eRumah Johor 2022:Daftar,Permohonan & Semakan Rumah Mampu Milik Johor
APA ITU eRumah Johor?
eRumah Johor adalah sistem permohonan perumahan negeri secara atas talian yang menawarkan Rumah Mampu Milik Johor / Rumah Mampu Biaya Johor bagi meringankan beban rakyat negeri Johor yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah idaman dengan harga yang berpatutan.
Terdapat pelbagai jenis rumah mampu milik yang boleh dimohon di bawah eRumah Johor mengikut kadar pendapatan kelayakan masing-masing.
eRumah Johor dikendalikan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (SUKJ Bahagian Perumahan).
Berikut dikongsikan maklumat lanjut berkaitan eRumah Johor untuk memudahkan anda.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
BAca Juga: Cara Guna Shopee Food & Daftar Rider Shopee Food
Apa Itu Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)?
RMMJ adalah rumah mampu milik yang disediakan oleh kerajaan negeri Johor, di bawah Projek Rumah Mampu Biaya.
Tujuan utamanya adalah untuk menawarkan skim yang boleh membantu golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) yang menetap di negeri tersebut.
Cara untuk memohon mana-mana rumah RMMJ di bawah kerajaan negeri Johor sekarang sangat mudah, sebab semuanya melalui online di laman web e-Rumah Johor.
Nak tahu senarai BANTUAN KERAJAAN NEGERI JOHOR?
Baca Juga: Daftar Mengundi Online:MySPR Cara Daftar Pemilih
Jenis Rumah Ditawarkan Melalui eRumah Johor
Walaupun terdapat pelbagai kategori rumah di bawah eRumah Johor, tetapi secara umumnya rumah-rumah yang ditawarkan oleh SUKJ Bahagian Perumahan adalah
- kediaman 3 bilik tidur
- dilengkapi 2 bilik air
- berkonsep mesra keluarga dan selesa
- dijual pada kadar harga yang mamp dimiliki oleh lapisan masyarakat
Bergantung kepada kelayakan pendapatan, anda boleh memohon perumahan melalui 3 jenis perumahan berikut:
i) Rumah Mampu Biaya Johor
- Terdapat 5 jenis Rumah Mampu Biaya Johor yang boleh dimohon melalui eRumah Johor.
- Syarat kelayakan bagi Rumah Mampu Biaya ini mestilah tidak melebihi had pendapatan seisi rumah bagi kategori:
- Rumah Mampu Biaya A – RM4,000
- Rumah Mampu Biaya B – RM6,000
- Rumah Mampu Biaya C – RM8,000
- Rumah Mampu Biaya D – RM10,000
- Kedai Kos Sederhana (KKS) – RM13,000
Syarat-syarat lain adalah:
- Warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas
- Menetap selama 10 tahun di Johor
- Hanya satu permohonan bagi pasangan suami / isteri
- Pemohon / pasangan yang telah memiliki RKR selama 10 tahun ke atas layak memohon rumah kedua (RMB B)
- Hanya SATU pemilikan Kedai Kos Sederhana (KKS) di Johor
- Pemohon / pasangan yang memiliki Rumah Kos Sederhana / Rumah Mampu Milik / Rumah TAK LAYAK untuk memohon
- Pemohon / pasangan yang memiliki RKR / RKSR / PKJA / PKJB boleh mohon RMB C dan RMB D
- Tempoh SAH pendaftaran rumah adalah DUA TAHUN dari tarikh pendaftaranii) Lot Bumiputera
- Warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas
- Berkahwin / bujang boleh memohon
- Pemohon mestilah bertaraf bumiputera
- Pemohon yang bukan bertaraf bumiputera TAK LAYAK untuk memohon
eRumah Johor
iii) Program Perumahan Rakyat
Melalui Program Perumahan Rakyat (PPR) terdapat beberapa lagi subkategori seperti
- Program Perumahan Rakyat & Rumah Sewa Kerajaan
- Rumah Transit Beliau Johor
- Program Perumahan Rakyat & Rumah Sewa Kerajaan (Kedai)
NOTA:
- Konsep permohonan Perumahan Rakyat Johor ialah permohonan mengikut projek.
- Permohonan boleh dibuat dalam tempoh projek diiklankan sahaja dan tidak akan diterima selepas tarikh tutup pengiklanan.
- Jika tidak berminat dengan projek yang diiklankan, pemohon perlu menunggu projek lain sehingga projek tersebut dibuka untuk pengiklanan.
- Permohonan Baru Program Rumah Mesra Rakyat(RMR) atas talian(online) kini dibuka dan diaktifkan.
Cara Permohonan Rumah Mampu Milik Johor Melalui Portal eRumah Johor
Berikut adalah cara membuat permohonan online Rumah Mampu Milik menerusi portal eRumah Johor:
- Pergi ke laman web rasmi eRumah Johor di https://erumah.johor.gov.my/
- Daftar akaun pengguna (Individu)
- Lengkapkan maklumat pemohon
- Login semula dan kemaskini maklumat
- Pilih projek perumahan yang diinginkan
- Hantar permohonan.
Cara Semak Permohonan eRumah Johor
Untuk mengetahui sama ada permohonan anda berjaya atau tidak. pemohon boleh menyemak permohonan melalui 2 cara berikut:
- Masukkan nombor kad pengenalan pemohon di ruangan ‘Semakan’ melalui portal eRumah Johor
- Log masuk ke akaun eRumah Johor yang telah didaftarkan dan semak permohonan di ruangan ‘Status’
Bantuan Baucer RM 1000 Kepada Pembeli Rumah Mampu Milik Johor
Setiap pembeli yang membeli rumah kos rendah terpaksa mengeluarkan kos sebanyak RM 2 ribu bagi pembayaran kos-kos seperti fi Perjanjian Jual Beli, Duti Setem, deposit air dan elektrik serta lain-lain.
Oleh yang demikian Kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk memberikan baucar RM 1 ribu kepada pembeli bagi membantu mereka meringankan beban di dalam pembelian rumah.
Baucar ini akan diberi semasa pembeli mengambil kunci rumah yang sedia diduduki bermula 1 Januari 2015.
Baucar tersebut boleh dituntut daripada pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Perumahan).
Syarat kelayakan Baucer RM1000 adalah seperti berikut:
- Pembeli yang membeli Jenis Perumahan Komuniti Johor PKJ A, PKJ B dan RMMJ.
- Projek perumahan baru iaitu rumah baru yang dibeli daripada pemaju yang telah siap dibina dan boleh diduduki mulai pada 1 Januari 2015
- Baucer ini hanya layak diberi SEKALI sahaja oleh pembeli dan pasangannya.
- Pembeli-pembeli boleh menuntut baucar tersebut daripada pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Perumahan) dan muat turun permohonan baucer disini. Baucar akan dibayar 14 hari selepas borang permohononan tuntutan diserahkan .
Soalan Lazim
Apa itu eRumah Johor?
Sebuah portal yang menawarkan Program Rumah Mampu Milik Johor atau Rumah Mampu Biaya Johor.
Pihak mana yang kendalikan eRumah Johor?
eRumah Johor dikendalikan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (SUKJ Bahagian Perumahan).
Apakah jenis rumah yang boleh dimohon melalui eRumah Johor?
Terdapat pelbagai jenis Rumah Mampu Milik Johor seperti Projek Rumah Mampu Biaya, Lot Bumiputera, dan juga Program Perumahan Rakyat (PPR) yang
Apakah nama projek terkini Rumah Mampu Milik Johor atau Rumah Mampu Biaya Johor?
