Bantuan Pesawah RM200 Sebulan Untuk 6 Bulan
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan kerajaan bersetuju memberi bantuan bulanan RM200 untuk enam bulan kepada pesawah sementara menunggu hasil tuaian.
Beliau berkata Bantuan Pesawah itu telah dibincangkan bersama dengan Kementerian Kewangan dan akan dimasukkan dalam Belanjawan 2023 yang dijangka dibentang pada Oktober ini.
“Bantuan Pesawah Sebanyak RM200 untuk tiga bulan untuk dua musim iaitu enam bulan bagi membantu mereka sementara menunggu padi dituai,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) Ke-48.
Perdana Menteri juga bersetuju jika penoreh getah dapat bantuan sewaktu musim tengkujuh kerana tiada pendapatan jadi kita beri sumbangan selama tiga bulan, begitu juga nelayan satu ketika dahulu RM200 (diberikan) kemudian dinaikkan RM300 termasuk elaun untuk nelayan darat.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan kepada pesawah RM1200 ini untuk makluman bersama.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Apakah Bantuan Pesawah 2022?
Bantuan ini adalah bantuan tunai berjumlah RM200 kepada pesawah untuk 6 bulan sementara menunggu hasil tuaian.
Tempoh / Tarikh Bantuan Pesawah 2022
Bantuan Pesawah itu telah dibincangkan bersama dengan kementerian kewangan dan akan dimasukkan dalam belanjawan 2023 yang dijangka dibentang pada Oktober ini.
Cara Permohonan
Cara permohonan Bantuan Pesawah akan dimaklumkan dalam masa terdekat setelah ia dinilai dan diperhalusi oleh pihak Kementerian yang terlibat.
Kenyataan Media Bantuan RM200 Sebulan Pesawah
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menyalurkan bantuan kepada pesawah berjumlah RM200 sebulan bagi tempoh enam bulan sementara menunggu hasil tuaian padi.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob malam ini bagi menghargai jasa dan pengorbanan besar golongan pesawah terhadap negara.
Beliau berkata, Bantuan Pesawah itu akan dimasukkan dalam Bajet 2023 yang bakal dibentangkan pada Oktober depan.
“Tadi Pengerusi Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Datuk Zamri Yaakob beri cadangan kepada saya mengenai pesawah.
“Betul saya setuju kalau penoreh getah dapat bantuan sewaktu musim tengkujuh kerana tiada pendapatan jadi kita beri sumbangan selama tiga bulan, begitu juga nelayan satu ketika dahulu RM200 (diberikan) kemudian saya naikkan RM300 termasuk elaun untuk nelayan darat.
“Saya terkejut apabila dimaklumkan pesawah tak dapat. Bila Pengerusi NAFAS sebut, saya kira itu sudah menjadi arahan sebab kalau tak dengar cakap dia, kira derhaka adik-beradik.
“Saya dah bincang dengan Menteri Kewangan dan kerajaan bersetuju beri bantuan sementara menunggu padi dituai iaitu sebanyak RM200 untuk tiga bulan bagi dua musim, maknanya enam bulan kita akan berikan kepada pesawah,” katanya berucap pada Majlis Makan Malam dan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) Ke-48 di sini, malam ini.
Ismail Sabri berkata, bantuan itu menunjukkan kerajaan tidak pernah lupa kepada jasa petani, nelayan dan penternak.
Tegasnya, tanpa mereka, kehidupan rakyat akan menjadi sukar kerana pengorbanan golongan itu amat besar.
Dalam pada itu, Perdana Menteri meminta NAFAS menguasai keseluruhan rantaian nilai pasaran ayam bagi mengelak pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan.
Jelasnya, ahli NAFAS seramai sejuta orang mampu menjayakannya.
“Kalau NAFAS terbabit dalam pengeluaran dan menjual ayam, ahli NAFAS sudah mencukupi untuk menjadi pasaran tersedia kepada NAFAS.
“Saya dah beritahu Menteri (Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Sr Ronald Kiandee) bahawa kita tidak membiarkan kerajaan sentiasa diugut oleh pengeluar ayam. Bantuan Pesawah
“Sebab itu saya minta NAFAS, Persatuan Peladang memainkan peranan membantu kerajaan supaya pasaran ayam dikuasai oleh kita secara tidak langsung tiada lagi ugutan daripada mereka yang tidak bertanggungjawab ini,” katanya.
Terdahulu, Ismail Sabri menggesa NAFAS dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) digesa melaksanakan perubahan dan anjakan paradigma bagi memastikan negara mempunyai bekalan makanan yang mencukupi, katanya.
Perdana Menteri berkata, NAFAS perlu memberi nafas baharu kepada sektor makanan berasaskan pertanian melalui penerapan teknologi tinggi dan pendigitalan, bagi meningkatkan pengeluaran pertanian, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada import makanan. Bantuan Pesawah
“Suka saya menarik perhatian bahawa Malaysia pada ketika ini membelanjakan lebih RM50 bilion untuk mengimport bahan makanan.
“Selain itu sewaktu menerajui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, saya mengisytiharkan 2014 sebagai tahun ‘Jihad Memerangi Orang Tengah’ kerana mereka inilah yang memerah keringat petani dan nelayan, dan memanipulasikan harga di pasaran.
“Jihad ini perlu diteruskan oleh NAFAS menerusi strategi penguasaan rantaian bekalan seperti mewujudkan Pusat Pembelian Padi, Pusat Pengumpulan Buah-Buahan, penambahan pasar tani serta pasar-pasar nelayan,” katanya
Beliau berkata, kerajaan sudah mengarahkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menyediakan pelan jangka panjang dan pendek bagi mengelak krisis makanan daripada berlaku di negara ini.
Katanya, kementerian terbabit juga diminta supaya mengambil tindakan segera berhubung isu kos sara hidup yang meningkat. Bantuan Pesawah
“Kebimbangan tidak cukup bekalan makanan merupakan isu global bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia.
“Keadaan ini berlaku ekoran pandemik COVID-19 yang mengekang kegiatan pertanian, sekali gus mengurangkan
eksport makanan oleh negara pengeluar kerana mereka lebih mengutamakan keperluan dalam negara masing-masing,” katanya.
Beliau berkata, situasi itu bertambah buruk apabila berlaku peperangan Russia-Ukraine yang memberikan tekanan terhadap rantaian bekalan di seluruh dunia.
Malah, peperangan itu memberi ancaman kepada penghantaran sebahagian tanaman ruji dunia sekali gus menyebabkan inflasi makanan menjadi semakin buruk.
“Peningkatan kadar inflasi merupakan satu fenomena global yang turut dialami kebanyakan negara akibat gangguan rantaian bekalan makanan. Bantuan Pesawah
“Sebagai contoh, Amerika Syarikat mengalami inflasi sebanyak 8.5 peratus, United Kingdom (7 peratus),
Singapura (5.4 peratus), Australia (4.5 peratus) dan Indonesia (2.6 peratus).
“Bagaimanapun Malaysia mencatat kadar inflasi sebanyak 2.2 peratus, lebih rendah berbanding negara lain. Jika perang berpanjangan, kita bimbang kesan yang lebih buruk terhadap input pertanian seperti harga baja, racun dan sebagainya,” katanya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan melalui MAFI sudah meluluskan peruntukan sebanyak RM4.47 juta dari Tabung Bencana Pertanian untuk membantu 29 Pertubuhan Peladang dan 483 Ahli Peladang yang terjejas akibat bencana alam pada tahun ini. Bantuan Pesawah
Katanya, Peruntukan Pembangunan Semula Projek Agromakanan (PPSPA) itu akan disalurkan melalui LPP di tujuh negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu. Bantuan Pesawah
Sementara itu, NAFAS mengumumkan dividen Dana Peladang Kebangsaan (DPK) yang berakhir Disember 2021 untuk Skim Pelaburan Khas Peladang (SPKP) sebanyak lapan peratus membabitkan hampir 6,000 pelabur dengan keseluruhan nilai agihan dividen berjumlah RM8.5 juta. Bantuan Pesawah
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan bantuan kepada pesawah ini, atau perkara lain berkaitan anda boleh layari http://nafas.com.my/ atau
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
Lot 1, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 6144 1200 Fax : 03 6144 1399
Email : info[a]nafas.com.my
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang bantuan kepada pesawah RM200 sebulan selama 6 bulan ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com