Bajet 2022: Intipati Penuh & Senarai Bantuan Yang Diumumkan

Bajet 2022: Intipati Penuh & Senarai Bantuan Yang Diumumkan

Bajet 2022: Intipati Penuh & Senarai Bantuan Yang Diumumkan

Hari ini, Menteri Kewangan Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan Bajet 2022 dengan tema “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera.”

Menerusi pembentangan belanjawan ini, kerajaan memberikan fokus kepada 3 perkara utama iaitu:

  • Rakyat Yang Sejahtera
  • Perniagaan Yang Berdaya Tahan
  • Ekonomi Yang Makmur dan Mampan

Fokus Pertama Bajet 2022: Rakyat Yang Sejahtera

Strategi 1: Memulih Kehidupan dan Mata Pencarian

Inisiatif 1: Bantuan Tunai Langsung dan Kebajikan

Memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia atau BKM: RM2,000 kepada isi rumah yang mempunyai tiga orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang RM2,500 sebulan. Pemberian bantuan ini merupakan peningkatan berbanding 1,800 ringgit

RM500 kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan bulanan sehingga RM5,000.

Bantuan tambahan sebanyak RM300 diberikan kepada isi rumah warga emas.

Syarat kelayakan kebajikan akan dinaikkan kepada Paras Garis Kemiskinan Makanan 2019 iaitu RM1,169.

RM25 juta ringgit kepada Yayasan Keluarga Malaysia bagi memimpin usaha melindungi kebajikan, pendidikan dan masa depan anak-anak yatim.

Inisiatif 2: Akses Kemudahan Kesihatan Awam

RM32.4 bilion kepada Kementerian Kesihatan untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan.

RM4 bilion disediakan khusus untuk meneruskan agenda menangani COVID-19.

Memantapkan pengurusan Klinikal Penyakit Jarang Jumpa di Malaysia.

Meluaskan duti eksais ke atas produk minuman bergula dalam bentuk pracampuran berasaskan coklat atau koko, malt, kopi dan teh.

Mengenakan duti eksais ke atas produk cecair atau gel yang mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape.

Bekerjasama dengan Persatuan Bulan Sabit Merah dan St John Ambulance untuk meningkatkan akses dan capaian respons perkhidmatan ambulans.

Menyambung pelantikan secara kontrak lebih 10 ribu pegawai perubatan, pergigian dan farmasi selepas tempoh khidmat wajib selama dua tahun kepada maksimum empat tahun.

Penajaan program kepakaran dengan peruntukan RM100 juta untuk manfaat 3,000 pegawai kontrak perubatan dan pergigian.

RM70 juta ringgit bagi terus isu kesihatan mental.

Meluaskan skop pelepasan cukai pendapatan individu bagi perbelanjaan pemeriksaan kesihatan meliputi kos khidmat konsultasi pakar psikiatri, ahli psikologi klinikal dan kaunselor yang berdaftar.

Inisiatif 3: Pendidikan Berkualiti Untuk Semua

Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150.

RM1 bilion untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan sekolah.

RM50 juta antaranya untuk membiayai pembelian peralatan mengajar dan menambah baik fasiliti sekolah berkeperluan khas.

Rancangan Makanan Tambahan dengan peruntukan RM 400 juta.

Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar secara sekali bayar Sebanyak RM100.

Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi.

Pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga 2,500 ringgit ke atas pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet sehingga 31 Disember 2022.

Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN:

– Diskaun 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.

– Diskaun 12 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.

– Diskaun 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual.

RM 6.6 bilion untuk memperkasa TVET

Inisiatif 4: Menjana dan Mengekalkan Pekerjaan

Inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia (atau JaminKerja) akan menjamin penyediaan 600 ribu peluang pekerjaan.

– Majikan yang mengambil Keluarga Malaysia yang tidak aktif bekerja, Kerajaan akan memberikan insentif sebanyak 20% daripada gaji bulanan bagi tempoh enam bulan pertama dan 30 peratus bagi enam bulan berikutnya tertakluk kepada pekerjaan bergaji RM1,500 ke atas.

