BKM Kategori Bujang:Bantuan RM350-RM600 (Bantuan Keluarga Malaysia)

BKM Kategori Bujang:Bantuan RM350-RM600 (Bantuan Keluarga Malaysia)

BKM Kategori Bujang:Bantuan RM350-RM600 (Bantuan Keluarga Malaysia)

BKM Kategori Bujang. Dalam perbentangan Bajet 2022, kerajaan telah memperkenalkan BKM Bantuan Keluarga Malaysia. Ramai tertanya-tanya, BKM Kategori Bujang tidak ada dalam pakej ini ke?

Jangan risau, Menteri Kewangan Tengku Zafrul sudah jelaskan bahawa beliau tidak sempat untuk umumkan dan senaraikan semua bantuan. Bantuan kategori Bujang BKM ini termasuk sekali dalam Bantuan Keluarga Malaysia.

Baca Juga: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Tunai RM2000 Untuk B40

Jumlah Bayaran BKM Kategori Bujang 2022

Berikut adalah bantuan yang diberikan kepada bujang :

  • Kategori Bujang & Pendapatan bawah RM2,500 : Dapat RM350
  • Kategori Warga Emas Bujang & Pendapatan bawah RM5,000 : Dapat RM600
  • Kategori Ibu/ Bapa Tunggal : Dapat RM500
  • Kategori Warga Emas Isi Rumah : Dapat RM300

Untuk lebih mudah faham, sila rujuk infografik di bawah.

BKM Kategori Bujang:Bantuan RM350-RM600 (Bantuan Keluarga Malaysia)

Syarat Kelayakan BKM Bujang

  • Warganegara Malaysia
  • Gaji dan pendapatan perlu bawah RM2,500 sebulan
  • Umur bawah 21 tahun *
  • * Akan dikemaskini

* Kemaskini * Cara Permohonan BKM Bujang

Bantuan Keluarga Malaysia 2022

Bagi penerima sedia ada (BPR 2021 dan BKC) yg mempunyai perubahan maklumat,

◾Status Perkahwinan.

◾Bilangan Anak.

◾Jumlah Pendapatan.

Anda boleh mengemaskini BKM’22 di link :

https://bkm.hasil.gov.my/

Dokumen yg diperlukan utk dimuatnaik adalah seperti berikut :

◾Status Perkahwinan – Sijil Nikah / Cerai.

◾Bilangan Anak. – Sijil Lahir Anak.

◾Jumlah Pendapatan – Isikan Jumlah Pendapatan Baru.

* Bagi mereka yg TIDAK mempunyai sebarang perubahan maklumat, anda boleh login utk memastikan permohonan anda ada dan telah diterima di dlm sistem BKM 2022.

Tempoh Kemaskini : 1 Jan’22 – 31 Jan’22.

Soalan Lazim BKM Bujang

1.Adakah penerima bantuan keluarga Malaysia bujang perlu buat permohonan?

Kerajaan akan umumkan cara permohonan dalam waktu terdekat. Terkini: Lihat kemaskini di atas.

2.Bilakah tarikh pembayaran?

Jadual pembayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

3.Saya perlukan maklumat lebih lanjut mengenai bantuan ini, apakah nombor yang saya boleh hubungi?

Sila hubungi talian hotline LHDN di 1-800-88-2727

Kenyataan Bajet 2022 Bantuan Keluarga Malaysia BKM

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) menerusi Belanjawan 2022 dengan bantuan tunai tertinggi iaitu sebanyak RM2,000 bagi mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19. Bantuan Keluarga Malaysia BKM Kategori Bujang

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata BKM dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion, bakal memanfaatkan kira-kira 9.6 juta penerima yang akan membabitkan isi rumah mempunyai tiga anak dan lebih, selain purata pendapatan bulanan di bawah RM2,500 sebulan.

“Bantuan kali ini adalah yang tertinggi berbanding sebelum ini di mana Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) hanya memperuntukkan sebanyak RM1,800. “Bantuan tunai langsung itu ditambah baik dengan memperkenalkan BKM untuk memberi lebih tumpuan kepada mereka yang terkesan,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat. BKM Kategori Bujang

Katanya, tumpuan kerajaan adalah untuk meneruskan bantuan tunai langsung secara bersasar, memperkasa aspek pendidikan dan kesihatan awam dan terus menjana peluang pekerjaan. “Tahun depan, inisiatif bantuan tunai langsung akan ditambah baik, kerajaan akan memperkenalkan BKM dengan beberapa pembaharuan supaya kumpulan yang benar-benar berkesan diberi tumpuan,” katanya. Bantuan Keluarga Malaysia BKM Kategori Bujang

Selain itu, beliau berkata, kerajaan akan memberi bantuan tambahan sebanyak RM500 ringgit lagi kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan bulanan sehingga RM5,000. “Bantuan tambahan sebanyak RM300 ringgit lagi turut diberikan kepada isi rumah warga emas. Ini bermakna ibu atau bapa tunggal dengan tiga anak atau lebih, layak mendapat BKM maksimum sebanyak RM2,500.

Berhubung bantuan yang disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Zafrul berkata, syarat kelayakan kebajikan akan dinaikkan kepada Paras Garis Kemiskinan Makanan 2019 iaitu RM1,169 berbanding PGK 2016 iaitu RM980 sebelum ini. Katanya, usaha meluaskan liputan perlindungan sosial itu adalah selaras dengan komitmen kerajaan bagi memastikan bantuan yang sampai ke tangan mereka yang memerlukan, turut mengambil kira kenaikan kos sara hidup semasa. Bantuan Keluarga Malaysia BKM Kategori Bujang

“Oleh itu, dengan kenaikan ini, lebih ramai akan menikmati faedah bantuan kebajikan di bawah JKM dengan peruntukan tambahan RM200 juta. “Secara keseluruhan, RM2.4 bilion disediakan bagi penyaluran bantuan kebajikan untuk manfaat lebih 440,000 isi rumah memerlukan,” katanya.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai BKM 2022, layari laman web Kementerian Kewangan di pautan https://mof.gov.my/ms/.

Selain itu, terdapat pelbagai lagi bantuan dan inisiatif yang diumumkan dalam Bajet 2022 yang akan dikemaskini. Rujuk di sini: https://budget.mof.gov.my/ms/

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang BKM kategori bujang ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment