Jimat Air 1.0:Cara Tebus e-Rebat RM200 Pembelian Mesin Basuh Cekap Air

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dengan kerjasama Shopee kini sedang menjalankan kempen Jimat Air 1.0 yang menawarkan e-Rebat bagi pembelian mesin basuh kepada orang ramai.
Tujuan kempen ini dijalankan adalah untuk menggalakkan orang ramai menggunakan produk cekap air seperti mesin basuh di pasaran menerusi tawaran rebat.
Oleh itu, e-Rebat ini ditawarkan kepada orang ramai bagi pembelian mesin basuh cekap air melalui platform Shopee dan pihak SPAN juga telah merancang untuk menambah jenis produk-produk cekap air yang lain seperti pili air dan pancuran mandi pada tahun ini.
Bagi orang ramai yang berminat, mereka boleh mendapatkan e-Rebat ini bagi pembelian mesin basuh di aplikasi Shopee.

Baca Juga: myTNB: Semak & Bayar Bil TNB Online Melalui myTNB
Jumlah e-Rebat Jimat Air 1.0
Jumlah e-Rebat yang ditawarkan bagi setiap pembelian mesin basuh cekap air adalah sebanyak RM200 bagi setiap pembelian.
Ketahui Juga: Jadual UPKK Terkini Bagi Calon Tahun 2021 & 2020
Syarat Pembelian e-Rebat Jimat Air 1.0
Tiada syarat pembelian yang khusus dikenakan kepada orang ramai yang ingin mendapatkan e-Rebat ini.
Namun, e-Rebat yang ditawarkan hanya boleh digunakan menggunakan kaedah pembayaran Shopeepay.
Oleh itu, orang ramai yang telah mengaktifkan Shopeepay boleh mendapatkan e-Rebat tersebut dan membuat penebusan bagi produk yang ditawarkan.
Artikel Lain: Cara Isi iQ Nilam:Kemaskini Rekod Bacaan Sistem iQ-NILAM(Guna Komputer & Telefon Pintar)
Cara Membuat Penebusan Baucer e-Rebat Jimat Air 1.0
Untuk membuat penebusan e-Rebat tersebut, sila ikuti langkah-langkah yang ditunjukkan:
- Pastikan akuan Shopeepay telah disahkan.
- Pada 24 September 2021, klik pada bahagian ‘My Voucher’ di aplikasi Shopee dan klik pada voucher Jimat Air 1.0 untuk membuat penebusan.
- Pilih produk/item yang mempunyai label Jimat 1.0.
- Pilih voucher Jimat 1.0 dan bayar menggunakan Shopeepay bagi produk yang dipilih tersebut.
Baca Juga: Khairat Kematian KWSP RM2500:Permohonan Tuntutan Bantuan Kematian KWSP Pencarum & Waris Perlu Tahu
Kempen Jimat Air 1.0: E-rebat Pembelian Mesin Basuh
Dalam keadaan kelembapan ekonomi yang terjejas akibat pandemik, isu kewangan menjadi faktor utama dalam urusan perbelanjaan.
Soal penjimatan ketika berbelanja bukan hanya berkaitan pembayaran bil semata-mata tetapi pengguna turut mengambil kira penawaran harga ketika membuat pembelian barangan keperluan.
Pemberian rebat salah satu kaedah diyakini mampu menarik minat lebih ramai pengguna untuk membeli produk yang diiklankan atas faktor penjimatan harga yang ditawarkan.
Umum mengetahui bahawa penggunaan air domestik secara cekap dapat dicapai menerusi penggunaan produk cekap air secara meluas sekali gus air dapat dijimatkan dan bayaran bil juga mampu dikurangkan.
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kini dalam usaha mempromosikan kempen penggunaan produk cekap air dengan menggalakkan orang ramai membeli mesin basuh di pasaran menerusi tawaran rebat.
Populariti aktiviti transaksi e-dagang yang semakin meningkat dan berkembang memberi peluang kepada SPAN menggunakannya sebagai platform terbaik untuk menarik lebih ramai pelanggan.
Kaedah pemasaran yang menarik iaitu dengan pemberian rebat di platform e-dagang terkemuka seperti Shopee adalah ramuan yang ampuh untuk mempromosikan kempen penggunaan produk cekap air di kalangan orang awam.
Oleh itu, SPAN dengan kerjasama Shopee akan mempromosikan pemberian e-rebate sebanyak RM200 untuk setiap pembelian mesin basuh cekap air di dalam kempen JIMAT AIR 1.0 bermula 17 SEPTEMBER 2021 malah SPAN juga telah merancang untuk menambah jenis produk-produk cekap air yang lain seperti pili air dan pancuran mandi pada tahun ini.
Baca Juga: Semak Baki AEON Credit:Cara Semak Baki Login & Mohon Tanguh Pinjaman
Soalan Lazim
1.Apakah tujuan kempen Jimat Air 1.0 ini diadakan?
Kempen Jimat Air 1.0 diadakan adalah untuk menggalakkan orang ramai menggunakan produk cekap air seperti mesin basuh di pasaran menerusi tawaran rebat.
2.Berapakah jumlah e-Rebat yang ditawarkan bagi setiap penebusan?
Jumlah e-Rebat yang ditawarkan adalah sebanyak RM200 bagi setiap penebusan.
3.Adakah saya wajib menggunakan kaedah pembayaran Shopeepay untuk menebus e-Rebat ini?
Ya. Orang ramai perlu menggunakan kaedah pembayaran Shopeepay bagi membolehkan mereka membuat penebusan e-Rebat ini.
Baca Juga: Bayar Bil IndahWater Online:Semak Bil & Bayar Perbankan Internet & JomPay
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk pertanyaan lanjut mengenai kempen Jimat Air 1.0 ini, sila hubungi pihak SPAN di talian 03-8317 9333 atau melayari laman web SPAN https://www.span.gov.my/ untuk maklumat lanjut.
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang kempen Jimat Air 10 ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com