PIDN JPA 2022: Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (Biasiswa JPA)
Permohonan Program Ijazah Dalam Negara JPA PIDN JPA 2022 kini telah DIBUKA.
Program Ijazah Dalam Negara JPA PIDN JPA 2022 boleh dimohon secara online.
Permohonan PIDN JPA 2021 atas talian dibuka mulai 14 FEB 2022 sehingga 27 FEB 2022 di Portal eSila JPA.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang Program Ijazah Dalam Negara 2022 PIDN JPA 2022 untuk makluman bersama.
Baca Juga: Jawatan Kosong RISDA: Jawatan Ditawarkan & Cara Mohon
Baca Juga:Semakan Keputusan MRSM 2021:Permohonan Rayuan Kemasukan Tingkatan 1&4
Apakah PIDN JPA 2022?
PIDN JPA 2022 adalah penajaan dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah kepada pelajar peringkat Ijazah Pertama yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Awam (UA), Politeknik Premier dan Government Linked Universities (GLU).
Baca Juga:Permohonan PPC 2021:Penajaan Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Pengajian Islam
Syarat Umum Permohonan PIDN 2022
Berikut adalah syarat umum permohonan PIDN JPA 2022
- Warganegara Malaysia.
- Mempunyai kesihatan yang baik.
- Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan PIDN JPA 2022 (23 tahun bagi pelajar peralihan).
- Memiliki sijil penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- Calon PIDN JPA 2022 dan / atau ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA.
- Tidak menerima bantuan kewangan atau tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama.
Baca Juga: Biasiswa Tunku Abdul Rahman:Cara Permohonan BTAR
Syarat Khusus Permohonan Biasiswa PIDN 2022
Syarat khusus bagi permohonan PIDN JPA 2021 seperti berikut:
- Telah memulakan pengajian peringkat Ijazah Pertama sebelum tarikh iklan ditutup.
- Bidang SELAIN Perubatan dan Pergigian :
- Pelajar yang telah memulakan pengajian dan memperoleh PNGK terkini sekurang-kurangnya 3.0 atau
- Pelajar yang telah memulakan pengajian tetapi belum melengkapkan sekurang-kurangnya satu semester di peringkat Ijazah Pertama hendaklah memenuhi syarat memperoleh sekurang- kurangnya 3.25 di peringkat diploma dari UA / Politeknik / IPTS / GLU yang disenaraikan
- Mempunyai baki 18 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa.
- Bidang Perubatan dan Pergigian
- Mempunyai keputusan LULUS bagi keputusan terkini pengajian bagi bidang perubatan dan pergigian dan
- Mempunyai baki 24 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa.
Baca Juga:Permohonan GrEP MARA:PROGRAM GRADUAN CEMERLANG
Bidang Pengajian Layak Mohon PIDN JPA
Bidang pengajian yang layak memohon PIDN JPA 2022 seperti berikut:
- Kejuruteraan dan Teknikal
- Sains sosial
- Klinikal dan kesihatan
- Sains
- Senibina
- Veterinar
Penting untuk pelajar tahu: Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan: Permohonan BKP Online 2021
Cara Permohonan PIDN JPA 2022
Permohonan Program Ijazah Dalam Negara 2022 PIDN JPA 2022 dibuka secara atas talian di Portal JPA.
Sila layari: https://esilav2.jpa.gov.my/
Baca Juga : Buka Akaun SSPN Online:Cara Lengkap Bergambar
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membuat permohonan, sila emelkan ke : penawaranisp@jpa.gov.my
Penting: Kira Fidyah Puasa: Cara Kira Fidyah Puasa
Tarikh Permohonan
Permohonan PIDN JPA 2022 atas talian dibuka mulai 14 Feb 2022 sehingga 27 Feb 2022.
Wajib baca: 13 Rukun Solat & Kesilapan Semasa Solat
Senarai Institusi Yang Ditaja PIDN JPA 2022
Berikut senarai Institusi yang ditaja PIDN JPA 2022:
1. Universiti Malaya (UM)
2. Universiti Sains Malaysia (USM)
3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
4. Universiti Putra Malaysia (UPM)
5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
6. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
8. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
10. Universiti Utara Malaysia (UUM)
11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
12. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
13. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
14. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
15. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
16. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
17. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
18. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
21. Politeknik Premier
22. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
23. Universiti Multimedia (MMU)
24. Universiti Teknologi Petronas (UTP)
25. Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
Baca Juga: Perkara Yang Membatalkan Wudhu
Soalan Lazim
1.Bagaimanakah cara untuk memohon program penajaan JPA PIDN JPA 2022 menggunakan ePermohonan?
Permohonan program penajaan JPA menggunakan ePermohonan memerlukan pendaftaran akaun pengguna yang boleh dilakukan dengan menekan butang ‘Daftar’ di Halaman Utama ePermohonan. Pendaftaran akaun ini adalah percuma dan hanya perlu dilakukan sekali sahaja (Single Sign-On) untuk setiap pemohon. Pemohon perlu menggunakan akaun yang sama untuk memohon apa-apa program penajaan yang menggunakan ePermohonan.
2.Saya tidak menerima emel pengaktifan selepas mendaftar. Apa perlu saya lakukan?
Emel pengaktifan akan dihantar secara automatik selepas pendaftaran akaun berjaya dilakukan. Pemohon dikehendaki menyemak ruangan emel Spam atau Junk Mail di dalam emel peribadi sekiranya masih tidak menerima emel dalam tempoh 5 minit. Sekiranya emel pengaktifan masih tiada, pemohon boleh klik pada butang ‘Masalah Log Masuk’ pada halaman utama untuk memohon emel pengaktifan semula.
3.Saya telah mengisi semua maklumat yang diperlukan bagi tujuan permohonan tajaan bolehkah saya mengemaskini maklumat tersebut?
Kesemua maklumat permohonan yang telah diisi BOLEH DIKEMASKINI dengan memilih ‘tab navigasi’ yang terletak diatas borang permohonan (lihat rajah dibawah) pada bila-bila masa sehingga tarikh tutup permohonan.
Anda juga boleh memohon bantuan tanam semula RISDA klik di SINI.
Soalan Lain
4.Saya adalah penjawat awam dan ingin memohon program tajaan JPA. Mengapa saya tidak boleh menggunakan akaun emel jabatan untuk tujuan pendaftaran?
Pendaftaran memerlukan akaun emel peribadi bagi memudahkan pihak JPA menghubungi pemohon terutamanya apabila pemohon bertukar jabatan. Emel rasmi pegawai akan dipohon semasa pemohon mengisi borang permohonan
5.Saya tidak dapat melihat syarat-syarat permohonan serta dokumen-dokumen lain kerana sistem memaparkan Google Drive Unreachable. Apa perlu saya lakukan?
Sila pastikan anda menggunakan pelayar web versi terkini seperti disarankan. Sekiranya masih tidak dapat mengakses, terdapat kemungkinan capaian internet semasa anda (seperti talian internet di pejabat) menghalang anda dari mengakses laman web Google Drive. Mohon hubungi pentadbir talian internet anda bagi membolehkan capaian ke Google Drive, atau gunakan talian internet di tempat lain untuk membaca dokumen tersebut.
6.Saya ingin membatalkan pendaftaran akaun eSILA-ID saya. Apa perlu saya lakukan?
eSILA-ID adalah ID bersepadu (Single Sign-On – SSO) yang digunakan oleh pelajar/pegawai tajaan JPA untuk log masuk aplikasi penajaan atas talian JPA dengan menggunakan MyKad atau Kad Pengenalan Polis/Tentera dan meliputi aplikasi seperti ePermohonan, eKeputusan, ePenawaran dan MySELF. Akaun eSILA-ID adalah tidak boleh dihapuskan. Sekiranya anda mengesyaki akaun eSILA-ID anda didaftarkan/digunakan oleh pihak lain, sila hubungi talian teknikal untuk bantuan lanjut.
7.Saya ingin membatalkan permohonan saya untuk program ini. Apa perlu saya lakukan?
Anda boleh membatalkan sendiri permohonan anda secara layan diri dengan cara klik pada ‘Masalah Log Masuk’ di laman utama permohonan. Sila hubungi talian teknikal sekiranya terdapat sebarang masalah.
Baca Juga: Biasiswa Sekolah Menengah: Permohonan Biasiswa Tingkatan 1&4 Yayasan Pahang 2021
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Maklumat lanjut sila rujuk Set Soalan Lazim (FAQ) berkaitan PIDN JPA 2022 melalui pautan di bawah ini:
https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/panduanMemohon.php?program=PIDN&auth=3599
atau hubungi :
Bahagian Pembangunan Modal Insan,
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,
Aras 2-4, Blok C2, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 Putrajaya, Malaysia.
atau rujuk gambar di bawah:
Terima kasih. Semoga semua pemohon PIDN JPA 2022 berjaya insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com