Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation 2022
Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Johor Corporation kini menawarkan Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Diploma yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Bantuan Pendidikan adalah inisiatif berupa bantuan yuran persediaan awal ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Sumbangan yang diberikan adalah berbentuk wang tunai (one-off). Segala permohonan yang diterima akan dibentangkan melalui Jawatankuasa Sumber & Penyaluran Dana Pendidikan Yayasan Johor Corporation.
Bantuan pendidikan ini diperkenalkan bagi menampung kos perbelanjaan atau pendaftaran awal pelajar ke peringkat IPT.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan pendidikan yang ditawarkan ini bagi bakal pemohon yang berminat.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Baca Juga: Bantuan Perkahwinan Johor : Bantuan Raja Sehari RM1000
Apakah Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation?
Yayasan JCorp sebagai ejen pelaksana tanggungjawab sosial korporat dengan penerapan elemen Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) bagi merealisasikan misi Membina & Membela JCorp yang melibatkan pelajar sekolah dan universiti, guru-guru, ibu bapa serta komuniti setempat.
Bantuan Pendidikan adalah inisiatif berupa bantuan yuran persediaan awal ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Sumbangan yang diberikan adalah berbentuk wang tunai (one-off).
Segala permohonan yang diterima akan dibentangkan melalui Jawatankuasa Sumber & Penyaluran Dana Pendidikan Yayasan Johor Corporation.
Artikel Lain: eRumah Johor 2022:Daftar,Permohonan & Semakan Rumah Mampu Milik Johor
Objektif Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation
Membantu meringankan bebanan kewangan ibu bapa/penjaga terhadap tanggungan yuran pengajian pemohon.
Membela nasib pelajar agar mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tanpa sebarang kesulitan.
Baca Juga: Biasiswa Kerajaan : Senarai Biasiswa / Tajaan / Pinjaman Pengajian Sektor Awam / Kerajaan
Syarat-Syarat Permohonan Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation
Calon perlulah menepati syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :
- Permohonan dilakukan dengan mengisi borang digital sahaja.
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia.
- Permohonan bantuan dilakukan untuk kali pertama (sekali sahaja).
- Pendapatan isi rumah di bawah B40 (RM4,000 dan ke bawah).
- Tahap pengajian di peringkat Sijil, Diploma dan Sarjana Muda.
- Institut yang diiktiraf oleh Kerajaan dan Kementerian Pengajian Tinggi.
- Tawaran terbuka untuk pengajian sepenuh masa sahaja.
- Permohonan perlu disahkan oleh pihak IPT/Ketua Kampung/Pegawai Kerajaan Gred A.
Artikel lain: Biasiswa ISMP 2022 (Permohonan & Semakan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan)
Syarat Tambahan Permohonan Bantuan Pendidikan Yayasan Johor
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
- Warganegara Malaysia.
- Permohonan Kali Pertama (Sekali Sahaja).
- Pendapatan Isi Rumah :
- Purata pendapatan isi rumah RM800 dan ke bawah dengan mengambil kira tanggungan anak yang masih belajar di bawah 22 tahun, Ibu Bapa yang tidak bekerja dan anak OKU atau,
- Pendapatan Ibu Bapa di bawah RM4,000 (B40)
- Anda menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sahaja.
- Tawaran pengajian adalah sepenuh masa sahaja.
- Setiap dokumen yang dilampirkan MESTI disahkan oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa sahaja:-
- Ketua Kampung
- Penghulu
- Pegawai Kerajaan Gred 41 & ke atas
- Pemohon melengkapkan borang permohonan dengan maklumat yang lengkap dan benar.
Baca Juga: Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP):Cara Mohon & Panduan Permohonan
Cara Mohon Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation
Bagi yang berminat untuk memohon, sila ikuti panduan berikut :
- Layari laman web http://yjcsys.yayasanjcorp.com.my/Main/pelajar
- Klik butang “Daftar Sekarang.”
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
- Muat naik dokumen lampiran permohonan.
- Klik butang “Hantar Permohonan” untuk menghantar permohonan tersebut.
Dokumen Yang Diperlukan
Calon juga diminta untuk memuat naik dokumen seperti yang disenaraikan berikut :
- Borang kemasukan ke IPT.
- Salinan kad pengenalan pemohon.
- Salinan slip gaji ibu, bapa atau penjaga.
- Semua dokumen perlulah disahkan oleh pihak IPT/Ketua Kampung/Pegawai Kerajaan Gred A.
Tarikh Tutup Permohonan Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation
Pelajar yang berkelayakan boleh lakukan permohonan sebelum tarikh tutup iaitu pada 28 Julai 2022.
Makluman Penting Permohonan
Sila tanda setuju pada butang terakhir borang permohonan Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation setelah anda membaca makluman seperti dibawah:
Pemohon Bantuan Pendidikan Pelajar IPT Yayasan Johor Corporation yang didapati memberikan maklumat tidak benar atau palsu akan diambil tindakan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dikenakan denda atau hukuman penjara sehingga 3 tahun serta Yayasan JCorp berhak menarik balik bantuan yang telah diluluskan.
Dalam memberikan perkhidmatan kami kepada anda, kami, Yayasan JCORP mengumpulkan data peribadi anda untuk membolehkan kami melaksanakan perkhidmatan kami, menawarkan produk dan berhubung dengan anda. Kami akan menggunakan data yang diberikan ini untuk menyediakan anda dengan produk dan/atau perkhidmatan yang diminta, untuk menyimpan rekod kami dan/atau untuk menghantar maklumat yang relevan kepada anda.
1. Maklumat yang saya berikan adalah lengkap dan benar.
2. Pihak Yayasan JCORP berhak untuk menolak permohonan saya jika maklumat permohonan ini adalah tidak lengkap atau maklumat yang diberikan ini adalah tidak benar.
3. Saya sedia untuk didakwa mengikut undang-undang jika saya terbukti memberikan maklumat yang tidak benar di dalam permohonan ini.
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation, sila hubungi 07-219 2692 atau melayari laman web http://yjcsys.yayasanjcorp.com.my/Main/pelajar. Atau hubungi:
Pendidikan Yayasan Johor Corporation
Tingkat 18, Menara KOMTAR, Johor Bahru City Centre, 80000 Johor Bahru, Johor
No Telefon:
+607-219 2692
Waktu Operasi:
Ahad – Khamis : 8:00 A.M – 5:15 P.M
Jumaat, Sabtu & Cuti Umum : Tutup
Emel:
yayasanjcorp@jcorp.com.my
Terima kasih. Semoga perkongsian berkaitan Bantuan Pendidikan Yayasan Johor ini memudahkan urusan anda InsyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com