Biasiswa Kursi Sheikh Othman Sarawak UKM Pasca-Siswazah
Berita baik untuk pelajar peringkat Sarjana (Mod Penyelidikan) yang melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), anda kini berpeluang untuk memohon Biasiswa Pasca-Siswazah Kursi Sheikh Othman Sarawak UKM.
Teruskan membaca untuk maklumat serta cara mohon biasiswa ini.
Tawaran biasiswa ini terbuka kepada semua pelajar peringkat Sarjana (Mod Penyelidikan) yang akan mendaftar atau sedang menjalani pengajian di UKM pada Semester 1 Sesi 2022/2023.
Biasiswa Kursi SheikhOthman Sarawak ini diperkenalkan sejak tahun 2022 khas untuk calon pasca-siswazah yang akan dan sedang menjalankan penyelidikan mengenai pembangunan masyarakat Islam Sarawak.
barikut dikongsikan maklumat berkaitan cara mohon serta syarat permohonan Biasiswa Kursi SheikhOthman Sarawak.
Biasiswa Pasca-Siswazah Kursi SheikhOthman Sarawak
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Baca Juga: Biasiswa Kerajaan : Senarai Biasiswa / Tajaan / Pinjaman Pengajian Sektor Awam / Kerajaan
Tarikh Permohonan Biasiswa Kursi Sheikh Othman Sarawak UKM Pasca-Siswazah
Calon yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan sebelum 31 Julai 2022.
Artikel lain: Biasiswa ISMP 2022 (Permohonan & Semakan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan)
Bidang Penyelidikan Layak Memohon Biasiswa Kursi Sheikh Othman Sarawak UKM
Bidang penyelidikan yang ditawarkan di bawah biasiswa ini adalah seperti berikut :
- Ekonomi Digital Negeri Sarawak.
- Pembangunan Tamadun Negeri Sarawak
- Pertanian Moden
- Perusahaan Kecil dan Sederhana
Baca Juga: Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP):Cara Mohon & Panduan Permohonan
Kadar Biasiswa Kursi Sheikh Othman Sarawak UKM
Kadar biasiswa yang ditawarkan adalah merangkumi yuran pengajian dan elaun sara hidup selama 2 tahun atau 4 semester.
Untuk semester pertama, penerima biasiswa akan diberikan dana sebanyak RM 10,770.00 seperti berikut :
- RM 5,370.00 (yuran semester pertama).
- RM 5,400.00 (elaun sara hidup sebanyak RM 1,800.00 sebulan untuk 3 bulan pertama).
Baca Juga: Permohonan Biasiswa Kursi Tok Nan 2022 Untuk Anak Sarawak
Syarat-Syarat Umum
Calon yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat seperti berikut :
- Terbuka kepada mana-mana calon yang akan mendaftar atau sedang menjalani pengajian peringkat Sarjana di UKM pada Semester 1, Sesi 2022/2023.
- Keutamaan pemberian biasiswa ini adalah untuk anak Negeri Sarawak.
- Pemohon mestilah mengikuti pengajian di UKM secara sepenuh masa dan mod penyelidikan (Full Research).
Baca Juga: Biasiswa 2022 Ijazah Sarjana Muda (Degree Scholarship)
Syarat Khusus
Calon juga perlu menepati syarat-syarat khusus seperti berikut :
- Pemohon mestilah memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang, sekurang- kurangnya Ijazah Sarjana Muda Kelas Kedua Atas atau CGPA/PNGK 3.00 ke atas semasa ijazah pertama.
- Melampirkan cadangan proposal kajian sewaktu memohon dan membentang draf berkenaan dalam sesi temuduga oleh panel khas yang akan dilantik oleh Jawatankuasa Pengurusan Kursi.
- Memiliki ciri kepimpinan yang tinggi, aktif dalam kegiatan kemasyarakatan dan cemerlang dalam perkembangan bakat seperti kepimpinan, kemahiran dan kreativiti merupakan satu kelebihan.
