SPPAT KPM 2022 (Login & Semak Keputusan Sistem Peperiksaan Online)
Semakan Keputusan Peperiksaan UPSR, PT3, SPM 2022 SPMU dan STAM di sppat KPM LPM secara online (sistem pengurusan peperiksaan atas talian). Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan SPPAT, sebuah sistem pengurusan peperiksaan atas talian.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut berkaitan Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian SPPAT KPM untuk panduan semua.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Apa Itu SPPAT KPM
SPPAT atau nama penuhnya Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian merupakan satu sistem komprehensif bagi pengurusan pelbagai jenis peperiksaan yang boleh diakses oleh pihak sekolah, JPN, PPD dan sebagainya.
Dengan SPPAT juga, calon peperiksaan boleh menyemak keputusan ujian mereka dengan pantas dan mudah apabila keputusan peperiksaan telah diumumkan.
Anda boleh layari : http://sppat.moe.gov.my/
Cara Semakan Keputusan Peperiksaan Online
Dari semasa ke semasa, calon peperiksaan bagi peperiksaan SPM, PT3 dan UPSR boleh menyemak keputusan peperiksaan mereka dengan pantas melalui portal atau sistem SPPAT ini.
Calon yang mahu membuat semakan keputusan mereka hanya perlu memasukkan maklumat berikut:
- Nombor kad pengenalan
- Nombor angka giliran peperiksaan
Pastikan kedua-dua maklumat ini diisikan dengan betul bagi memastikan maklumat yang benar dipaparkan di portal SPPAT ini.
Walau bagaimanapun, harap maklum bahawa keputusan ujian yang dipaparkan dalam portal ini adalah keputusan peperiksaan secara ringkas sahaja
Info Penting Tentang SPPAT KPM
Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia hanya akan aktifkan fungsi semakan keputusan peperiksaan ini pada masa dan ketika bermulanya pengumuman tarikh dan masa bagi setiap peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM
Anda tetap perlu ke sekolah untuk mengambil slip rasmi ujian peperiksaan yang diambil dimana dokumen ini (sijil SPM) sangat penting untuk dibawa bagi anda yang mempunyai temuduga bagi mendapatkan pekerjaan.
Cara Pendaftaran Calon Persendirian Atau Ulangan SPM
Melalui portal SPPAT juga, calon persendirian bagi peperiksaan SPM juga boleh mendaftarkan diri di halaman.
Perkara sama juga boleh dilakukan oleh calon ulangan, iaitu para pelajar yang berhasrat mengulang semula beberapa subjek dalam SPM bagi memperbaiki markah SPM mereka.
Tidak semua subjek yang terlibat sebaliknya hanya subjek Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik sahaja yang ditawarkan untuk peperiksaan ulangan SPM ini.
Info Peperiksaan SPPAT KPM
SPPAT juga berungsi sebagai portal sehenti bagi mendapatkan maklumat-maklumat terkini bagi peperiksaan SPM, PT3 dan UPSR.
Pada bahagian kanan portal ini, terdapat ruangan “Makluman Terkini” di sebelah kanan skrin komputer anda yang memaparkan beberapa perkara-perkara penting peperiksaan yang diambil.
Cara Login SPPAT LPM (KPM)
SPPAT LPM Login (KPM) | Digital Mukmin akan kongsikan cara untuk mengakses laman web SPPAT LPM untuk rujukan anda.
Teringat masa dahulu, pada hari keputusan peperiksaan besar seperti UPSR, PMR atau SPM pasti akan mendebarkan, tambahan pula semasa dalam perjalanan ke sekolah. Semakin hampir di kawasan sekolah semakin kencang degupan jantung.
Namun dengan kemajuan teknologi maklumat pada masa kini, anda boleh membuat semakan keputusan peperiksaan besar hanya melalui atas talian (online). Laman web tersebut diwujudkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia iaitu Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian (SPPAT LPM)
PAUTAN SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN DI SPPAT LPM
PERKARA | PAUTANNYA |
Semakan keputusan peperiksaan | KLIK SINI |
Untuk makluman, Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengaktifkan laman web tersebut bila mulanya keputusan peperiksaan tersebut dikeluarkan.
Cara untuk melakukan semakan keputusan peperiksaan sekolah pula adalah melalui SAPS NKRA.
Cara Semakan Keputusan Peperiksaan SPPAT LPM KPM
- Masukkan no kad pengenalan (IC) dan nombor angka giliran anda yang sah dan betul.
- Selepas itu akan terpapar keputusan peperiksaan mengikut peperiksaan yang anda ambil ketika itu samada SPM, PT3 dan UPSR secara online (atas talian).
- Walaubagaimanapun keputusan yang dipaparkan adalah secara ringkas sahaja. Anda masih perlu pergi ke sekolah atau JPN untuk ambil salinan slip peperiksaan.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya pelajar dan ibubapa mempunyai sebarang pertanyaan tentang Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian SPPAT KPM atau perkara lain berkaitan boleh layari http://sppat.moe.gov.my/ juga boleh ajukan pertanyaan tentang Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian SPPAT KPM kepada Kemeterian Pendidikan melalui talian:
03-88843175/3357/3356
Hubungi Unit Khidmat Bantu melalui talian 03-8884 3785
Terima kasih. Semoga perkogsian tentang Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian SPPAT KPM ini memudahkan anda. Semoga berguna insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com