Berikut adalah projek terkini Rumah Mampu Biaya Johor yang boleh dimohon dari sekarang hingga 4 Februari 2021
- Taman Mega Ria 2 (A), Tangkak (Rumah Teres 2 Tingkat): RM42,000
- Taman Mega Ria 2 (B), Tangkak (Rumah Teres 2 Tingkat): RM80,000
- Taman Desa Tropika (B), Batu Pahat (Rumah Teres 2 Tingkat): RM80,000
Bolehkah saya hantar permohonan eRumah Johor selepas tarikh tutup?
Tidak boleh
Bagaimana cara untuk semak samada permohonan eRumah Johor lulus atau tidak?
Boleh buat semakan melalui portal eRumah Johor.
Masukkan nombor kad pengenalan pemohon di ruangan ‘Semakan’ melalui portal eRumah Johor
Log masuk ke akaun eRumahJohor yang telah didaftarkan dan semak permohonan di ruangan ‘Status’
Saya berasal dari negeri lain tetapi sedang bekerja di negeri Johor. Bolehkah saya mohon projek rumah ini?
Boleh. Dengan syarat anda sudah tinggal di negeri Johor 5 tahun dan lebih
Bilakah pembayaran duit baucer RM1000 akan dibayar?
14 hari selepas borang permohonan tuntutan diserahkan
Saya terlupa kata laluan erumah johor
Boleh dapatkan password atau kata laluan yang baru melalui reset kata laluan
Saya mempunyai pasangan yang telah ada rumah sendiri boleh saya memohon?
Boleh layak memohon dan membuat permohonan untuk atas nama anda sendiri. Pilih kategori rumah yang sesuai dengan kemampuan anda
Sambungan Soalan Lazim
APAKAH KONSEP BINAAN PERUMAHAN RAKYAT JOHOR YANG DITAWARKAN OLEH SUKJ BAHAGIAN PERUMAHAN?
RUMAH-RUMAH YANG DITAWARKAN OLEH SUKJ BAHAGIAN PERUMAHAN ADALAH RUMAH KEDIAMAN TIGA BILIK TIDUR SERTA DILENGKAPI KEMUDAHAN DUA BILIK AIR BERKONSEP MESRA KELUARGA DAN SELESA. IANYA DIJUAL PADA KADAR HARGA YANG MAMPU DIMILIKI OLEH LAPISAN MASYARAKAT.
SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK MEMOHON PERUMAHAN RAKYAT JOHOR?
PERMOHONAN PERUMAHAN RAKYAT JOHOR INI TERBUKA KEPADA RAKYAT JOHOR ATAU YANG TELAH MENETAP DI JOHOR LEBIH DARI 5 TAHUN DAN BERUMUR DARI 18 TAHUN KE ATAS DENGAN PENDAPATAN KASAR BULANAN TIDAK LEBIH DARIPADA RM8,000 PENDAPATAN KASAR BULANAN.
SEMUA DOKUMEN SERTA SLIP GAJI, SURAT PENGESAHAN KERJA YANG SAYA SERAHKAN KEPADA PIHAK SUKJ BAHAGIAN PERUMAHAN ADALAH SALINAN ASAL DAN SAYA TIDAK MEMPUNYAI SALINAN (DUPLICATE), BOLEHKAH SAYA MENDAPATKAN SEMULA SALINAN-SALINAN TERSEBUT?
TIDAK. SEMUA DOKUMEN YANG TELAHPUN DIHANTAR TIDAK AKAN DIPULANGKAN SEMULA KEPADA PEMOHON. IANYA ADALAH UNTUK KEGUNAAN SUKJ BAHAGIAN PERUMAHAN SEKIRANYA ADA PERKARA YANG BERBANGKIT DI KEMUDIAN HARI.
DALAM BAJET KERAJAAN JOHOR 2015, PENERIMA KUNCI RUMAH KOS RENDAH AKAN DIBERIKAN BAUCER RM1000. BERAPA LAMAKAH MASA PROSES TUNTUTAN BAUCER TERSEBUT DILAKUKAN?
KELAYAKAN SEBENAR PENERIMA BAUCER TERSEBUT. BAYARAN AKAN DIBUAT DALAM TEMPOH 14 HARI SELEPAS KAMI MENERIMA TUNTUTAN YANG LENGKAP. UNTUK MAKLUMAN TUAN JUGA, BORANG PERMOHONAN BAUCER RM1000 BOLEH DIDAPATI DI KAUNTER SUKJ BAHAGIAN PERUMAHAN. BAGI SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PULA , HANYA UNTUK PEMBELI YANG MEMBELI RUMAH JENIS PERUMAHAN KOMUNITI JOHOR (PKJ)A, (PKJ)B, DAN RUMAH MAMPU MILIK JOHOR (RMMJ). PEMBELI HANYA LAYAK DIBERI SEKALI SAHAJA OLEH PEMBELI DAN PASANGANNYA.
DIMANA SAYA PERLU MENGHANTAR SEMUA DOKUMEN YANG DI PERLUKAN DAN ADAKAH SURAT AKUAN SUMPAH MESTI DIBUAT DI MAHKAMAH?
DOKUMEN-DOKUMEN SOKONGAN DAN AKUAN SUMPAH PERLU DIHANTAR KE PEJABAT SUKJ BAHAGIAN PERUMAHAN ISKANDAR PUTERI SAHAJA. SURAT AKUAN SUMPAH PERLU DI COP DI MANA-MANA PESURUHJAYA SUMPAH YANG BERTAULIAH ATAUPUN MAHKAMAH.
SAYA TELAH BERJAYA MEMBUAT PERMOHONAN PERUMAHAN RAKYAT JOHOR. AKAN TETAPI, SAYA BARU BERKHIDMAT DALAM ORGANISASI BARU TEMPOH SEBULAN, DI MANA SYARAT DOKUMEN YG DIPERLUKAN ADALAH MEMERLUKAN SALINAN PENYATA GAJI 3 BULAN TERKINI. BOLEHKAH SAYA HANYA MENGEMUKAN SALINAN PENYATA GAJI 1 BULAN DIMANA SAYA BARU BERKHIDMAT DALAM ORGANISASI YANG TERKINI?
JIKA TUAN/PUAN BARU BERKHIDMAT DALAM ORGANISASI TERSEBUT, TUAN/PUAN PERLU KEMUKAKAN SURAT TAWARAN BEKERJA DAN PENYATA GAJI 1 BULAN SAHAJA.
BOLEHKAH PEMOHON YANG BERASAL DARI NEGERI LAIN MEMOHON PERUMAHAN RAKYAT JOHOR?
BOLEH, TETAPI PEMOHON MESTILAH TELAH MENETAP SEKURANG-KURANGNYA 5 TAHUN DI NEGERI JOHOR. PEMOHON JUGA PERLU SERTAKAN BUKTI MENETAP SEPERTI (LESEN MEMANDU,AKAUN BANK,SIJIL LAHIR ANAK,PASSPORT DAN LAIN-LAIN).
BOLEHKAH PEMOHON MEMILIKI PERUMAHAN RAKYAT JOHOR LEBIH DARI SEBUAH RUMAH?
PEMOHON YANG TELAH MEMILIKI PERUMAHAN KOMUNITI JENIS A (PKJA) IAITU RM 42,000 SELEPAS 5 TAHUN KE ATAS LAYAK MEMOHON RUMAH KEDUA PERUMAHAN KOMUNITI JENIS B (PKJB) BERHARGA RM 80,000 ATAU RUMAH MAMPU MILIK JOHOR RMMJ RM 150,000.
MENGAPAKAH SUAMI ISTERI BOLEH MEMILIKI 2 BUAH RUMAH PERUMAHAN RAKYAT JOHOR?
PASANGAN SUAMI ISTERI MENDAPAT 2 BUAH RUMAH KERANA PENAWARAN DIBUAT SEBELUM MEREKA BERKAHWIN.
MENGAPAKAH PERUMAHAN RAKYAT JOHOR YANG DIBINA KEBANYAKANNYA STRATA (FLAT)?
PERUMAHAN RAKYAT JOHOR DIBINA BERGANTUNG KEPADA CADANGAN PEMBANGUNAN DARI PEMAJU BERDASARKAN SAIZ DAN KELUASAN TANAH.
BOLEHKAH SIJIL LAYAK MEMILIKI RUMAH (SLMR) YANG DIPEROLEHI DISERAHKAN ATAU DI TUKAR NAMA KEPADA SAUDARA MARA ATAU INDIVIDU LAIN?
SIJIL LAYAK MEMILIKI RUMAH (SLMR )YANG DIPEROLEH TIDAK BOLEH DISERAHKAN ATAU DITUKAR NAMA KEPADA SAUDARA MARA ATAU INDIVIDU LAIN.
BERAPA KALI SAYA BOLEH MELANJUTKAN SIJIL LAYAK MEMILIKI RUMAH (SLMR) DARI TARIKH YANG DITAWARKAN?
SIJIL LAYAK MEMILIKI RUMAH (SLMR) HANYA BOLEH DIPERBAHRUI SEBANYAK 3 KALI SAHAJA TIDAK TERMASUK TAWARAN SIJIL KALI PERTAMA.
JIKA SAYA MENDAPAT SIJIL LAYAK MEMILIKI RUMAH (SLMR), APAKAH LANGKAH SETERUSNYA PERLU DIBUAT?
SELEPAS MENDAPAT SIJIL LAYAK MEMILIKI RUMAH (SLMR) PEMOHON PERLULAH MERUJUK ATAU BERURUSAN DENGAN PIHAK PEMAJU UNTUK TINDAKAN ATAU URUSAN SELANJUTNYA MANAKALA BAGI URUSAN PINJAMAN PERUMAHAN PEMOHON PERLULAH BERURUSAN DENGAN PIHAK BANK.
BAGAIMANAKAH DENGAN PEMOHON YANG TELAH MENDAFTAR MENGGUNAKAN SISTEM LAMA?
BAGI PEMOHON YANG TELAH MENDAFTAR MENGGUNAKAN SISTEM LAMA PEMOHON BOLEH MEMBUAT SEMAKAN DI PORTAL ERUMAH.JOHOR.GOV.MY
JIKA PEMOHON TELAH MENDAFTAR PERMOHONAN MENGGUNAKAN SISTEM LAMA SECARA MANUAL (BORANG BIRU) DAN TELAH MEMBUAT BAYARAN RM5 ADAKAH PEMOHON PERLU MENDAFTAR LAGI DI PORTAL ERUMAH.JOHOR.GOV.MY?
PEMOHON PERLU MENDAFTAR AKAUN SEMULA TETAPI TIDAK PERLU MEMBUAT PERMOHONAN BARU.
ADAKAH PERUMAHAN RAKYAT JOHOR SAMA DENGAN PR1MA?
TIDAK, PERUMAHAN RAKYAT JOHOR DIBAWAH KERAJAAN NEGERI JOHOR. PENAWARAN RUMAH DIBUAT OLEH SUKJ BAHAGIAN PERUMAHAN DAN PROJEK DIBANGUNKAN OLEH PIHAK PEMAJU DAN PENGGUNA ATAU PEMOHON HARUS MENDAFTAR DI PORTAL ERUMAH.JOHOR.GOV.MY MANAKALA PR1MA DIBAWAH KERAJAAN PERSEKUTUAN.PENAWARAN RUMAH DAN PEMBANGUNAN PROJEK DIBUAT OLEH PRIMA SENDIRI DAN PENGGUNA ATAU PEMOHON PERLU MENDAFTAR DI LAMAN WEB WWW.PRIMA.MY.
JIKA SAYA TELAH MEMPEROLEH SIJIL LAYAK MEMILIKI RUMAH (SLMR). BOLEHKAH SAYA MEMBUAT PENAMBAHAN NAMA PADA SIJIL?
BOLEH, BAGI YANG BERKAHWIN HANYA NAMA PASANGAN SAHAJA DIBENARKAN MANAKALA BAGI BERSTATUS BUJANG HANYA NAMA IBU DAN BAPA SAHAJA DIBENARKAN.
APAKAH KONSEP PERMOHONAN PERUMAHAN RAKYAT JOHOR?
KONSEP PERMOHONAN PERUMAHAN RAKYAT JOHOR SEKARANG IALAH PERMOHONAN MENGILKUT PROJEK. PERMOHON BOLEH MEMOHON PERUMAHAN RAKYAT JOHOR SEMASA TEMPOH PROJEK DIIKLANKAN SAHAJA DAN TIDAK DIBENARKAN MEMOHON SELEPAS TARIKH TUTUP PENGIKLANAN.JIKA TIDAK BERMINAT DENGAN PROJEK YANG DIIKLANKAN PEMOHON PERLU MENUNGGU PROJEK LAIN SEHINGGA PROJEK TERSEBUT DIBUKA UNTUK PENGIKLANAN.
BAGAIMANAKAH PEMOHON BOLEH MEMASTIKAN PERMOHONAN PERUMAHAN RAKYAT JOHOR YANG DIPOHON BERJAYA ATAU TIDAK?
UNTUK MENGETAHUI PERMONAN BERJAYA ATAU TIDAK PEMOHON BOLEH MENYEMAK PERMOHONAN MELALUI 2 CARA:
I. MEMASUKKAN NOMBOR KAD PENGENALAN PEMOHON DI RUANGAN “SEMAKAN” DI PORTAL ERUMAH.JOHOR.GOV.MY DAN
II.LOG MASUK KE DALAM AKAUN DI PORTAL ERUMAH.JOHOR.GOV.MY DAN PEMOHON PERLU MENYEMAK PERMOHONAN DI RUANGAN “STATUS”
APAKAH SP2MJ?
SP2MJ AILAH SISTEM PERUMAHAN RAKYAT JOHOR YANG TELAH DINAIKTARAF PADA 1 OGOS 2018.SITEM INI BERBEZA DARIPADA SISTEM TERDAHULU YANG MANA PERMOHONAN SISTEM SP2MJ INI ADALAH MENGIKUT PROJEK.MELALUI SISTEM INI PERMOHONAN BOLEH DIBUAT SEBANYAK 3 KALI MENGIKUT PROJEK DI DALAM SATU TEMPOH MASA PENGIKLANAN.SELEPAS MEMBUAT PERMOHONAN MELALUI SP2MJ PEMOHON YANG LAYAK DIKEHENDAKI MENGHANTAR DOKUMEN KE PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR BAHAGIAN PERUMAHAN DALAM TEMPOH PENGIKLANAN PROJEK.JIKA GAGAL MEGHANTAR DOKUMEN DALAM TEMPOH PENGIKLANAN PERMOHONAN TERSEBUT DIKIRA GAGAL.SELEPAS DOKUMEN DIHANTAR DAN PENGESAHAN DIBUAT PEMOHON AKAN MENERIMA SURAT PEMBERITAHUAN DIMANA PROSES UNDIAN TERBUKA AKAN DIJALANKAN.SETERUSNYA PEMOHON YANG BERJAYA DIDALAM PROSES UNDIAN AKAN MENDAPAT SIJIL LAYAK MEMILIKI RUMAH (SLMR).
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan tentang eRumah Johor atau Rumah Mampu Milik Johor, anda boleh layari https://erumah.johor.gov.my/ePerumahan/home/index.htm untuk berhubung dengan pihak SUKJ Bahagian Perumahan melalui saluran berikut:
Alamat: Bahagian Perumahan Aras 1, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, 79503 Iskandar Puteri, Johor.
No. Tel : 07-2666260 / 07-2666261
E-mel : erumah@johor.gov.my
Facebook : SUKJ – Bahagian Perumahan
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang eRumah Johor atau Rumah Mampu Milik Johor ini memudahkan urusan anda. insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com