Pemohon Tidak Layak Memohon
Pemohon tidak layak memohon biasiswa sekiranya tergolong dalam salah satu kategori berikut :
- Pemohon yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.
- Pemohon yang sedang mengikuti program secara jarak jauh atau separuh masa.
- Pemohon yang masih terikat dengan mana-mana badan penajaan.
- Pemohon yang telah bekerja.
Cara Mohon Biasiswa Pasca-Siswazah Kursi Sheikh Othman Sarawak
Permohonan biasiswa ini boleh dibuat berpandukan langkah-langkah berikut :
- Layari pautan permohonan iaitu https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScc7gYjVXfkB9BqZZODykI5oN7FWoULQ6-RqMMwCTsdzSBtpA/viewform?usp=sf_link.
- Lengkapkan maklumat permohonan.
- Muat naik dokumen yang diperlukan.
- Klik “Submit” untuk menghantar permohonan.
Kenyataan Rasmi UKM Biasiswa Pasca-Siswazah Kursi Sheikh Othman Sarawak UKM
TAWARAN BIASISWA PASCA-SISWAZAH KURSI SHEIKH OTHMAN SARAWAK
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,
Y. Bhg. Prof. Ulung/Prof./Tan Sri/Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan,
TAWARAN BIASISWA PASCA-SISWAZAH KURSI SHEIKHOTHMAN SARAWAK
Dengan segala hormatnya, izinkan saya merujuk kepada perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa Urusetia Kursi SheikhOthman Sarawak, UKM menawarkan biasiswa pasca-siswazah bagi SEORANG (1) CALON peringkat Sarjana (Mod Penyelidikan) yang akan mendaftar atau sedang menjalani pengajian di UKM pada Semester 1, Sesi 2022/2023. Tempoh tajaan biasiswa adalah selama 2 TAHUN/4 SEMESTER sepanjang pengajian.
2. Bidang penyelidikan di bawah biasiswa ini adalah seperti berikut:
i. Ekonomi Digital Negeri Sarawak;
ii. Pembangunan Tamadun Negeri Sarawak;
iii. Pertanian Moden
iv. Perusahaan Kecil & Sederhana.
3. Permohonan biasiswa boleh diisi melalui Google Form seperti di pautan berikut: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScc7gYjVXfkB9BqZZODykI5oN7FWoULQ6-RqMMwCTsdzSBtpA/viewform?usp=sf_link
4. Tarikh Tutup Permohonan Biasiswa ialah pada 31 JULAI 2022.
5. Bersama ini dilampirkan Garis Panduan dan Poster Hebahan Tawaran Biasiswa Pasca-Siswazah Kursi Sheikh Othman Sarawak. Segala syarat permohonan dan maklumat lanjut, boleh layari laman web www.ukm.my/kursisos dan hubungi Pejabat Urusetia Kursi Sheikh Othman Sarawak di talian 03-89215622 atau emel kursisos@ukm.edu.my.
Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Prof. Ulung/Prof./Tan Sri/Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam perkara ini adalah amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
Yang Benar,
DR. MOHAMAD ZULFAZDLEE ABUL HASSAN ASHARI
Pengurus
Kursi Sheikh Othman Sarawak, UKM
d/a Fakulti Pengajian Islam, UKM
&
Pensyarah Kanan
Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam
Fakulti Pengajian Islam, UKM
Emel: mozaha@ukm.edu.my
No. Tel: 03-89215622 (P)/ 019-3647620 (B)
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai Biasiswa ini sila hubungi Pejabat Urusetia Kursi Sheikh Othman Sarawak menerusi butiran berikut :
Telefon : 03-89215622
Emel : kursisos@ukm.edu.my
Terima kasih. Semoga perkongsian berkaitan Biasiswa Kursi Sheikh Othman ini memudahkan urusan anda InsyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com