Bantuan Awal Persekolahan 2022: Syarat Kelayakan Dan Cara Memohon
Melalui Bajet 2022 yang dibentangkan oleh kerajaan baru-baru ni, kerajaan telah mengumumkan pelbagai jenis bantuan dan antaranya ialah Bantuan Awal Persekolahan (BAP).
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang diperkenalkan pada tahun 2012 merupakan satu initiatif dalam membantu keluarga yang susah untuk memulakan persekolahan anak mereka.
Ditambahdengan wabak pandemik yang melanda negara, semakin ramai keluarga yang terkesan dari segi ekonomi.
Melalui perbentangan tersebut, kerajaan telah meluluskan bajet sebanyak RM450 juta untuk diperuntukkan bagi program BAP tersebut yang bakal memanfaatkan 3 juta murid-murid yang layak.
Syarat Kelayakan Bantuan Persekolahan 2022
Pemberian Bantuan Persekolahan 2022 kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:
- Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia);
- Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa. Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan;
- Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).
Cara Memohon Bantuan Persekolahan 2022
Cara memohon Bantuan Persekolahan 2022 adalah melalui kaedah pengemaskinian seperti berikut:
- Ibu bapa hanya perlu mengemaskini kadar pendapatan terkini melalui sistem APDM untuk memaklumkan pihak sekolah dan tidak perlu mengisi apa-apa borang.
Kadar Bantuan 2022
Kadar Bantuan Persekolahan 2022 yang akan diterima oleh murid yang layak adalah seperti berikut:
- Jumlah wang yang akan diberikan adalah sebanyak RM150, kenaikan sebanyak RM50.00 berbanding RM100.00 tahun sebelumnya.
- Murid yang menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off) mulai 2022.
- Kaedah Bayaran Bantuan Awal Persekolahan 2022
- Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke ;
- Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
- Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK
Bantuan Awal Persekolahan 2022 Belanjawan 2022
Pembentangan belanjawan 2022 berkaitan Bantuan Awal Persekolahan 2022 adalah sperti berikut:
Inisiatif 3: Pendidikan Berkualiti Untuk Semua
- Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150.
- RM1 bilion untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan sekolah.
- RM50 juta antaranya untuk membiayai pembelian peralatan mengajar dan menambah baik fasiliti sekolah berkeperluan khas.
- Rancangan Makanan Tambahan dengan peruntukan RM 400 juta.
- Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar secara sekali bayar Sebanyak RM100.
- Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi.
- Pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga 2,500 ringgit ke atas pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet sehingga 31 Disember 2022.
Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN:
– Diskaun 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.
– Diskaun 12 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
– Diskaun 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual.
RM 6.6 bilion untuk memperkasa TVET
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut tentang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) boleh layari laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
ATAU
Hubungi pihak sekolah masing-masing untuk mendapatkan info lanjut.
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com