Permohonan Biasiswa Kursi Tok Nan 2022 Untuk Anak Sarawak
PELAWAAN PENAJAAN BIASISWA KURSI TOK NAN TAHUN 2022
UPMKB mempelawa calon- calon yang layak dan berpotensi untuk memohon penajaan Biasiswa Kursi Tok Nan.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang syarat kelayakan memohon biasiswa ini, program pengajian yang ditawarkan, kadar biasiswa serta cara membuat permohonan.
Baca Juga: Semakan CCRIS Online:Semak Online & Manual Melalui Bank Negara
Apakah Biasiswa Tok Nan?
Penajaan biasiswa ini merupakan salah satu inisiatif penubuhan Kursi Tok Nan antara UPM Kampus Bintulu dan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak dalam usaha untuk membantu dana pengajian anak tempatan dalam bidang Sains Sosial dan Kemanusian.
Artikel Lain:Semakan Keputusan Temuduga SPP DG41 One-off 2021 (Fasa 1, 2 & 3)
Syarat Permohonan Biasiswa Kursi Tok Nan 2022
- Anak Jati Sarawak (Sama ada ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali anak kelahiran Sarawak)
- Pemohon, ibu dan bapa mestilah warganegara Malaysia
- Mempunyai keputusan yang cemerlang iaitu minimum PNGK 3.50 ke atas
- Hanya pemohon yang belum menerima sebarang penajaan daripada lain-lain penaja atau bantuan kewangan dari mana-mana organisasi dalam dan luar Negara layak memohon
- Pelajar yang telah mendapat tajaan contohnya JPA, MARA dan sebagainya tidak layak memohon.
- Pelajar yang telah / pernah menerima pinjaman daripada mana-mana badan tajaan dalam penajian Pensijilan atau Diploma tidak layak untuk meohon. Sekiranya pernah menerima pelajaran, surat selesai bayaran pinjaman hendaklah disertakan bersama borang permohonan.
Untuk semakan biasiswa lain baca: Biasiswa 2022 Ijazah Sarjana Muda (Degree Scholarship)
Program Pengajian Yang Ditawarkan
Perhatian untuk pelajar Anak Jati Sarawak yang mengambil jurusan berikut sahaja :
• Diploma Pembangunan Manusia dan
• Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan.
Tarikh Permohonan
Permohonan penajaan biasiswa yang akan dibuka seperti ketetapan berikut :
• Diploma – 22 Februari 2022 sehingga 01 Mac 2022
• Bacelor – 28 Mac sehingga 16 April 2022
Baca Juga: PIDN JPA 2022: Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (Biasiswa JPA)
Cara Permohonan
Bagi pelajar yang berminat bolehlah memohon segera. Sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada pihak kami menghubungi Puan. Rabaiyah binti Zaini di talian 086-855474 atau emel rabaiyah@upm.edu.my
Sekian, harap maklum dan terima kasih.
Semak Disini: Senarai Biasiswa IPT:Senarai Bantuan & BIasiswa Pelajar IPT Terkini
Muat Turun Borang Permohonan Biasiswa Kursi Tok Nan 2022
Untuk memuat turun borang permohonan Biasiswa KursiTok Nan 2022 anda boleh muat turun di sini: BORANG PERMOHONAN BIASISWA KURSI TOK NAN 2022
Baca Juga: BTAR 2022:Cara Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman
Kenyataan Media Permohonan Biasiswa Kursi Tok Nan 2022
KUCHING: Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak memperuntukkan biasiswa Kursi TokNan berjumlah RM2.4 juta untuk menjalankan kajian mengenai etnik-etnik minoriti di negeri itu.
Menterinya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata kajian yang mengambil masa selama tiga tahun itu juga akan mengetengahkan idea serta aspirasi bekas Ketua Menteri, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau Tok Nan mengenai kebudayaan, kesenian dan warisan di Sarawak.
“Pada 27 Okt ini sempena Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan 2021, kerajaan negeri akan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi memulakan kajian itu.
“Kursi ini adalah yang pertamanya dibuat berkenaan dengan Tok Nan dan UPM telah mengusulkan bahawa mereka bersetuju untuk menubuhkan Kursi tersebut dengan tujuan mendalami minat Tok Nan dalam kesenian, kebudayaan dan warisan negeri Sarawak,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.
Hadir sama, Dekan Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains UPM Kampus Bintulu Prof Madya Dr Mohamad Maulana Magiman dan Pengarah UPM Kampus Bintulu Prof Madya Dr Shahrul Razid Sarbini.
Abdul Karim berkata satu galeri khas juga akan dibuka di UPM bagi mempamerkan hasil kajian berkenaan, selain untuk dijadikan sebagai rujukan pada masa hadapan.
“Jika kajian ini berjaya dan prestasinya sangat memuaskan kita akan mempertimbangkan untuk meneruskan lagi kajian seperti ini secara menyeluruh,” tambahnya.
Baca Disini: Bantuan Warga Emas JKM:Permohonan Bantuan Orang Tua RM500 Sebulan (BWE JKM)
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan permohonan Biasiswa Kursi Tok Nan ini, sila rujuk saluran berikut:
- Facebook Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak – UPMKB
- http://www.btu.upm.edu.my/
- Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak 97000 Bintulu, Sarawak
- Tel: 086-855 201
Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai permohonan Biasiswa Kursi Tok Nan ini memudahkan anda. InsyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com