Diskaun PTPTN Hingga 15% Mulai 1 November 2021 (Bajet 2022)
Menteri Kewangan telah mengumumkan diskaun bayaran balik pinjaman kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Dalam pembentangan Bajet 2022 hari ini, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022.
Kategori Diskaun PTPTN Bajet 2022
Pemberian diskaun ini mengikut kategori seperti berikut:
- Pertama: Diskaun 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh.
- Kedua: Diskaun 12 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran; dan
- Ketiga: Diskaun 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual.
*Rujuk cara buat bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus : Cara Daftar Bayaran Balik Automatik (Direct Debit)
Pemberian diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN ini merupakan tanda keprihatinan kerajaan yang akan memberi manfaat kepada 1.67 juta peminjam PTPTN.
Semoga dengan adanya insentif yang diberikan oleh kerajaan ini, para peminjam PTPTN dapat mengambil peluang untuk membuat bayaran balik mengikut kemampuan dan secara tidak langsung membantu kelangsungan pinjaman pendidikan kepada generasi yang akan datang.
Jika anda tidak tahu berapa lagi baki bayaran PTPTN yang perlu dibayar, sila rujuk:
Cara Semakan Baki PTPTN Online & Tunggakan Terkini
Selain bantuan diskaun ini, golongan belia dan mahasiswa juga akan menerima pelbagai insentif lain dalam Belanjawan 2022.
Antaranya termasuklah :
- Pemberian tablet percuma melalui Inisiatif PerantiSiswa
- Bantuan RM150 e-Start yang akan dikreditkan melalui e-Wallet
- Dan lain-lain program pemerkasaan untuk belia dan juga para mahasiswa permata negara.
Kenyataan Rasmi Diskaun PTPTN Bajet 2022
KERAJAAN bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bermula 1 November sehingga 30 April depan.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, peminjam yang menyelesaikan bayaran penuh pinjaman akan diberi diskaun sebanyak 15 peratus, manakala diskaun 12 peratus akan diberikan kepada peminjam yang melunaskan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
Peminjam yang membuat bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual pula akan diberi diskaun sebanyak 10 peratus, katanya ketika membentangkan Bajet 2022. Diskaun PTPTN
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sebarang pertanyaan mengenai duit PTPTN atau maklumat lanjut yang berkaitan duit PTPTN , sila hubungi di:
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN, Blok D
Megan Avenue II, No. 12, Jalan Yap Kwang Seng,
50450 Kuala Lumpur
No. Careline: 03 – 2193 3000
No. Faks: 03 – 2193 1263
Sila rujuk intipati Bajet 2022
ATAU
Terus layari laman web PTPTN untuk update terkini:
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Diskaun PTPTN & cara semakan tarikh bayaran duit PTPTN ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com