Jawatan Kosong Guru KAFA Pulau Pinang Sesi 2 / 2022

Jawatan Kosong Guru KAFA Pulau Pinang Sesi 2 / 2022

JAWATAN KOSONG GURU KAFA PULAU PINANG SESI 2/2022

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang mengalu-alukan individu yang berkelayakan bagi memohon jawatan kosong Guru KAFA Pulau Pinang bagi sesi kedua tahun 2022 ini.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang info hebahan permohonan bagi jawatan kosong Guru KAFA Pulau Pinang ini dan cara untuk membuat permohonan.

Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI

Contoh Surat

Baca di Sini senarai contoh surat lain :

Baca Juga: Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya OKU (EPOKU) 2022

Syarat Kelayakan Permohonan

Syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Pulau Pinang sahaja
  • Berumur 18 hingga 40 tahun

*Sila ambil maklum bahawa keutamaan diberi kepada warganegara Malaysia yang menetap di Pulau Pinang SAHAJA.

Mempunyai Sijil SPM dengan Kepujian:

  • Bahasa Malaysia dan
  • Pendidikan Islam atau
  • Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau
  • Pendidikan Syariah Islamiah atau

Mempunyai Sijil SPM dengan Kelulusan:

  • Bahasa Arab Tinggi atau
  • Bahasa Arab (komunikasi)

Artikel Lain: Daftar Mengundi Online:MySPR Cara Daftar Pemilih

Cara Memohon Jawatan Kosong Guru KAFA Pulau Pinang 2022

Untuk membuat permohonan, sila lakukan salah satu daripada cara berikut:

SCAN QR CODE seperti tertera dalam iklan atau

Tekan link yang diberikan seperti berikut : https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdDOrI9dXcvwwI8TiL3g7IlGBbGi-XuKhzsW3ML0-KHk6qvow/viewform

Sumber: Bahagian Pendidikan Jab. Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang

Baca Juga: Cara Tutup Pinjaman ASB : Terminate ASB Loan (Maybank,CIMB,RHB)

Tarikh Tutup Permohonan Jawatan Kosong Guru KAFA Pulau Pinang 2022

Tarikh tutup permohonan adalah pada:

23 Jun 2022

BORANG PERMOHONAN JAWATAN KOSONG GURU KAFA PULAU PINANG BIL. 2/2022

Sebelum mengisi Borang Permohonan Gur KAFA, sila pastikan tuan/puan menyediakan dokumen berikut dalam bentuk pdf/jpeg:

  • Gambar berukuran passport
  • Kad Pengenalan
  • Sijil SPM
  • SILA PASTIKAN, EMAIL YANG DIISI ADALAH BETUL DAN AKTIF. CALON YANG LAYAK AKAN DIHUBUNGI MELALUI EMAIL

Baca Juga: UPU Online 2022/2023 Mohon / Daftar & Semak Keputusan

Iklan Guru Kafa Pulau Pinang Sepanjang Tahun

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang bermaustatin di Negeri Pulau Pinang bagi lantikan ke jawatan kosong di Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang

JAWATAN: GURU KAFA NEGERI PULAU PINANG

1. Taraf Perjawatan : Sambilan

2. Elaun :

  • Elaun Bulanan RM 800.00
  • Elaun Ex-gracia RM 50.00

 JUMLAH RM 850.00

3. Syarat Lantikan :

i. Warganegara Malaysia bermaustatin di Negeri Pulau Pinang.

ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

iii. Sihat tubuh badan.

iv. Kelayakan:

a. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan;

b. Lulus Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu; dan

c. Lulus Bahasa Arab; atau yang setaraf dengannya dan

d. Lulus Pendidikan Islam atau Lulus Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah; atau Lulus Pendidikan Syariah Islamiah dan

e. Tidak menjawat sebarang jawatan rasmi lain.

*(mana-mana pemohon yang menjawat jawatan rasmi dan berhasrat untuk memohon jawatan guru, hendaklah mengemukakan surat kebenaran bertulis daripada majikan.)

Baca Juga: Roda Darul Ehsan RiDE 2022 :Permohonan Subsidi Lesen Motosikal RM350

4. Diskripisi tugas :

i. Menyediakan rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) di dalam Buku Rekod Mengajar (BRM);

ii. Menandatangani Buku Kedatangan (BKG) setiap kali hadir bertugas;

iii. Merekod kehadiran murid dalam Jadual Kedatangan Murid (JKM);

iv. Melaksana Pengajaran dan Pembelajaran (P&P);

v. Menyediakan Laporan Kehadiran Bulanan Guru KAFA;

vi. Memastikan keselamatan murid sepanjang perjalanan sesi persekolahan;

vii. Melaksana tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Semak di sini: Biasiswa ISMP 2022 (Permohonan & Semakan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan)

5. Cara Memohon:

i. Mengisi borang yang disediakan. (Boleh didapati di Ibu Pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Pejabat-pejabat Agama Daerah atau Laman Sesawang http://jaipp.penang.gov.my).

ii. Menyertakan salinan dokumen dan sijil yang disahkan.

a. Satu salinan Kad Pengenalan

b. Satu salinan Sijil Lahir

c. Sekeping keping Gambar berukuran passport. (warna)

d. Satu salinan sijil-sijil akademik yang berkaitan.

e. Satu salinan no. KWSP.

f. Satu salinan penyata Bank Simpanan Nasional.

iii. Menyertakan satu resume ringkas.

iv. Borang yang lengkap diisi yang disertakan salinan dokumen, sijil dan resume ringkas hendaklah dihantar ke Pejabat Agama Daerah yang berdekatan dengan anda seperti di bawah:

Pejabat Agama Daerah Timur Laut,

No. 123 Jalan Masjid Negeri, 11600 Pulau Pinang

(up: Penyelia KAFA)

Pejabat Agama Daerah Barat Daya,

11000 Balik Pulau, Pulau Pinang

(up: Penyelia KAFA)

Pejabat Agama Daerah Butterworth

Jalan Loader, 12000 Butterworth, Pulau Pinang

(up: Penyelia KAFA)

Pejabat Agama Daerah Kepala Batas

13200 Kepala Batas, Pulau Pinang

(up: Penyelia KAFA)

Pejabat Agama Daerah Seb. Perai Tengah

14000 Bukit Mertajam, SPT, Pulau Pinang

(up: Penyelia KAFA)

Pejabat Agama Daerah Seb. Perai Selatan

14200 Sungai Jawi, SPS, Pulau Pinang

(up: Penyelia KAFA)

Aplikasi Terkini Watson: Watson MY :Aplikasi Pembelian Online Watson (Cara Guna & Lokasi Drive Thru)

6. Permohonan dibuka sepanjang masa dan pengambilan adalah berdasarkan kekosongan.

v. Permohonan yang berikut akan ditolak:

a. Dokumen dan sijil tidak disahkan.

b. Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.

vi. Catatan:

a. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

b. Pemohan yang tidak menerima sebarang jawapan adalah tidak berjaya.

c. Segala perbelanjaan bagi urusan temuduga hendaklah ditanggung oleh calon-calon; dan

d. Hanya calon-calon yang berjaya dalam urusan temuduga yang akan dihubungi.

Baca Juga: Biasiswa Kerajaan : Senarai Biasiswa / Tajaan / Pinjaman Pengajian Sektor Awam / Kerajaan

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Jawatan Kosong Guru KAFA Pulau Pinang 2022 dan info terkini berkaitan permohonan Jawatan Kosong Guru KAFA P. Pinang ini, sila hubungi saluran berikut:

Bahagian Pendidikan

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP)

10300 Lebuh Pantai, Pulau Pinang

Nombor Telefon: 04 – 684 7000

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Jawatan Kosong Guru KAFA Pulau Pinang 2022 ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment