Bantuan IKS Sabah BAIKS Untuk Usahawan Sabah
Permohonan Bantuan IKS (BAIKS) Dibuka Untuk Usahawan Sabah
Berita baik buat usahawan kecil dan sederhana di negeri Sabah kerana pihak Jabatan Pembangunan Perindusrian dan Penyelidikan Sabah telah membuka permohonan untuk bantuan/geran bagi usahawan dari Sabah yang layak.
Bantuan IKS Sabah BAIKS adalah salah satu inisiatif Kerajaan untuk merangsang pertumbuhan industri kecil dan sederhana (IKS) di Sabah.
Program Bantuan IKS Sabah BAIKS ini bertujuan untuk membina kapasiti, daya tahan dan daya saing usahawan IKS di Sabah melalui bantuan dalam bentuk geran.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut bekaitan Bantuan IKS Sabah BAIKS khusus untuk usahawan sabah untuk makluman anda.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Baca Juga: Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya OKU (EPOKU) 2022
Jenis Bantuan IKS Sabah BAIKS Yang Disediakan
Bantuan yang ditawarkan Program Permohonan Bantuan IKS (BAIKS) terdiri daripada 4 kategori iaitu:
- Mesin dan peralatan
- Pembungkusan
- E-dagang / digital
- Francais
Artikel Lain: Biasiswa Kerajaan : Senarai Biasiswa / Tajaan / Pinjaman Pengajian Sektor Awam / Kerajaan
Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan IKS Sabah (BAIKS)
Kriteria untuk permohonan BAIKS adalah:
- IKS dari sektor pembuatan.
- Mempunyai Lesen Perniagaan yang sah.
- Pemohon hendaklah warganegara Malaysia berasal dari Sabah.
- Perniagaan yang beroperasi di Sabah sahaja.
- Keutamaan kepada syarikat yang mempunyai premis.
- Memberi perhatian kepada petunjuk prestasi seperti jualan, kapasiti pengeluaran, premis perniagaan, bilangan pekerja, persijilan dan kualiti pembungkusan.
- Usahawan yang pernah mendapat bantuan tidak dibenarkan untuk memohon dalam kategori yang sama tetapi dibenarkan untuk memohon dalam kategori yang berlainan.
Baca Juga: Duit BKM Tak Masuk :Kenapa Belum Masuk Akaun (Lulus Tapi Tak Dapat Lagi)
Tarikh Permohonan Bantuan Industri Kecil Usahawan Sabah 2022
Tarikh akhir Permohonan Bantuan IKS (BAIKS) Dibuka Untuk Usahawan Sabah adalah pada: 20 Julai 2022
Jenis Perniagaan Yang Layak Memohon Permohonan Bantuan IKS (BAIKS)
1. Semua syarikat IKS dalam SEKTOR PEMBUATAN yang melibatkan produk makanan berbungkus, bukan makanan dan kraftangan
2. Permohonan bantuan pembelian bahan mentah dan modal pusingan tidak akan dipertimbangkan.
3. Bantuan ini tidak merangkumi kategori pelancongan, penjaja, petani, nelayan dan penternak.
4. Permohonan dari kategori professional dan kontraktor tidak akan dipertimbangkan.
Cara Permohonan Bantuan IKS (BAIKS)
Permohonan bagi geran BAIKS dilakukan sepenuhnya secara dalam talian sahaja.
- Bagi usahawan IKS yang memenuhi syarat kelayakann di atas, anda dipelawa untuk menghantar permohonan anda di laman web rasmi di alamat https://smedidr.com.my/
- Klik pada butang Daftar.
- Setelah melengkapkan pendaftaran, klik pada butang Log Masuk untuk melengkapkan permohonan BAIKS anda.
Soalan Lazim
Apakah jenis bantuan yang ditawarkan?
Bantuan yang ditawarkan terdiri daripada 4 kategori iaitu:
1. Mesin dan peralatan
2. Pembungkusan
3. E-dagang / digital
4. Francais
Apakah kriteria permohonan BAIKS 2022?
Kriteria untuk permohonan BAIKS adalah:
1. IKS dari sektor pembuatan.
2. Mempunyai Lesen Perniagaan yang sah.
3. Pemohon hendaklah warganegara Malaysia berasal dari Sabah.
4. Perniagaan yang beroperasi di Sabah sahaja.
5. Keutamaan kepada syarikat yang mempunyai premis.
6. Memberi perhatian kepada petunjuk prestasi seperti jualan, kapasiti pengeluaran, premis perniagaan, bilangan pekerja, persijilan dan kualiti pembungkusan.
7. Usahawan yang pernah mendapat bantuan tidak dibenarkan untuk memohon dalam kategori yang sama tetapi dibenarkan untuk memohon dalam kategori yang berlainan.
Sekiranya pernah menerima BAIKS sebelum ini bolehkah membuat permohonan BAIKS bagi tahun ini?
Boleh, dengan syarat pemohon hendaklah memohon dalam kategori yang berlainan daripada bantuan yang diterima sebelum ini.
Apakah jenis perniagaan yang layak memohon BAIKS?
1. Semua syarikat IKS dalam SEKTOR PEMBUATAN yang melibatkan produk makanan berbungkus, bukan makanan dan kraftangan
2. Permohonan bantuan pembelian bahan mentah dan modal pusingan tidak akan dipertimbangkan.
3. Bantuan ini tidak merangkumi kategori pelancongan, penjaja, petani, nelayan dan penternak.
4. Permohonan dari kategori professional dan kontraktor tidak akan dipertimbangkan.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk sebarang pertanyaan atau sekiranya anda memerlukan sebarang maklumat lanjut mengenai permohonan Bantuan IKS Sabah BAIKS ini, anda boleh terus berhubung dengan pegawai yang bertugas melalui salah satu cara di bawah:
Jabatan Pembangunan Perindusrian dan Penyelidikan Sabah
Tingkat 1, 5, 7 & 8,
Blok C Wisma Tun Fuad Stephens Karamunsing,
88300 Kota Kinabalu,
Sabah
Telefon: 088-253445 (Tingkat 1) / 088-215035 (Tingkat 8) / 088-213701
Emel: didr@sabah.gov.my
Faks: 088-213490 / 257814 / 216698
Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai permohonan Bantuan IKS Sabah BAIKS Untuk Usahawan Sabah ini memudahkan anda. InsyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com