Puasa Sunat Hari Tarwiyah (8 Zulhijjah) Niat & Kelebihannya
NIAT PUASA SUNAT HARI TARWIYAH (8 ZULHIJJAH) DAN KELEBIHANNYA
Tidak lama lagi kita akan sampai ke bulan Zulhijjah, iaitu bulan terakhir dalam kalendar Islam. Terdapat beberapa amalan yang sunnah dapat kita lakukan di dalam bulan Zulhijjah yang istimewa ini antaranya Puasa Sunat Hari Tarwiyah.
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan niat serta kelebihan puasa sunat hari Tarwiyah untuk panduan anda.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Apakah Itu Hari Tarwiyah?
Puasa sunat pada hari Tarwiyah adalah berlangsung pada 8 Zulhijjah
Puasa Sunat Hari Tarwiyah termasuk dalam lapan hari yang disunatkan untuk berpuasa sebelum Hari Arafah (9 Zulhijjah).
10 hari terawal bulan Zulhijjah merupakan di antara hari-hari yang paling disukai serta dicintai oleh Allah SWT bagi orang yang melakukan amal soleh padanya.
Kenapa Dinamakan Tarwiyah?
Apakah makna tarwiyah?
Makna Tarwiyah disebutkan oleh Imam Ibn Qudamah di dalam kitabnya mempunyai dua sebab:
1.Para jemaah haji setelah berihram akan menuju ke Mina untuk bermalam.
- Ini kerana, pada keesokan harinya, mereka akan menuju ke Arafah.
- Ketika di Mina, para jemaah ini mempersiapkan air sebagai bekalan untuk dibawa ketika berwukuf di Arafah.
- Mempersiapkan air ini diistilahkan dengan Yatarowwaun (يتروون).
2.Selain itu, dinamakan juga dengan “Tarwiyah” adalah disebabkan pada malam tersebut, Nabi Ibrahim AS telah bermimpi buat kali yang pertama daripada Allah SWT agar menyembelih anaknya Nabi Ismail AS.
- Seharian Baginda AS berfikir dan tertanya-tanya kepada dirinya, apakah perintah itu datangnya daripada Allah SWT atau daripada syaitan.
- Tertanya-tanya itu juga diistilahkan dengan Yurowwi (يروي) dan itu adalah di antara sebab 8 Zul al-Hijjah dinamakan dengan hari Tarwiyyah.
Istimewanya Bulan Zulhijjah Puasa Sunat Hari Tarwiyah
Antaranya adalah puasa sunat dari 1 hingga 9 Zulhijjah. Terdapat kelebihan bagi siapa yang berpuasa pada 9 Zulhijjah kerana pada hari tersebut merupakan Hari Arafah dimana seluruh umat Islam yang menunaikan haji sedang berkumpul di Padang Arafah dan terdapat waktu mustajab untuk berdoa pada hari tersebut.
Seterusnya melaksanakan ibadah Korban pada Hari Raya AidilAdha atau pada hari Tasyriq. Bagi sesiapa yang berkemampuan, hendaklah mereka merebut peluang ini kerana ganjarannya amatlah besar disisi Allah SWT.
Dan yang terakhir, kita digalakkan mengagungkan kebesaran Allah dengan berzikir melalui bertahmid, bertasbih, bertahlil dan bertakbir.
Daripada Ibnu Abbas r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda:
مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ؟ قَالَ: وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ
Maksudnya: “Tiada hari-hari yang amalan soleh paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini iaitu Baginda memasukkan 10 hari terawal Zulhijjah. Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?” Baginda bersabda, “Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.”
[HR al-Bukhari, hadis sahih]
Puasa Sunat Hari Tarwiyah
Tarikh Hari Tarwiyah 2022
Hari Tarwiyah jatuh pada 8 Zulhijjah iaitu bersamaan dengan 8 Julai 2022 bagi umat Islam di Malaysia.
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 10 Julai 2022, menurut pengumuman rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja pada 29 Jun 2022.
Kelebihan Puasa Sunat Hari Tarwiyah
Makna Tarwiyah sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Ibn Qudamah di dalam kitabnya mempunyai dua sebab penamaan hari tersebut dengan hari Tarwiyah.
Para jemaah haji setelah berihram akan menuju ke Mina untuk bermalam. Ini kerana, pada keesokan harinya, mereka akan menuju ke Arafah. Ketika di Mina, para jemaah ini mempersiapkan air sebagai bekalan untuk dibawa ketika berwukuf di Arafah. Mempersiapkan air ini diistilahkan dengan Yatarowwaun (يتروون).
Selain itu, dinamakan juga dengan “Tarwiyah” adalah disebabkan pada malam tersebut, Nabi Ibrahim AS telah bermimpi buatkali yang pertama daripada Allah SWT agar menyembelih anaknya Nabi Ismail AS. Seharian Baginda AS berfikir dan tertanya-tanya kepada dirinya, apakah perintah itu datangnya daripada Allah SWT atau daripada syaitan. Tertanya-tanya itu juga diistilahkan dengan Yurowwi (يروي) dan itu adalah di antara sebab 8 Zul al-Hijjah dinamakan dengan hari Tarwiyyah. [Lihat: al-Mughni, 3/249]
Berkaitan kelebihan hari ini, terdapat sebuah hadith yang menyatakan bahawa berpuasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa selama setahun. Manakala berpuasa pada hari Arafah pula akan menghapuskan dosa selama dua tahun.
Dikatakan bahawa Rasululah SAW telah bersabda,
صَوْمُ يَوْمِ التَّرْوِيَةِ كَفَّارَةُ سَنَةٍ، وَصَوْمُ يَوْمِ عَرفَةَ كَفَّارَةُ سَنَتَيْنِ
Maksudnya: “Puasa pada hari Tarwiyah akan menghapuskan (dosa) selama setahun dan puasa pada hari Arafah pula akan menghapuskan (dosa) selama dua tahun.”
Hadith ini diriwayatkan oleh Imam al-Dailami di dalam kitabnya Musnad al-Firdaus [2/248].
NOTA: Para ulama berbeza pandangan dalam menilai hadith ini. Sebahagian mereka menilai status hadith ini adalah dhaif sebagaimana yang dinilai oleh Imam al-Suyuthi dan juga Imam al-Busiri. Tambahan pula, terdapat perawi di dalam sanad hadith ini dianggap sebagai pendusta. Sementara itu juga, terdapat perawi yang dinilai sebagai majhul (tidak dikenali). Ini kerana, Imam Ibn al-Jauzi menilai hadith ini sebagai palsu dan begitu juga Imam al-Syaukani serta Imam Ibn ‘Arraq al-Kinani.
Walaupun begitu, sebahagian ulama yang menilai hadith ini sebagai dhaif telah menjadikannya (hadith ini) sebagai dalil terhadap kelebihan berpuasa pada hari Tarwiyah. Ini kerana, sebahagian ulama membenarkan seseorang untuk beramal dengan hadith yang dha’if (lemah) di dalam bab fadhail al-A’mal selagimana ia tidak berkaitan dengan permasalahan aqidah atau hukum.
Sumber: IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-404: APAKAH MAKSUD HARI TARWIYAH DAN APAKAH KELEBIHANNYA ?
Niat Puasa Sunat Hari Tarwiyah
نَوَيْتُ صَوْمَ تَرْوِيَةَ سُنَّةً لِلّٰهِ تَعَالَى
“Saya berniat puasa sunat Tarwiyah kerana Allah Taala.”
Puasa Sunat Hari Tarwiyah
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut berkaitan Puasa Sunat Hari Tarwiyah atau pertanyaan berkaitan Puasa Sunat Hari Tarwiyah ini anda boleh hubungi pihak JAKIM di https://www.islam.gov.my/ms/ atau
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya, No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya
Tel: 03-8870 7000
Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai Puasa Sunat Hari Tarwiyah ini memudahkan anda. InsyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com