– Majikan yang mengambil pekerja daripada OKU, Orang Asli dan banduan, insentif sebanyak 30 peratus daripada gaji bulanan bagi tempoh enam bulan pertama dan 40 peratus bagi enam bulan berikutnya tertakluk kepada pekerjaan bergaji RM1,200 ringgit ke atas.

– Majikan yang mengambil wanita kembali bekerja, insentif ini turut dipanjangkan kepada majikan yang menggaji golongan wanita tidak bekerja melebihi 365 hari, ibu tunggal dan suri rumah.

Inisiatif Malaysia Short-term Employment Programme atau MySTEP dengan menawarkan 80 ribu peluang pekerjaan secara kontrak.

Program latihan dan peningkatan kemahiran dengan peruntukan keseluruhan RM1.1 bilion.

Pelepasan cukai bagi perbelanjaan menghadiri kursus peningkatan kemahiran atau kemajuan diri dinaikkan kepada RM2,000 sehingga 2023.

Inisiatif 5: Perlindungan Sosial

Program Baucar Perlindungan Tenang, penerima bantuan B40 layak menerima baucar rRM50 sebagai bantuan kewangan untuk membeli produk Perlindungan Tenang termasuk takaful hayat dan kemalangan diri.

Pengecualian duti setem kepada produk Perlindungan Tenang serta produk insurans atau takaful dengan nilai premium atau sumbangan tidak melebihi RM150 individu dan 250 ringgit bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (atau PMKS).

Skop mySalam telah diperluas meliputi tuntutan kos peranti perubatan seperti stent untuk jantung.

Inisiatif i-Saraan meluaskan penerima manfaat inisiatif ini untuk turut merangkumi mereka yang berumur antara 55 sehingga 60 tahun.

RM80 juta di bawah Program Kasih Suri Keluarga Malaysia khusus untuk manfaat mereka hingga umur 55 tahun.

Meluaskan liputan perlindungan sosial negara di bawah PERKESO untuk turut mencarum bagi pekerja sendiri dan sektor informal.

Meneruskan pemberian Elaun Mencari Pekerjaan kepada pencarum dan bukan pencarum PERKESO.

Meningkatkan kadar pencen minimum di bawah Skim Keilatan daripada RM475 kepada RM550.

Pelepasan cukai sehingga RM4,000 kepada pencarum KWSP meliputi caruman secara sukarela seperti mereka yang bekerja sendiri dalam sektor gig.

Had pelepasan cukai dinaikkan daripada RM250 kepada RM350 dan skop pelepasan bagi caruman PERKESO turut diperluas meliputi caruman pekerja melalui Sistem Insurans Pekerjaan.

Strategi 2 Bajet 2022: Membangun Sebuah Keluarga Malaysia

Inisiatif 1: Pembangunan Bumiputera dan Syiar Islam

RM6.6 bilion disediakan bagi kemudahan pendidikan buat anak-anak Bumiputera antaranya di bawah MARA, UiTM dan Yayasan Peneraju.

RM4.8 bilion bagi melaksanakan pelbagai program peningkatan kapasiti dan pembiayaan perniagaan di bawah Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, TEKUN Nasional dan Dana Kemakmuran Bumiputera. Bajet 2022

Potongan cukai dua kali bagi perbelanjaan operasi vendor Bumiputera tempatan yang layak dinaikkan daripada sehingga RM300 ribu kepada sehingga RM500 ribu dilanjutkan bagi tempoh 5 tahun sehingga 31 Disember 2025.

RM200 juta bagi menggalakkan penyertaan belia Bumiputera dalam melaksanakan projek-projek berskala kecil perolehan Kerajaan. Bajet 2022

RM1.5 bilion bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri.

RM10 juta bagi memulakan inisiatif Wakaf Halal PKS, Wakaf Pertanian dan Wakaf Bencana. Bajet 2022

Inisiatif 2: Pembangunan Semua Kaum

RM200 juta turut disediakan khusus untuk kaum Cina untuk melaksanakan program baik pulih rumah dan kemajuan kampung baru, akses pembiayaan bagi penduduk kampung baru dan Skim Pembiayaan Usahawan PKS. Bajet 2022

RM145 juta disediakan untuk kaum India antaranya untuk melaksanakan program memperkasa sosioekonomi komuniti India di bawah Unit Transformasi Masyarakat India dan dana pembiayaan di bawah Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India oleh TEKUN. Bajet 2022

RM10 juta disediakan bagi anak-anak Sabah dan Sarawak mendalami ilmu berkaitan budaya dan warisan.

Sebanyak RM274 juta diperuntukkan untuk Orang Asli antaranya bagi melaksanakan Program Peningkatan Taraf Hidup Orang Asli seperti pemberian subsidi dan bantuan persekolahan serta bantuan kebajikan untuk manfaat hampir RM200 ribu Orang Asli.

Geran RM6,000 untuk setiap Kawasan Rukun Tetangga (atau KRT).

RM50 juta bagi kerja-kerja pembaikan, penyelenggaraan dan pembangunan kecil rumah ibadat di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. Bajet 2022

Inisiatif 3: Pembangunan Wanita

Mewajibkan pelantikan sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita bagi semua syarikat senaraian awam.

RM5 juta kepada Yayasan Kepimpinan Wanita bagi merancakkan penyertaan wanita dalam sektor ekonomi melalui antaranya latihan kepimpinan muda dan program keusahawanan. Bajet 2022

RM230 juta dana pembiayaan akan disediakan antaranya melalui Program DANANITA di bawah MARA dan TEKUNITA di bawah TEKUN.

Melaksanakan Program MyKasih Kapital untuk menggalakkan wanita menjana pendapatan dari rumah.

RM30 juta ringgit disediakan untuk menyediakan kemudahan taska di bangunan-bangunan Kerajaan, terutamanya di hospital dan universiti awam. Bajet 2022

RM30 juta disediakan untuk menyediakan kemudahan taska di

bangunan-bangunan Kerajaan, terutamanya di hospital dan universiti awam. Bajet 2022

RM13 juta untuk memperkasa Bahagian D11 Polis Diraja Malaysia bagi Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak termasuk pewujudan 100 perjawatan baharu.

Menambah Pusat Sokongan Sosial Setempat serta bekerjasama dengan NGO untuk meningkatkan bilangan Rumah Perlindungan Khas Wanita.

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Malaysia dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia akan mengedarkan secara percuma kit asas kebersihan diri setiap bulan kepada 130 ribu remaja wanita golongan B40.

RM11 juta disediakan sebagai subsidi ujian mammogram kepada wanita berisiko tinggi dan melaksanakan ujian saringan kanser serviks kepada wanita. Bajet 2022

Inisiatif 4: Pembangunan Komuniti Tumpuan

RM635 juta khusus untuk bantuan kebajikan, institusi penjagaan dan pusat aktiviti warga emas.

Mensubsidi 50 peratus atau sehingga 150 ringgit untuk pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak oleh keluarga B40.

Meluaskan Program Community Feeding kepada kanakkanak daripada keluarga miskin bandar di Selangor, Johor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan sasaran untuk menyediakan makanan tambahan lima kali seminggu kepada 100 kanak-kanak berusia 1 hingga 6 tahun. Bajet 2022

Meluaskan skop penerima bantuan Program Pemulihan Kanak-kanak Kekurangan Zat Makanan bagi manfaat lebih 1,100 kanak-kanak.

Menubuhkan Bank Susu Ibu untuk bayi pramatang di Neonatal Care Unit melibatkan hospital di Pulau Pinang, Johor, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

RM30 juta ringgit bagi menaik taraf infrastruktur bangunan Kerajaan supaya mesra OKU.

RM10 juta diperuntukkan untuk Pusat Latihan Berdikari serta sebuah Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Kerajaan bagi melaksanakan program latihan dan bimbingan ajar kepada golongan OKU.

Kuota khas sebanyak 1 peratus untuk program MyStep kepada golongan OKU. Bajet 2022

Kerajaan menanggung sepenuhnya bayaran Lesen Kenderaan Motor kepada semua kenderaan persendirian yang dimiliki oleh OKU. Bajet 2022

Inisiatif 5: Pembangunan Belia dan Sukan

Insentif kepada majikan yang menggaji perantis lepasan sekolah dan graduan berumur 18 hingga 30 tahun sebanyak RM900 sebulan bagi tempoh enam bulan.

Pelan pembiayaan sebanyak 150 juta akan disediakan di bawah Bank Simpanan Nasional dan Agrobank.

Melanjutkan galakan cukai bagi Program Latihan Industri Berstruktur sehingga tahun taksiran 2025 dan turut diperluas kepada pelajar di peringkat Ijazah Sarjana, Sijil Profesional serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 dan 2.

Memperkenalkan program e-Start iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai yang akan mengkreditkan RM150 secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi. Bajet 2022

RM159 juta bagi membina, menaik taraf dan menyelenggara kemudahan sukan di seluruh negara.

RM50 juta bagi melaksanakan program seperti pembudayaan gaya hidup aktif, Fit Forever dan Penganjuran Hari Sukan Negara.

Pembiayaan sektor sukan dengan kadar faedah 0% untuk tempoh 6 bulan pertama dan moratorium 6 bulan oleh BSN (RM50 j).

Strategi 3 Bajet 2022: Membina Kehidupan yang Kondusif

Inisiatif 1: Meringankan Kos Sara Hidup

Subsidi, bantuan dan insentif berjumlah RM31 bilion

Pembiayaan kos pengangkutan dan pengedaran barang asas (LPG dan Petrol) ke kawasan luar bandar (khususnya Sabah dan Sarawak) (RM200 j)

Melanjutkan tempoh pengurangan kadar caruman minimum KWSP daripada 11% kepada 9 % sehingga Jun 2022

Melanjutkan 100% pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang CKD dan 50% ke atas CBU termasuk MPV dan SUV selama 6 bulan sehingga 30 Jun 2022. Bajet 2022

Inisiatif 2: Pemilikan Rumah Kediaman

Cukai Keuntungan Harta Tanah tidak dikenakan ke atas pelupusan yang dibuat mulai tahun keenam dan ke atas.

Projek Perumahan Rakyat: – 11,800 unit rumah berjumlah RM398 juta.

Program Rumah Mesra Rakyat – 3,000 unit rumah berjumlah RM315 j

Program Perumahan Penjawat Awam berjumlah RM266 juta

Program Bantuan Rumah iaitu membina rumah baharu dan membaik pulih rumah 14,000 rumah berjumlah RM361 juta. Bajet 2022

Program Penyelenggaraan Perumahan dan Tabung Penyelenggaran Perumahan Malaysia berjumlah RM125 juta. Bajet 2022

Skim Jaminan Kredit Perumahan iaitu pinjaman perumahan kepada golongan tiada pendapatan tetap.

Inisiatif 3: Akses Kemudahan Pengangkutan

Subsidi Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) di Sabah dan Sarawak

Program Dana Bantuan Sementara Bas Henti-Henti (ISBSF) berjumlah RM80 juta. Bajet 2022

Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-Henti (SBST) berjumlah RM78 juta.

Subsidi Tren Tidak Ekonomik (TTE) Sektor Wilayah Timur berjumlah RM33 juta.

Inisiatif MyRail5 iaitu pas perjalanan bulanan tanpa had selama 30 hari dengan harga RM5 kepada pelajar sekolah tahun 1 hingga tingkatan 6 serta golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Pas perjalanan bas dan rel tanpa had iaitu perkhidmatan bas dan rel dengan harga RM50 sebulan.

Inisiatif 4: Infrastruktur Luar Bandar

Projek Jalan Luar Bandar Dan Jalan Perhubungan Desa sehingga 519 kilometer berjumlah RM1.5 bilion.

Bekalan air luar bandar dan bekalan air alternatif kepada 4,800 buah rumah.

Bekalan elektrik luar bandar kepada lebih 2,100 buah rumah.

Memasang 7,000 unit Lampu Jalan Kampung, menyelenggara lebih 500,000 unit Lampu Jalan Kampung dan menaik taraf 20 buah jambatan uzur serta kerja-kerja awalan bagi 30 buah jambatan baharu.

Inisiatif 5: Pertahanan & Ketenteraman Awam

Peruntukan Kementerian Pertahanan berjumlah RM16 bilion. Bajet 2022

Peruntukan Kementerian Dalam Negeri berjumlah RM17 bilion.

Mempertingkatkan kesiapsiagaan aset utama Angkatan Tentera Malaysia. Bajet 2022

Menggantikan peralatan utama PASKAL dan PASKAU seperti payung terjun,nalat selam litar tertutup dan bot.

Menyelenggara sekolah dalam kem tentera, fasiliti ketenteraan dan Rumah Keluarga Angkatan Tentera, penggantian dan pembaikan fasiliti serta kuarters PDRM.

Menambah 8 pos kawalan Pasukan Gerakan Am antaranya di Pagalungan, Sabah dan Temong Mura, Sarawak.

Menambah 4 pintu masuk imigresen baharu antaranya di Telok Melano dan Baleh, Sarawak.

Kesiapsiagaan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Malaysian Incentive Community Empowerment – Pemberian geran sehingga RM10,000 kepada 2,000 pertubuhan berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

Fokus Kedua Bajet 2022: Perniagaan Yang Berdaya Tahan

Strategi 1 Bajet 2022: Mengembali Keupayaan Perniagaan

Inisiatif 1: Skim Kredit Mikro

Pembiayaan kredit mikro sebanyak RM1.8 bilion. Bajet 2022

Pembiayaan koperasi melibatkan:

– Program transformasi ekonomi gerakan ekonomi (TRANSFER).

– Program pembiayaan intervensi pemulihan ekonomi koperasi.

– Penyediaan tapak perniagaan food truck kawasan bandar.

Inisiatif 2: Pembiayaan Perniagaan dan Pembiayaan Alternatif

RM2.1 bilion ringgit melalui pelaburan ekuiti dan quasi-equity akan diperkenalkan.

RM14.2 bilion dana tersedia untuk PKS.

Suntikan dana tambahan melalui sebuah SPV milik Kerajaan dalam bentuk instrumen ekuiti atau instrumen lain yang berkaitan.

Inisiatif 3: Jaminan Pembiayaan Perniagaan

Penambahbaikan Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan.

Jaminan RM2 bilion daripada tambahan RM10 bilion had baharu dikhususkan kepada peminjam Bumiputera.

Inisiatif 4: Kemudahan Menjalankan Perniagaan

Lanjutan potongan cukai ke atas kos pengubahsuaian sehingga RM300,000 bagi menyokong pematuhan SOP seperti menambah baik pengudaraan.

Potongan cukai tambahan sehingga RM50,000 ke atas perbelanjaan sewaan premis penginapan pekerja.

Penguatkuasaan pematuhan SOP COVID-19 melalui Kementerian Dalam Negeri dan juga pematuhan Akta 446 melalui Kementerian Sumber Manusia.

Menambah peluang penyertaan dalam perolehan Kerajaan, syarat keperluan pendaftaran akan dipermudahkan.

Mewujudkan Business Travellers Centre kedua di Johor.

Layanan cukai:

– Penangguhan bayaran ansuran cukai pendapatan

– Kebenaran pindaan anggaran cukai

– Potongan cukai khas atas pengurangan sewa

– Kerugian terkumpul dibawa kehadapan

Strategi 2 Bajet 2022: Memacu Pelaburan Strategik

Inisiatif 1: Pelaburan Dalam Sektor Utama

Dana khas pelaburan strategik bagi menarik pelaburan asing strategik dalam kalangan syarikat multinasional.

Misi Perdagangan dan Pelaburan untuk meneroka pelaburan berimpak tinggi dan pasaran eskport baharu.

Program kemahiran untuk melatih 20,000 pekerja bagi menyokong kluster industri. Bajet 2022

Program pembangunan kemahiran negeri bagi melatih 5,000 pekerja bidang seperti kimpalan minyak dan gas, automasi perindustrian dan mekatronik.

Geran padanan Automasi Pintar kepada 200 syarikat pembuatan dan perkhidmatan.

Lanjutan tempoh Elaun Pelaburan Semula

Program-program pembangunan produk Perusahaan Mikro Kecil Sederhana halal.

Inisiatif 2: Sains, Teknologi dan Inovasi

Mempergiat aktiviti R&D di bawah MOSTI dan KPT. Bajet 2022

Geran padanan melalui Collaborative Research in Engineering, Science and Technology.

Melaksanakan Hab Inovasi: Revolusi Industri Keempat di bawah Taman Teknologi Malaysia bagi manfaat 10,000 bakal usahawan.

Program MyStartup Cradle Fund bagi mempergiat usaha memulih dan membina daya tahan ekonomi startup.

Program transformasi teknologi ke arah revolusi industri keempat atau Industry4WRD dalam kalangan PKS. Bajet 2022

National Regulatory Sandbox di bawah FUTURISE akan digiatkan lagi. Bajet 2022

Inisiatif 3: Inisiatif Perkukuh Pelaburan Rakyat (PERKUKUH)

Jalinan GLC: Memperkasa PKS bagi membantu usahawan PMKS melalui inisiatif seperti khidmat nasihat dan sokongan kewangan.

Jalinan GLC CSR: Sejahtera rakyat untuk menolong rakyat melalui inisiatif seperti derma peralatan perubatan dan program biasiswa. Bajet 2022

Mempercepat bayaran kepada vendor selewat-lewatnya 14 hari dari tarikh pengesahan invois.

40% perolehan tempatan dianugerahkan kepada usahawan Bumiputera.

Menawarkan 30,000 peluang pekerjaan bermula Januari 2022 di bawah program mySTEP and PROTEGÉ.

Mempertingkatkan kerja-kerja sukarela dalam kalangan GLC. Bajet 2022

Unjuran pelaburan bernilai sekurang-kurangnya RM30 bilion oleh syarikat GLC pada tahun 2022 dalam bidang tenaga boleh diperbaharui, pemodenan rangkaian bekalan atau infrastruktur 5G.

Dana Impak disediakan di bawah Khazanah Nasional Berhad. Bajet 2022

Strategi 3 Bajet 2022: Memulih Sektor-Sektor Tumpuan

Inisiatif 1: Industri Pelancongan

Program Subsidi Upah bersasar kepada pemain industri pelancongan.

Pembiayaan khusus sektor Pelancongan:

– PENJANA Tourism Financing

– BPMB Rehabilitation Scheme

Bantuan Khas kepada pengusaha pelancongan. Bajet 2022

Pelaksanaan projek pelancongan.

Penyelenggaraan infrastruktur pelancongan.

Geran padanan kepada pemilik inap desa berdaftar. Bajet 2022

Membaiki kondisi dan fasiliti hotel /inap desa (738 hotel bajet)

Geran Sepadan Pelancongan, Seni dan Budaya kepada syarikat swasta/badan berkanun bukan kerajaan bagi menganjurkan program/acara/projek berkaitan seni & kebudayaan.

Dana galakan bagi mempromosi serta menggalakkan pelancongan domestik. Bajet 2022

Pelancongan Kesihatan bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelancongan kesihatan.

Pelepasan khas cukai pendapatan individu bagi perbelanjaan pelancongan.

Pengecualian cukai pendapatan kepada penganjur aktiviti, duti hiburan dan cukai pelancongan.

Inisiatif 2: Industri Kreatif

Inisiatif industri kreatif yang diteruskan. Bajet 2022

Program Riuh Keluarga Malaysia berjumlah RM20 juta.

Skim Padanan Pinjaman Pelaburan bagi inisiatif Platform Animasi Negara. Bajet 2022

Skim Perlindungan Sosial PERKESO kepada kumpulan kreatif. Bajet 2022

Inisiatif 3: Industri Peruncitan

Shop Malaysia Online dan Go-eCommerce Onboarding. Bajet 2022

Penghasilan dan pembelian produk tempatan:

– Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia, Program Jualan Malaysia dan Program Khazanah Alam Industri Jualan Langsung. Bajet 2022

– Logo Buatan Malaysia sebagai rujukan utama kepada agensi Kerajaan dan syarikat yang terlibat dalam perolehan Kerajaan.

– Program Perjanjian Off-Take kesihatan serta mengkaji untuk meluaskan kepada sektor keselamatan dan pertahanan bagi menggalakkan pembangunan industri tempatan. Bajet 2022

Program latihan dan bimbingan perniagaan dan skim pembiayaan mudah.

Inisiatif 4: Industri Pertanian, Jaminan Makanan & Komoditi

Pemberian subsidi dan insentif bagi industri pertanian dan perikanan.

Pelbagai projek Jaminan Bekalan Makanan. Bajet 2022

Sewaan tanah terbiar dan tidak dibangunkan milik Kerajaan Persekutuan dan tanah Rizab Melayu bagi tujuan projek pertanian atau perniagaan.

Program Pembiayaan Skim SemarakNiaga. Bajet 2022

Program Pembangunan Komoditi.

Program Transformasi Perusahaan Getah Negara bagi 600 pekebun kecil getah. Bajet 2022

Program peningkatan produktiviti getah. Bajet 2022

Geran padanan – Teknologi RRIM Hydrobest bagi membantu meningkatkan Taraf Sosioekonomi Pekebun Kecil Kategori B40.

Bantuan Musim Tengkujuh kepada 320,000 pekebun kecil. Bajet 2022

Skim Perlindungan Takaful Smart Card Peladang kepada lebih 920,000 ahli peladang PPK dengan bayaran premium sebanyak RM5 untuk tempoh perlindungan selama setahun.

Skim Rangsangan Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil. Bajet 2022

Kempen anti minyak sawit diperingkat antarabangsa. Bajet 2022

Kenaikan nilai ambang kenaan levi keuntungan luar biasa kelapa sawit bagi Semenanjung Malaysia daripada RM2,500 kepada RM3,000 dan bagi Sabah dan Sarawak daripada RM3,000 kepada RM3,500 dan pelarasan kadar levi.

Fokus Ketiga Bajet 2022: Ekonomi Yang Makmur & Mampan

Strategi 1 Bajet 2022: Agenda Kelestarian

Inisiatif 1: Amalan Rendah Karbon

Voluntary Carbon Market (VCM) oleh Bursa Malaysia

Geran padanan – Kemudahan peralihan kepada rendah karbon.

Pengecualian duti import, duti eksais dan cukai jualan bagi kenderaan EV.

Inisiatif 2: Alam Sekitar & Biodiversiti

Projek pemeliharaan dan pemuliharaan alam. Bajet 2022

Program memperkasa penglibatan komuniti tempatan, veteran tentera dan Orang Asli sebagai pengawal biodiversiti kawasan. Bajet 2022

Program Pemerkasaan Ekopelancongan Sumber Asli Ke Arah Pembangunan Komuniti Setempat.

Bantuan bagi kos operasi zoo dan pameran tetap, Program Kerjasama zoo dan pameran tetap bagi meningkatkan pembiakan Harimau Malaya dan program Frozen Zoo. Bajet 2022

Kempen penanaman 100 juta pokok.

Program menangani pencemaran alam sekitar.

Dana Bagi Pengerak Program SDG.

Projek rintis penghasilan biofuel dan sistem tuaian air hujan di bangunan Kerajaan.

Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT). Bajet 2022

Perluasan skop galakan cukai teknologi hijau bagi pembelian aset hijau dan perkhidmatan hijau yang layak kepada projek Sistem Pengumpulan dan Penggunaan Semula Air Hujan Bajet 2022

Program Pengurangan Kadar Air Tidak Terhasil (Non-Revenue Water-NRW).

Inisiatif 3: Pemerkasaaan Komuniti

Geran padanan kepada NGO

Pengecualian cukai pendapatan ke atas pendapatan perusahan sosial.

Geran kepada NGO dan universiti bagi program perusahaan sosial. Bajet 2022

Pembelajaran digital termasuk aplikasi pendidikan dalam talian dan program robotik.

Program Perolehan Impak Sosial Kerajaan kepada semua Kementerian. Bajet 2022

Peruntukan kepada United Nation Development Program bagi aktiviti pelancongan dan geran pembiayaan bagi syarikat startup, NGO dan SOE tempatan. Bajet 2022

Cuti tanpa rekod maksimum 5 hari setahun kepada penjawat awam yang melibatkan diri dalam aktiviti NGO.

