Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP):Cara Mohon & Panduan Permohonan

Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP):Cara Mohon & Panduan Permohonan

Tawaran Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP) 2022 ~ Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran bagi Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP) kini dibuka bagi pelajar sepenuh masa di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf Malaysian Qualification Agency (MQA).

Biasiswa ini bertujuan bagi membantu para atlet negara yang yang berminat atau sedang menyambung pengajian sambil menceburkan diri dalam arena sukan tempatan.

Terbuka kepada atlet yang akan/ sedang menyambung pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Pertama di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia dan masih bergiat aktif dalam bidang sukan, sekurang-kurangnya mewakili IPT Malaysia ke Sukan Universiti ASEAN (AUG) atau mewakili Negeri dalam Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) atau Kejohanan Kebangsaan yang diiktiraf.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang cara permohonan skim biasiswa sukan persekutuan untuk memudahkan anda.

Untuk senarai penuh biasiswa ipt seluruh negara anda boleh baca di: Senarai Biasiswa IPT:Senarai Bantuan & BIasiswa Pelajar IPT Terkini

Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI

Contoh Surat

Baca di Sini senarai contoh surat lain :

Tarikh Permohonan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP)

Kementerian Belia dan Sukan ingin mempelawa pelajar-pelajar yang berada di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia untuk memohon Biasiswa Sukan Persekutuan (BSP) bagi ambilan tahun 2022. Tawaran ini terbuka kepada semua pelajar IPT yang melepasi syarat-syarat permohonan yang dinyatakan.

Untuk makluman, tarikh permohonan dibuka mulai 15 April hingga 30 April 2022.

Artikel Lain: PIDN JPA 2022: Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (Biasiswa JPA)

Syarat Permohonan SBSP

  1. Pemohon yang berminat perlulah menepati syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :
  2. Terbuka kepada atlet yang akan/sedang menyambung pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Pertama di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia dan masih bergiat aktif dalam bidang sukan, sekurang-kurangnya mewakili IPT Malaysia ke Sukan Universiti ASEAN (AUG) atau mewakili Negeri dalam Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) atau Kejohanan Kebangsaan yang diiktiraf.
  3. Umur pemohon pada 31 Disember 2022 adalah seperti berikut:
  4. -tidak melebihi 25 tahun bagi pengajian peringkat Diploma secara sepenuh masa.
  5. -tidak melebihi 30 tahun bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Pertama secara sepenuh masa.
  6. Telah mendapat surat tawaran pengajian bagi pelajar baharu pengajian secara sepenuh masa di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Pertama mengikut tempoh pengajian yang ditawarkan oleh IPT berkenaan.Sekiranya sedang mengikuti pengajian, pemohon perlulah:
  7. Mendapat keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.50 bagi Atlet IPT atau PNGK 2.00 bagi Atlet Negara pada semester terkini sebelum tarikh tutup permohonan; dan
  8. Memiliki tempoh baki pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun akademik (2 atau 3 semester mengikut sistem kalendar akademik IPT berkenaan) atau lebih yang bukan dalam tempoh pelanjutan.
  9. IPT tempatan sahaja serta bidang pengajian yang mempunyai pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia/Malaysia Qualification Agency.
  10. Tidak menerima sebarang tajaan/biasiswa daripada mana-mana institusi/agensi kerajaan/swasta yang lain.
  11. Sihat daripada segi mental dan fizikal.
  12. Berkelakuan baik (good-character) dan mempunyai minat serta semangat yang tinggi.
  13. Pemohon hendaklah bersedia untuk terus giat dalam latihan dan pertandingan-pertandingan sukan pilihannya dan mengekalkan prestasi sepanjang tempoh pengajiannya sebagai syarat menerima biasiswa ini serta dikehendaki mewakili negara dalam mana-mana pertandingan di peringkat Kebangsaan/Antarabangsa sekiranya diperlukan.
  14. Atlet Negara yang memohon biasiswa ini perlu melampirkan surat pengesahan daripada Majlis Sukan Negara.

Baca Juga: Biasiswa 2022 Ijazah Sarjana Muda (Degree Scholarship)

Cara Permohonan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP)

Permohonan boleh mula dibuat pada 15 sehingga 30 April 2022 di https://spsb.kbs.gov.my/backend/web.

Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:

  1. Layari laman sesawang SBSP.
  2. Pilih e-Bantuan.
  3. Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
  4. Klik Hantar.

BAca Juga: Biasiswa Kecil Persekutuan:Permohonan BKP Online

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan Skim Biasiswa Sukan Persekutuan, sila layari laman sesawang portal SBSP

Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian di https://spsb.kbs.gov.my

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Tel: 03-88713548 / 3558/ 3537

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Skim Biasiswa Sukan Persekutuan ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment