Pasport Hilang : Kadar Denda & Prosedur Gantian Terkini (2022)

Pasport Malaysia Hilang : Kadar Denda & Prosedur Gantian Terkini (2022)

PASPORT MALAYSIA HILANG – APA PERLU BUAT?

Adakah anda ingin melancong ke luar negara tetapi pasport hilang?

Setelah peralihan ke fasa endemik dan pintu negara dibuka semula, ramai orang mula merancang untuk bercuti ke luar negara. Pertama sekali cari dulu passport takut Pasport Hilang

Antara dokumen wajib yang perlu ada adalah pasport Malaysia anda dan visa perjalanan bagi sesetengah negara.

Sebelum ke luar negara, pasport anda haruslah mempunyai tempoh sah laku sekurang-kurangnya 6 bulan daripada tarikh tamat tempoh.

Sementara itu, sekiranya pasport hilang pula, anda boleh mendapatkan pasport baru namun dikehendaki membayar denda bergantung kepada berapa banyak kali anda pernah kehilangan pasport.

Berikut dikongsikan prosedur atau tatacara yang perlu dilakukan jika passport anda hilang untuk panduan anda.

Apa Itu Pasport?

Seperti yang tercatat dalam pasport Malaysia, pasport milik negara kita sah digunakan untuk ke seluruh negara di dunia ini kecuali Israel.

Prosedur Menggantikan Pasport Malaysia Yang Hilang

Sekiranya anda telah kehilangan pasport anda, anda perlulah membuat laporan polis terlebih dahulu. Pasport Hilang

Namun, sekiranya pasport Malaysia anda hanya rosak, laporan polis tidak diperlukan namun anda tetap perlu membayar denda untuk mendapat ganti pasportt yang baru. Pasport Hilang

Sila hadir ke pejabat Imegresen Malaysia yang berdekatan dan bawa bersama dokumen-dokumen penting seperti kad pengenalan dan laporan polis tersebut jika Pasport Hilang.

Berkenaan gambar pula, anda boleh mengambil gambar di pejabat Imegresn Malaysia atau menggunakan gambar yang sama sahaja sekiranya tiada perubahan yang ketara pada wajah anda jika Pasport Hilang.

Kadar Denda Gantian Pasport Hilang 2022

Dahulu, penggantian pasport yang hilang atau mengalami kerosakan tidak akan dikenaka sebarang bayaran denda.

Namun, terdapat perubahan seperti yang diumumkan dalam Warta Kerajaan Persekutuan berhubung Perintah Fi (Pasport dan Visa) (Pindaan) 2019 yang bertarikh 20 Disember 2019. Pasport Hilang

Perintah Pasport Hilang ini telah disiarkan untuk bacaan orang awam di laman web rasmi Pejabat Peguam Negara.

Berikut merupakan kadar denda pasport hilang terkini bagi tahun 2022, namun masih tertakluk kepada sebarang perubahan dari semasa ke semasa.

  • Kali pertama: RM400
  • Kali kedua: RM700
  • Kali ketiga dan seterusnya: RM1,200

Sementara itu, bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan pelajar berusia 21 tahun yang belajar di luar negara pula kadar dengan yang dikenakan untuk menggantikan passport hilang atau rosak pula adalah seperti yang berikut:

  • Kali pertama: RM300
  • Kali kedua: RM600
  • Kali ketiga dan seterusnya: RM1,100

Makluman Terkini – Pembaharuan Pasport

PEMBAHARUAN PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA (PMA)

*Sistem Temujanji Online (STO) dimansuhkan mulai 11 Mei 2022.

STO bagi urus niaga lain masih diteruskan seperti biasa.

Pembaharuan / Gantian PMA secara atas talian melalui MyOnline Pasport https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport

“Jumpa Terus” (Walk-In)

Kategori yang dibenarkan:

  • Permohonan kali pertama
  • Permohonan pelanjutan kanak-kanak 13 tahun ke bawah
  • Pasport hilang / rosak
  • Warga Emas (60 tahun ke atas)
  • OKU
  • Pelajar berumur 21 tahun dan ke bawah menyambung pelajaran peringkat Ijazah di luar negara
  • Jemaah Haji
  • Pemohon mempunyai masalah cap jari boleh meneruskan bayaran dan hadir terus ke pejabat pemungut yang dipilih bagi pengambilan cap jari.

Kelulusan menerusi MyOnline Pasport boleh diperoleh dalam tempoh tiga (3) hari bekerja menerusi notifikasi yang dihantar kepada e-mel dan pemohon boleh hadir ke pejabat pemungut sekiranya tidak mendapat notifikasi selepas tempoh tersebut. Pasport Hilang

SENARAI SEMAK PERMOHONAN GANTIAN PASPORT MALAYSIA HILANG YANG MASIH SAHLAKU

1. Borang Soal Soal Selidik Kehilangan Pasport Malaysia (IM.42C), bagi kes Pasport Hilang

2. Kad Pengenalan

3. Sijil Kelahiran / Borang H ( jika lahir di Luar Negara )

4. Sijil Warganegara, jika berkenaan

5. Salinan Pasport Malaysia hilang (jika ada)

6. Laporan Polis Pasport Hilang yang telah disahkan bagi kes hilang secara online di pautan berikut :-

www.immobilise.com

www.reportmyloss.com

7. Laporan Bomba Pasport Hilang, jika kehilangan akibat kebakaran

8. Surat Pengesahan Banjir dari Pihak Berkuasa Tempatan, jika Pasport Hilang akibat banjir

9. Sijil Perakuan Cemas berserta laporan Pasport Hilang dari pejabat Imigresen lapangan terbang (jika kehilangan berlaku di Luar Negara)

10. Surat Pengesahan Taraf, jika pemohon bertaraf penduduk tetap di luar negara

11. Surat Pengesahan Bekerja daripada majikan, jika berkaitan

12. Surat pengesahan / Tawaran Belajar di luar negara, jika berkaitan

13. Sijil Perkahwinan / Surat Cerai, jika di bawah 18 tahun dan telah berkahwin

14. Lain-lain dokumen yang difikirkan perlu

PERINGATAN

a) Urusan hanya pada waktu pejabat sahaja

b) Pemohon hendaklah hadir sendiri. Permohonan melalui pos tidak akan di layan

c) Semua dokumen ASAL hendaklah DIBAWA bersama ketika mengemukankan permohonan

d) Keputusan permohonan kehilangan passport akan dimaklumkan dalam tempoh LIMA(5) HARI BEKERJA dari tarikh permohonan selaras dengan Piagam Pelanggan

Panduan Bagi Warga Asing yang Kehilangan Pasport/Dokumen Perjalanan di Malaysia

1. Tindakan yang perlu anda lakukan jika Pasport Hilang ialah:

a. Melaporkan diri dengan segera ke Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Imigresen Malaysia;

b. Jangan gunakan khidmat orang tengah atau agen;

c. Sila bawa bersama perkara-perkara seperti di senarai semak.

d. Berikan kerjasama semasa siasatan dan rakaman kenyataan diambil oleh PegawaiImigresen.

2.Senarai Semak Keperluan Bagi Kes Kehilangan Pasport di Malaysia

Sila bawa bersama dokumen asal dan salinan perkara-perkara berikut:

a. Nombor/Salinan pasport/dokumen perjalanan;

b. Pasport/Dokumen Perjalanan Baru;

c. Laporan polis (kes kehilangan pasport);

d.Tiket pesawat/bas/feri (bawah 7 hari).

3. Keperluan tambahan:

a. Apa-apa bukti kemasukan (pas mendarat/tiket);

b. Apa-apa bukti kemasukan(senarai penumpang);

c. Sijil Perakuan daripada pihak Kedutaan;

d. Salinan pas/dokumen terdahulu (jika ada);

e. MEMO Rujukan daripada BPA/BPP/VPP/MIDA (jika berkaitan).

4. Bayaran: Pas Khas: RM100.00

Nota:

BPA-Bahagian Pekerja Asing, Jabatan Imigresen Malaysia

BPP-Pas Pengajian, Jabatan Imigresen Malaysia

VPP-Bahagian Visa, Pas dan Permit, Jabatan Imigresen Malaysia

MIDA-Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia

Renew Passport Malaysia Secara Online

Sekarang ini Imigresen Malaysia memperkenalkan renew atau memperbaharui passport secara online untuk memudahkan urusan pembaharuan passport. Untuk urusan secara online, anda boleh renew passport malaysia secara online melalui sistem Myonline Pasport Jabatan Imigresen

  • Klik di link pautan ini, https://imigresen-online.imi.gov.my
  • Anda boleh terus buat pembayaran terus secara online
  • Dan anda juga boleh pilih di pejabat mana yang anda mahu ambil pasport imigresen anda semula, selepas siap
  • Hanya kanak kanak umur lebh 13 tahun dibenarkan untuk mohon renew secara online yang telah pun memiliki e pasport yang mengandungi cip.

Syarat Renew Passport

1. Pemohon Cara Renew Passport Online mesti berumur 13 tahun keatas yang telah dikeluarkan dengan e-pasport (pasport bercip).

2. Pemohon perlu mengisi maklumat yang benar dan tepat di dalam ruangan yang disediakan dalam sistem.

“Jika terdapat maklumat/akuan palsu, permohonan akan ditolak dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 12(1)(c) Akta Pasport 1966 (Akta 150).”

3. Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun: Hanya penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran semasa permohonan yang terdahulu dibenarkan membuat permohonan secara atas talian. Penjaga yang sah perlu hadir di pejabat imigresen semasa pengambilan pasport tersebut. Jika penjaga tidak hadir bersama, pasport tersebut tidak akan diserahkan. Cara Renew Passport Online

4. Pemohon mesti memuatnaik gambar/foto bersaiz pasport yang terbaharu

5. Bayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit/debit terus (FPX). Kadar bayaran adalah seperti berikut:

i. Permohonan Biasa 13 – 59 tahun : RM 200

ii. Warga Emas (60 tahun keatas) : RM100

6. Pemohon perlu hadir sendiri untuk mengambil pasport dengan mengemukakan kad pengenalan, pasport sedia ada dan resit bayaran. Tiada wakil dibenarkan.

7. Kegagalan mengemukakan dokumen atau hadir akan menyebabkan pasport tidak akan diserah.

8. Pasport pembaharuan masih sah laku atau tamat tempoh di dalam keadaan baik sahaja.

9. Buku Pasport masih sah laku atau tamat tempoh mestilah didalam keadaan baik (tidak rosak ,berconteng, terkena air). Cara Renew Passport Online

10. Pemohon yang pasportnya hilang atau rosak tidak dibenarkan membuat permohonan secara atas talian.

11. Seseorang warganegara yang berada secara tidak sah atau melanggar undang-undang diluar Negara adalah tidak layak untuk membuat permohonan pasport secara atas talian.

12. Permohonan yang tidak menepati mana-mana syarat dan tidak memiliki visa/pas yang sah untuk menetap di sesebuah negara, bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan. (No Refund Policy)

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut berkaitan cara atau prosedur perlu dilakukan jika Pasport Hilang atau perkara lain berkaitan passport hilang ini anda boleh layari https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/main atau hubungi:

No Tel : 03-88801452 (call center Unit Lanjutan Bahagian Pekerja Asing)

(8.00 Pagi Hingga 5.00 Petang – Setiap Hari)

No Tel : 03-88801555 (Bilik Gerakan JIM)

(8.30 Pagi Hingga 11.00 Malam – Setiap Hari)

No Tel : 03-88801468 (call center Unit Bahagian PRA)

(8.00 Pagi Hingga 5.00 Petang – Setiap Hari

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang cara renew passport online ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com 

Leave a Comment