Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya OKU (EPOKU) 2022

Bantuan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya OKU (EPOKU) 2022

Berita baik buat golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang bekerja, kini anda berpeluang untuk memperoleh elaun khas iaitu Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU).

Insentif kerajaan yang diwujudkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ini bertujuan bagi menggalakkan golongan OKU untuk terus bekerja supaya mampu hidup berdikari di samping menjadi sebahagian ahli masyarakat yang cemerlang.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut berkaitan elaun pekerja OKU ini untuk memudahkan urusan permohonan anda.

Baca Juga: Bantuan Warga Emas JKM:Permohonan Bantuan Orang Tua RM500 Sebulan (BWE JKM)

Kadar Bantuan Elaun (EPOKU)

Bantuan EPOKU yang ditawarkan adalah sebanyak RM 450.

Untuk senarai bantuan yang ada di JKM boleh lihat di pautan: Bantuan JKM 2022:Jenis Bantuan & Cara Mohon

Tujuan Bantuan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya OKU (EPOKU) 2022

1. Insentif ini diberikan untuk menggalakkan OKU terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.

Syarat Kelayakan Bantuan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya OKU (EPOKU) 2022

Pemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara yang bermastautin di Malaysia;
  • Berumur 16 tahun dan ke atas;
  • Pemegang kad OKU JKM;
  • Pendapatan bulanan RM 1,500 dan ke bawah; ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya epoku

Artikel Lain: Cara Mohon Bantuan OKU: Mohon Melalui jkm.gov.my

Kaedah Permohonan Bantuan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya OKU (EPOKU) 2022

Panduan permohonan EPOKU adalah seperti berikut :

  • Setiap pemohon perlu melengkapkan BORANG berikut ;
  • JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
  • JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan
  • Borang Permohonan Pendaftaran OKU pindaan 2019
  • Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat
  • Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:
  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
  • Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
  • Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon
  • Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
  • Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Cara Permohonan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya OKU

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk keterangan lanjut berkaitan Cara Permohonan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya OKU, atau perkara lain berkaitan elaun pekerja OKU ini sila hubungi Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat berdekatan anda atau HUBUNGI :

Jabatan Kebajikan Masyarakat

Aras 6, 9-18

No 55, Persiaran Perdana,

Presint 4,

62100 Putrajaya

Telefon : 03 – 8000 8000

Faks : 03 – 8323 2045

Emel : Maklum Balas (ISPAAA)

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang elaun pekerja OKU ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment