Bantuan Mangsa Banjir: RM1000 Untuk Setiap Ketua Isi Rumah Terjejas

Bantuan RM1000 Untuk Setiap Ketua Isi Rumah Terjejas Banjir

Bantuan Mangsa Banjir: RM1000 Untuk Setiap Ketua Isi Rumah Terjejas

TERKINI: Bantuan Wang Ihsan RM1000 Untuk Setiap Ketua Isi Rumah Terjejas Banjir & Pengumuman Cuti Kecemasan Mangsa Banjir

(SIDANG MEDIA PERDANA MENTERI TENTANG PERKEMBANGAN & BANTUAN MANGSA BANJIR DI SELANGOR, KUALA LUMPUR & NEGERI-NEGERI BERKENAAN, 19 DISEMBER 2021)

Kerajaan bersetuju menyediakan peruntukan awal RM100 juta untuk pasca banjir bagi membaiki kerosakan rumah dan infrastruktur lain, umum Perdana Menteri, DS Ismail Sabri dalam sebuah sidang media terkini.

Bantuan Mangsa Banjir ini turut melibatkan Bantuan Wang Ihsan, di mana setiap ketua isi rumah terjejas banjir akan menerima sumbangan RM1000.

Dalam sidang media Bantuan Mangsa Banjir berkenaan, Perdana Menteri DS Ismail Sabri turut mengumumkan cuti kecemasan esok kepada kakitangan awam yang terkesan dengan insiden banjir susulan hujan lebat sejak kelmarin.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut berharap tindakan sama dibuat pihak swasta kepada pekerja yang terlibat dalam bencana tersebut.

Cuti Kecemasan Kerana Banjir

Cuti Kecemasan Kerana Banjir

Dalam pada itu, difahamkan GLIC dan GLC juga akan bekerja sama dengan kerajaan dengan menyediakan geran padanan untuk membantu mangsa-mangsa banjir dalam membuat bayaran balik, terutamanya di negeri terjejas teruk seperti Selangor, Perak, Kelantan dan Pahang.

Maklumat Penting Bantuan Mangsa Banjir Di Umumkan Kerajaan

Antara rangkuman intipati dalam sidang media beliau sebentar tadi:

  • Setiap ketua isi rumah terjejas banjir akan menerima bantuan sumbangan RM1,000
  • Jumlah mangsa banjir berlindung di 103 PPS di 8 daerah seluruh Selangor meningkat 15,000 hari ini
  • Kerajaan setuju sediakan peruntukan awal RM100 juta untuk pasca banjir bagi membaiki kerosakan rumah dan infrastruktur lain
  • Kerajaan bersetuju beri cuti kecemasan akibat bencana kepada penjawat awam terkesan banjir
  • Majikan swasta disaran beri cuti dan tidak memotong gaji atau cuti tahunan pekerja terjejas
  • Perlu ada pasukan Kementerian Kesihatan di setiap Pusat Pemindahan Sementera

Orang awam digalakkan melayari laman Public Info Banjir untuk mengetahui maklumat terkini banjir.

Klik ke laman web dikelola Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang memaparkan maklumat terkini bencana banjir, amaran hujan lebat dan paras air sungai di seluruh Malaysia: https://publicinfobanjir.water.gov.my/

Maklumat Lanjut Berkaitan Banjir

Untuk maklumat lanjut berkaitan banjir di Malaysia anda boleh layari: https://publicinfobanjir.water.gov.my/

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Bantuan Mangsa Banjir ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment