Bayaran Insentif Awal Penjawat Awam RM2000
Kuala Lumpur: Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 akan diberikan kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak dan ke bawah sementara Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dilengkapkan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 berkata, kerajaan turut memberi RM1,000 kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.
“Kerajaan sedang menyemak semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam yang kali terakhir dilaksanakan pada tahun 2012. Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) ini akan meneliti keperluan semua skim perkhidmatan dan dijangka dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan.
“Sementara menunggu kajian ini lengkap, sukacita diumumkan, kerajaan bersetuju untuk memberi Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak dan RM1,000 kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam membabitkan termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform,” katanya.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut berkaitan Bayaran Insentif Awal PenjawatAwam serta pesara untuk panduan semua.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Bayaran Insentif Awal Penjawat Awam RM1000 Pesara
Dalam pada itu, Anwar berkata bayaran insentif RM1,000 turut dipanjangkan kepada semua pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.
“Bayaran ini akan dibuat secara sekali gus pada akhir Februari 2024 bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang Ramadan dan Syawal,” katanya.
Terdahulu, dalam pembentangannya, Anwar berkata, kerajaan bersetuju supaya liputan Skim Ex-Gratia Bencana Kerja ditambah baik dan had siling gaji ditingkatkan daripada RM4,000 kepada Rm6,000 selaras dengan pindaan Skim Perkeso bagi sektor swasta.
“Kenaikan had siling gaji ini membolehkan kadar bayaran faedah di bawah Skim Ex-Gratia Bencana Kerja meningkat sehingga 50 peratus atau sekitar RM1.6 juta .
“Dengan kata lain, penjawat awam atau waris akan menikmati tuntutan pampasan yang lebih tinggi sekiranya berlaku kemalangan semasa
bertugas,” katanya.
Dalam pembentangan itu, kerajaan turut menyarankan majikan swasta turut sama mengkaji kesesuaian saraan serta ganjaran kepada pekerja mengambil kira cabaran kos sara hidup semasa.
“Tahun hadapan, kerajaan akan mula mempergiat sesi libat urus. Saya menyeru untuk pihak swasta untuk memberi ganjaran
terutamanya syarikat yang mempunyai keuntungan yang munasabah,” katanya
Tarikh Bayaran Insentif Awal Penjawat Awam 2024
Penjawat awam dan juga pesara akan menerima Bayaran Insentif Awal Penjawat Awam untuk tahun 2024 pada akhir bulan Februari seperti mana telah dibentangkan dalam belanjawan 2024 seperti di bawah:
• Bayaran insentif termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen. Bayaran ini akan dibuat secara sekali gus pada akhir Februari 2024 bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal.
Bonus Penjawat Awam 2024
Bayaran bonus atau imbuhan untuk kakitangan awam dan pesara yang biasanya dibayar 2 kali setahun sebelum ini dibayar sekali sahaja oleh kerajaan MADANI iaitu sebanyak RM2,000 pada bulan Februari 2024 seperti berikut.
•Kerajaan bersetuju untuk memberi Bayaran Insentif Awalsebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak dan RM1,000 kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam melibatkan semua termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.
• Bayaran insentif termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen. Bayaran ini akan dibuat secara sekali gus pada akhir Februari 2024 bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal.
Dapatkan voucher dan pelbagai barangan Jualan Rahmah untuk membantu anda berjimat setiap bulan. Di SINI
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut berkaitan Bayaran Insentif Awal Penjawat Awam RM2000 atau perkara lain berkaitan Bayaran Insentif Awal PenjawatAwam RM2000 anda boleh hubungi:
Kementerian Kewangan
No. 5 Persiaran Perdana,
Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62592 WP PUTRAJAYA.
Telefon: 03-8000 8000
Fax: 03-88823893 / 03-88823894
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang cara Bayaran Insentif Awal PenjawatAwam RM2000 ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com