sebelum tarikh pembubaran Dewan Rakyat/Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa.
Sila rujuk cara-cara mengundi pos luar negara dalam infografik di bawah:
Soalan Lazim
1.Apakah kategori-kategori pengundi yang boleh mengundi pos?
Terdapat tiga (3) kategori undi pos:
i. Kategori 1A: Anggota polis dan tentera yang tidak dapat hadir undi awal kerana bertugas, petugas media yang menjalankan urusan liputan penjalanan pilihan raya, Ahli/pegawai SPR dan petugas pilihan raya. Kategori ini perlu memohon undi pos secara manual menggunakan Borang 1A.
ii. Kategori 1B: Warganegara Malaysia yang bermastautin di luar negara dan telah layak mengundi. Kategori ini perlu memohon undi pos secara atas talian (online) melalui portal berikut: https://myspr.spr.gov.my/login
iii. Kategori 1C: Anggota 9 Agensi Kerajaan dalam sektor kesihatan dan keselamatan. Kategori ini perlu memohon undi pos secara atas talian (online) melalui portal berikut: https://myspr.spr.gov.my/login
iv. Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara: Pegawai Kersajaan dan pasangan serta pelajar di institusi pengajian tinggi dan pasangan yang bermastautin di luar negara dan telah didaftarkan sebagai PTH luar negara. Kategori ini tidak perlu memohon undi pos kerana telah didaftarkan sebagai pengundi pos secara automatik.
2. Siapakah rakyat Malaysia di luar negara yang layak memohon untuk mengundi secara pos ?
Semua warganegara Malaysia yang telah layak mengundi dan bermaustatin di luar negara layak memohon undi pos di bawah Kategori 1B (Luar Negara). Walau bagaimanapun, bagi pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi dan penjawat awam yang bermastautin di luar negara dan telah didaftarkan sebagai Pengundi Tidak Hadir (PTH), mereka tidak perlu memohon kerana telah didaftarkan sebagai pengundi pos secara automatik.
3. Adakah rakyat Malaysia yang tinggal di Kalimantan Indonesia Wilayah Selatan Thailand Brunei dan Singapura tidak diberikan kemudahan untuk mengundi secara pos?
Kemudahan undi pos telah diberikan kepada semua rakyat Malaysia yang bermastautin di luar negara, termasuk di Kalimantan Indonesia, Wilayah Selatan Thailand, Brunei dan Singapura.
4.Saya merupakan seorang penjawat awam yang bertugas di luar negara dan mempunyai pasangan. Saya tidak mendaftar sebagai Pengundi Tidak Hadir (PTH). Adakah saya layak memohon untuk mengundi secara pos?
Ya. Anda dan pasangan layak memohon undi pos di bawah Kategori 1B (Luar Negara).
5.Saya merupakan seorang pelajar bersama pasangan di luar negara. Saya tidak mendaftar sebagai Pengundi Tidak Hadir (PTH). Adakah saya layak memohon untuk mengundi secara pos?
Ya. Anda dan pasangan layak memohon undi pos di bawah Kategori 1B (Luar Negara).
6.Apakah syarat-syarat yang dikenakan kepada pengundi yang tinggal di luar negara untuk mengundi secara pos?
Syarat-syarat untuk pengundi yang tinggal di luar negara untuk mengundi secara pos adalah seperti berikut:
i. Merupakan warganegara Malaysia yang telah layak mengundi di mana-mana Bahagian Pilihan Raya yang dipertandingkan; dan
ii. Bermaustatin di Luar Negara .
Syarat-syarat kelayakan pengundi pos Kategori 1B (Luar Negara) seperti yang dilaksanakan sebelum ini telah dimansuhkan:
- Bermastautin di luar negara kecuali di Wilayah Selatan Thailand (Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun), Singapura, Brunei dan Kalimantan, Indonesia; dan
- Pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh lima (5) tahun sebelum tarikh pembubaran Dewan Rakyat/Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa.
7.Bagaimana cara pengundi biasa yang tinggal di luar negara memohon untuk mengundi secara pos?
Pengundi yang tinggal di luar negara hendaklah memohon undi pos secara online. Kaedah permohonan adalah seperti berikut:
a.Mendaftar akaun portal MySPR di https://myspr.spr.gov.my/login.
b.Memohon undi pos melalui portal MySPR.
8.Adakah pengundi boleh memohon undi pos secara manual?
Hanya pengundi dalam Kategori 1A sahaja yang perlu memohon undi pos secara manual. Semua permohonan undi pos bagi Kategori 1B (Luar Negara) dan Kategori 1C (9 Agensi Kerajaan) dilaksanakan secara atas talian (online) di portal berikut: https://myspr.spr.gov.my/login. Permohonan secara manual bagi Kategori 1B dan 1C tidak akan diproses. PTH Luar Negara tidak perlu memohon undi pos kerana telah didaftarkan sebagai pengundi pos secara automatik.
9.Bilakah pengundi boleh membuat permohonan undi pos dan bilakah permohonan undi pos ditutup?
Pengundi di luar negara boleh mula memohon undi pos apabila tempoh permohonan undi pos bagi satu-satu pilihan raya telah dibuka.
Tarikh buka dan tutup permohonan undi pos bagi pilihan raya yang sedang berlangsung akan sentiasa dikemaskini di laman web SPR di pautan berikut: www.spr.gov.my.
10.Adakah SPR menyediakan garis panduan untuk memohon secara atas talian (online)?
Ya. Garis panduan untuk memohon undi pos luar negara boleh dimuat turun di portal berikut: https://myspr.spr.gov.my/login atau di laman web SPR di pautan berikut: www.spr.gov.my
11.Sekiranya saya membuat permohonan selepas tarikh penerimaan Borang 1B ditutup, adakah permohonan saya akan diproses?
Tidak.Bagi Kategori 1A, permohonan undi pos perlu dikemukakan kepada Pegawai Pengurus dimana pengundi akan mengundi sebelum tarikh tutup permohonan.Bagi Kategori 1B dan 1C, sistem permohonan undi pos akan ditutup pada jam 11.59 malam pada tarikh tutup permohonan undi pos dan pengundi tidak akan dapat memohon selepas tarikh tutup tersebut.
12.Jika permohonan saya untuk mengundi secara pos ditolak apakah sebabnya?
Antara sebab-sebab permohonan untuk mengundi secara pos ditolak adalah seperti yang berikut:
- Alamat surat-menyurat tidak lengkap;
- Salah pilih kategori undi pos;
- Bahagian perakuan tidak lengkap diisi (Kategori 1A dan 1C); dan
- Tidak memuatnaik semula Borang 1C yang telah diperaku oleh Ketua Jabatan/Majikan ke dalam portal MySPR (Kategori 1C)
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan Permohonan undi pos atau perkara lain berkaitan permohonan undi pos SPR ini anda boleh layari https://www.spr.gov.my/ atau hubungi SPR seperti berikut:
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA
Menara SPR
No.2, Jalan P2T, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 PUTRAJAYA
Tel : +603 8892 7200
Faks : +603 8892 7001
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang undian secara pos, sila rujuk saluran berikut:
Soalan Lazim SPR : https://www.spr.gov.my/
Borang 1A : Permohonan Undi Pos Dalam Negara
Cara-cara Mengundi Pos (Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia)
Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai Permohonan Undi Pos Online ini memudahkan anda. InsyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com