Inisiatif 4: Sukuk Kelestarian

Penerbitan Sukuk Kelestarian berjumlah RM10 bilion. Bajet 2022

Strategi 2: Merapatkan Jurang Ekonomi

Pelbagai projek infrastruktur berjumlah RM3.53 bilion. Bajet 2022

Dana Mudahcara Infrastruktur Ketiga di bawah seliaan Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri memberi fokus kepada usahasama awam swasta yang bersifat user pay dan tidak melibatkan dana Kerajaan.

Projek kecil dan sederhana G1 hingga G4.

Inisiatif 2: Pembangunan Antara Wilayah

Pembangunan koridor berjumlah RM690 juta.

Peruntukan khusus negeri RM20 juta setiap negeri. Bajet 2022

Peruntukan DE Sabah (RM5.2 bilion) dan Sarawak (RM4.6 bilion).

Bank Bergerak tambahan 20 buah di 250 kawasan pendalaman. Bajet 2022

Inisiatif 3: Projek Ketersambungan Digital

Penerusan JENDELA.

Rangkaian ICT di institusi pendidikan KPM.

Ketersambungan digital di 40 PPR sedia ada.

Perkhidmatan 5G di hujung 2021 di Kuala Lumpur dan bagi 2022, bandar-bandar utama di Selangor, Johor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Skim Geran Pendigitalan PKS dengan tumpuan baharu kepada usahawan mikro Bumiputera.

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Keluarga Malaysia. Bajet 2022

Projek Rintis – Malaysia Digital Nomad. Bajet 2022

Strategi 3: Konsolidasi Fiskal dan Kemampanan Hasil

Inisiatif 1: Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA)

Akta Tanggungjawab Fiskal.

Public Expenditure Review. Bajet 2022

Inisiatif 2: Langkah-langkah Kemampanan Hasil

Layanan duti setem ke atas nota kontrak dan layanan cukai perkhidmatan ke atas aktiviti pembrokeran dagangan saham tersenarai.

Cukai pendapatan ke atas pendapatan dari luar negeri.

Cukai jualan ke atas barang bernilai rendah.

Cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penghantaran barang.

Program Khas Pengakuan Sukarela JKDM.

Sijil Pematuhan Cukai LHDN.

Penggunaan nombor pengenalan cukai.

Penyata Perbelanjaan Cukai. Bajet 2022

Kenaan Cukai Makmur.

Strategi 4 Bajet 2022: Mendokong Penyampaian Perkhidmatan Awam

Inisiatif 1: Pembaharuan Penyampaian Perkhidmatan

Inisiatif MyDigital.

JPJ 100 kiosk di UTC dan 20 buah kaunter bergerak. Bajet 2022

Perkhidmatan klinik bergerak oleh Hospital Pengajar Universiti.

Inisiatif 2: Kebajikan Penjawat Awam

Kadar keuntungan skim pembiayaan komputer dan telefon pintar diturunkan kepada 2%

Penyelenggaraan kuarters dan bangunan guna sama di bawah seliaan BPH. Bajet 2022

Memperluas perlindungan kemalangan diri sehingga RM100,000 kepada 40,000 peminjam baharu LPPSA.

Bayaran insentif pengawasan banduan ditingkatkan daripada RM150 kepada RM200 sebulan dan diluaskan kepada pegawai kader di penjara.

Kenaikan elaun penugasan Sukarelawan Simpanan Polis. Bajet 2022

Bayaran insentif RM200 kepada Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 dan Pembantu Perawatan Kebajikan Gred U11 dan U14.

Gantian cuti rehat dinaikkan daripada maksimum 150 hari kepada 160 hari.

Penebusan awal GCR sehingga 50% atau 80 hari. Bajet 2022

Bantuan Khas Kewangan: 1.3 juta Gred 56 dan ke bawah RM700 dan 1 juta pesara RM350.

Jawatankuasa Pemantauan Bajet 2022 yang akan dipengerusikan YAB Perdana Menteri bagi memastikan pelaksanaan tuntas dan berkesan. Bajet 2022

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Bajet 2022, layari laman web Kementerian Kewangan di pautan https://mof.gov.my/ms/.

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Bajet 2022 ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment