Bantuan Sara Hidup Veteran (BSH) RM300 Sebulan

Bantuan Sara Hidup Veteran (BSH) RM300 Sebulan

Veteran Tidak Berpencen pada umur 60 tahun akan menikmati Bantuan Sara Hidup (BSH) RM300 setiap bulan bermula September nanti, sama seperti yang diberikan kepada yang berumur 80 tahun sebelum ini.

Perkara ini dipersetujui hasil Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan Bantuan Sara Hidup Veteran ini untuk makluman semua.

Sumber: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI

Contoh Surat

Baca di Sini senarai contoh surat lain :

Bantuan Sara Hidup (BSH) Veteran Tidak Berpencen

Kerajaan mengiktiraf sumbangan perkhidmatan Veteran Tidak Berpencen atas jasa, khidmat bakti dan pengorbanan mereka menjaga keselamatan dan keamanan negara.

Pemanjangan Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM300 sebulan telah diumumkan bagi Veteran Tidak berpencen pada usia 60 tahun berbanding usia 80 tahun sebelum ini.

Ia bakal memberi faedah kepada seramai 41,970 Veteran Tidak Berpencen dengan implikasi kewangan tambahan sebanyak RM151.1 juta setahun.

Menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, perkara berkaitan penambahbaikan dan kebajikan anggota penjawat awam terutamanya status kajian Skim Saraan Perkhidmatan Awam akan dibincangkan oleh JKK-PPA meliputi aspek saraan, pembangunan organisai dan pengurusan bakat bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan penjawat awam.

Tarikh Bayaran Bantuan Sara Hidup Veteran (BSH)

Permanjangan BSH ini berkuat kuasa pada bulan September 2023.

Terkini, dimaklumkan bahawa tarikh bayaran pertama adalah bermula pada 19 September 2023 secara berperingkat.

Semakan Bayaran Bantuan Sara Hidup Veteran (BSH)

Semakan penyata dan bayaran pencen anda kini lebih mudah dan cepat dengan Portal Penyata Pencen Sistem Vibes 2.0.

Adalah dimaklumkan bermula 8 Julai 2022, semua urusan berkaitan semakan Penyata Pencen akan dilaksanakan di Portal Veteran Integrated Benefit System (VIBES) 2.0.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang portal baharu ini dan cara untuk mengaksesnya.

PELAKSANAAN GO-LIVE PORTAL VIBES 2.0 UNTUK PESARA PENCEN JHEV / VETERAN ATM

bantuan sara hidup veteran atm vibes

Cara Pendaftaran Bantuan Sara Hidup Veteran (BSH) RM300 Sebulan

  • Pergi ke URL berikut; https://vibes.jhev.gov.my/
  • Pengguna kali pertama perlu mendaftar akaun terlebih dahulu. Klik Daftar Pengguna.
  • Pilih ‘Jenis Pengguna’.
  • Isikan maklumat yang diperlukan.
  • Kemudian, klik ‘Semak’ untuk membuat pengesahan.
  • Tanda persetujuan ‘Terma dan Syarat’, sila isikan (/) pada kotak kosong berkenaan.
  • Sekiranya pendaftaran telah berjaya, halaman akan memberi notifikasi melalui e-mel.

Sumber: JHEV ATM

Soalan Lazim

Cara Permohonan pindah bayar pencen / Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ)?

Waris kemuka permohonan melalui emel atau telefon. Status permohonan akan dimaklumkan melalui emel/telefon atau boleh hubungi Unit Pelarasan Faedah di talian 03-2050 8109/8128 dan Unit Faedah Kematian, 03-2050 8126/8133/8145.

Siapakah yang dikategorikan sebagai Veteran ATM?

” Veteran” ertinya warganegara Malaysia yang telah berkhidmat sepenuh masa dan tidak pernah dibersarakan atau diberhentikan daripada perkhidmatan atas alasan salah laku dalam mana-mana Angkatan yang berikut:

  • angkatan tetap Angkatan Tentera Malaysia (ATM);
  • angkatan sukarela yang dikerah sepenuh masa oleh Angkatan Tentera Malaysia tanpa mengira tempoh perkhidmatan;
  • Force 136;
  • Tentera British yang telah berkhidmat di Malaya, Malaysia atau Singapura ; dan
  • Sarawak Rangers

Bagaimana menjadi ahli Veteran ATM?

Semua bekas tentera yang diketegorikan sebagai Veteran ATM ( rujuk definisi Veteran ATM ) dikira sebagai ahli Veteran ATM secara automatik. Kad Veteran dikeluarkan sebagai pengenalan anda adalah Veteran ATM.

Adakah Veteran ATM boleh mendapatkan rawatan secara percuma di Institut Jantung Negara (IJN)?

Veteran ATM layak untuk mendapat rawatan percuma di IJN dengan syarat hendaklah terlebih dahulu diperiksa oleh mana-mana hospital kerajaan dan kemudiannya dirujuk ke IJN untuk pemeriksaan / rawatan lanjut.

Bagaimana saya ingin mendapatkan Penyata Pencen tahun ini?

Penyata Pencen boleh didapatkan secara online pada halaman vibes.jhev.gov.my. Bermula 15 Januari 2019, pengguna perlu mendaftar semula bagi mendapatkan penyata pencen masing-masing

Perlukah saya menyertakan salinan Buku Rekod Perkhidmatan semasa memohon untuk tuntutan bayaran balik perubatan?

Jika pertama kali memohon, Salinan Buku Rekod Perkhidmatan diperlukan bagi mengemaskini maklumat tuan/puan ke dalam sistem JHEV . Namun begitu permohonan tuan/puan tetap akan diproses walaupun tiada salinan buku rekod perkhidmatan jika tuan/puan adalah veteran berpencen.

Saya telah kehilangan Kad Bekas Tentera (KBT). Apa yang perlu saya lakukan?

Sekiranya anda kehilangan Kad Veteran, sila ambil tindakan berikut:

  • Buat laporan kehilangan di balai polis berhampiran.
  • Isi borang permohonan Kad Veteran yang boleh diperolehi dari JHEV negeri yang berdekatan atau muat turun dari laman web JHEV atau klik di sini untuk muat turun Borang Permohonan KV
  • Sila majukan borang berkenaan bersama dengan;
  • Laporan polis
  • Salinan buku perkhidmatan
  • Salinan kad pengenalan anda dan pasangan
  • Salinan sijil nikah
  • Sekeping gambar berukuran pasport
  • Hantarkan borang beserta dokumen di atas ke JHEV Negeri atau terus ke JHEV ATM untuk tindakan selanjutnya.
  • Sekiranya ada kemusykilan/ pertanyaan sila berhubung terus dengan Staf Unit Kad Bekas Tentera di talian 03-20508111.

Anak saya telah mendapat bantuan persekolahan. Bolehkah saya memohon bantuan persekolahan untuk anak saya yang lain?

Bantuan Persekolahan hanya diberikan kepada satu anak bagi satu keluarga sahaja.

Maklumat Lanjut

Daftar dan kemas kini maklumat Veteran ATM di VIBES 2.0 sekarang:

https://vibes.jhev.gov.my/portal/

Sebarang pertanyaan sila hubungi : 03-2697 6600 / 03-2050 8000

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM

301, Medan Tuanku,

Jalan Tuanku Abdul Rahman,

50802 Kuala Lumpur,

Malaysia

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Bantuan Sara Hidup Veteran (BSH) RM300 Sebulan ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment