Pakej Cuti Penjawat Awam & Pesara Kerajaan MOTAC

Pakej Cuti Penjawat Awam & Pesara Kerajaan MOTAC

Pakej Cuti Penjawat Awam & Pesara Kerajaan MOTAC

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melancarkan pakej cuti pelancongan terbaharu khusus kepada penjawat awam dan pesara kerajaan iaitu Pakej Cuti Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan.

Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, program yang dilaksanakan melalui Tourism Malaysia mendapat kerjasama daripada badan lain seperti Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) dan CUEPACS.

Tujuan utama Pakej Percutianuti Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan ini diwujudkan adalah untuk meningkatkan pelancongan domestik dalam kalangan pelancong daripada penjawat awam dan pesara kerajaan.

Pakej pelancongan ini adalah kesinambungan Pakej Istimewa Penjawat Awam yang sebelum ini dilancarkan pada 3 September 2020 dengan memfokuskan kepada produk di sekitar Lembah Klang sebelum diperluaskan ke Sabah.

Pakej Pelancongan Ditawarkan

Penjawat awam dan pesara kerajaan yang berminat boleh segera mendapatkan pakej ini dan tawaran ini sah sehingga 30 Jun 2022.

Sebanyak 457 pakej pelancongan ditawarkan membabitkan produk pelancongan dari seluruh Malaysia menerusi Pakej Percutian Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan.

Tawaran harga pakej yang ditawarkan adalah serendah RM120 seorang.

Pakej Cuti Penjawat Awam & Pesara Kerajaan MOTAC

Lokasi Pelancongan Pakej Cuti Penjawat Awam & Pesara Kerajaan MOTAC

Antara lokasi pelancongan yang ditawarkan menerusi pakej ini adalah seperti berikut:

  • Putrajaya
  • I-City Shah Alam
  • Genting Highland
  • Sky Bridge KLCC
  • Sky Mirror Kuala Selangor
  • Taman Negara Endau Rompin
  • Taman Negara Mulu
  • Royal Belum
  • Kilim Geoforest Park
  • Danum Valley
  • Wakaf Che Yeh
  • Taman Tamadun Islam.

Syarat Kelayakan Pakej Cuti Penjawat Awam & Pesara Kerajaan MOTAC

Syarat kelayakan yang ditetapkan ialah pemohon tersebut mestilah penjawat awam dan pesara kerajaan yang telah berkhidmat di dalam kerajaan.

Cara Mendapatkan Pakej Cuti Penjawat Awam & Pesara Kerajaan MOTAC

Penjawat awam dan pesara kerajaan yang ingin mendapatkan pakej pelancongan ini boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://deals.malaysia.travel/deals.
  2. Klik butang #pakejcutipenjawatawam.
  3. Klik pakej pelancongan yang dipilih.
  4. Berhubung terus melalui panggilan telefon agensi pelancongan yang menawarkan tawaran tersebut.
  5. Nyatakan untuk mendapatkan Pakej Percutianuti Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan.
  6. Berikan maklumat peribadi untuk mendapatkan pakej pelancongan terbabit.

Kenyataan Rasmi Pakej Cuti Penjawat Awam & Pesara Kerajaan MOTAC Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya

31 Oktober 2021 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui agensinya, Tourism Malaysia hari ini melancarkan Pakej Percutian Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan melibatkan produk-produk pelancongan di seluruh negara dalam usaha meningkatkan pelancongan domestik.

Program yang mendapat kerjasama Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) itu telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri di Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan.

Pelancaran pakej tersebut merupakan kesinambungan kepada Pakej Istimewa Penjawat Awam yang telah dilancarkan pada 3 September 2020 dengan memfokuskan kepada produk-produk di sekitar Lembah Klang sebelum diperluaskan ke negeri Sabah. Sejak dilancarkan, pakej istimewa ini telah berjaya menjana nilai jualan hampir mencecah RM510,000.00 walaupun dengan cabaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan di negara ini.

“Kita menyasarkan pelancaran pakej kali ini dapat menarik seramai mungkin penjawat awam dan pesara kerajaan untuk melancong di dalam negara termasuk 1.2 juta ahli CUEPACS dan 700,000 pesara kerajaan.

“Inisiatif Pakej Cuti Penjawat dan Pesara Kerajaan ini diharap dapat menyemarakkan kembali pelancongan domestik sekali gus membantu pemulihan industri pelancongan negara yang terkesan ekoran pandemik COVID-19,” jelas YB Dato’ Sri Hajah Nancy.

Sehingga kini, sebanyak 457 pakej telah dibangunkan melibatkan produk-produk pelancongan dari seluruh Malaysia dengan tawaran harga pakej serendah RM120 seorang. Tempoh sah pakej adalah sehingga 30 Jun 2022.

Selain pakej penginapan, para penjawat awam dan pesara kerajaan juga dapat menikmati tawaran diskaun bagi harga tiket sehingga 30 peratus.

Antara produk pelancongan yang tersenarai ialah Putrajaya, I-City Shah Alam, Genting Highland, Sky Bridge KLCC, Sky Mirror Kuala Selangor, Taman Negara Endau Rompin, Taman Negara Mulu, Royal Belum, Kilim Geoforest Park, Danum Valley, Wakaf Che Yeh, Taman Tamadun Islam dan banyak lagi.

Maklumat lanjut berkenaan pakej-pakej yang ditawarkan boleh diperoleh dengan melayari laman web Tourism Malaysia di https://deals.malaysia.travel/deals.

Contoh Surat

Baca di Sini senarai contoh surat lain :

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Pakej Cuti Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan, sila layari laman web https://deals.malaysia.travel/deals.

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Pakej Cuti Penjawat Awam ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment