Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2022? Berita Baik Penjawat Awam 30 Ogos
Kenaikan gaji penjawat awam untuk tahun 2022 adalah antara kemungkinan yang akan diumumkan oleh PM Isamail Sabri pada 30 Ogos ini. Ini kerana penjawat awam telah lama tiada semakan kenaikan gaji yang sepatutnya disemak lebih awal lagi.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Kenyataan Media Berita Baik Penjawat Awam 30 Ogos
PUTRAJAYA: Beria baik menanti penjawat awam apabila kerajaan bakal mengumumkan sesuatu yang ‘menceriakan’ pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam yang dijadualkan pada 30 Ogos ini.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Majlis Perasmian Simposium #KeluargaMalaysia, Pencapaian dan Harapan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.
Ismail berkata, Kerajaan Keluarga Malaysia sentiasa menghargai pengorbanan penjawat awam di bawah pimpinan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali.
“Insya-Allah, kita akan mengumumkan sesuatu yang menceriakan bagi mengubat duka penjawat awam. Tunggulah saya pun tengah fikir. Alhamdulillah, Kerajaan Keluarga Malaysia tidak pernah bersengketa atau memandang ringan pengorbanan penjawat awam,” katanya.
Katanya, seperti semua ketahui, negara kerap kali dilanda musibah bencana alam seperti banjir besar yang tidak dijangka termasuk ancaman keselamatan termasuk di perbatasan negara.
Ismail Sabri berkata, di saat negara sedang mengalami kesusahan pasukan keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan dan pelbagai agensi kerajaan lain bertugas tanpa lengah dan penuh dedikasi.
“Begitu juga dengan aktivis masyarakat yang cekal berkhidmat kepada negara khususnya melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO, Kerajaan Keluarga Malaysia sentiasa mengingati sumbangan mereka,” katanya.
Dalam pada itu Ismail Sabri berkata, penganjuran simposium itu tepat pada masanya kerana hari ini genap satu tahun pentadbiran Keluarga Malaysia yang bermula pada 21 Ogos 2021.
“Saya mewakili kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada petugas-petugas kesihatan yang bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa-mangsa Covid-19. Sesungguhnya banyak sekali cerita kesedihan petugas-petugas kesihatan kita yang berkorban jiwa raga dan nyawa dalam menangani Covid-19.
“Jasa dan pengorbanan mereka semua sebagai wira tidak didendang akan terus terpahat dalam lipatan sejarah,” katanya. – UTUSAN
Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2022
Pekeliling kenaikan gaji penjawat awam 2022 terkini, Semakan Skim Tangga Gaji Kakitangan kerajaan dalam skim perkhidmatan awam di bajet belanjawan
Seperti biasa Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Perkhidmatan Awam dan Awam (Cuepacs) terus merayu kepada pihak kerajaan Malaysia supaya diluluskan permohonan dan rayuan naik ini untuk sektor awam dipercepatkan, selain pemberian bonus penjawat awam serta bonus raya untuk mereka.
Sudah semestinya dengan pelaksanaan tuntutan ini dapat meringan beban terutamananya kalangan kakitangan awam pada kala mereka menghadapi desakan kos sara hidup hari ini. Kos sara hidup naik sehingga 8 peratus, tetapi gaji masih di tahap itu. Tiada perubahan untuk sekian lamanya.
Jadi ia sangat membantu bagi mengelakkan kalangan kakitangan awam ini terus berhutang semata-mata mahu mendapatkan duit lebihan setiap bulan untuk perbelanjaan isi rumah masing-masing.
Walaubagaimanapun berdasarkan dapatan majoriti dari 1.7 juta kakitangan awam di Malaysia mereka mahukan skim gaji mereka ada semakan semula. Ini kerana selama ini yang ada hanya pelarasan gaji semata. Selain itu elaun mereka ditambahbaik, dan juga diperbanyakan tawaran rumah bawah RM150 ribu.
Semakan Kenaikan Gaji Penjawat Awam
Boleh lihat sendiri trend semakan tangga gaji penjawat awam 2022 dikalangan kakitangan kerajaan di Malaysia selama ini
TAHUN BUTIRAN SEMAKAN GAJI
2021 | Akan dikemaskini |
2020 | Akan dikemaskini |
2019 | TIADA |
2018 | Menjelang Pilihanraya Umum ke 13 penjawat awam dijanjikan satu lagi kenaikan gaji tahunan jika Barisan nasional menang |
2013 | Gaji minimum penjawat awam naik kepada RM1200 |
2011 | Gaji naik antara 7 peratus hingga 13 peratus |
NOTA PENTING : Malangnya, regim Barisan nasional telah ditumbangkan pada keputusan PRU yang lalu. Bermakna tiada kenaikan gaji.
Seperti yang disahkan oleh Tun Mahathir Mohamad tiada kenaikan yang mana tidak diteruskan 1 Julai 2018 adalah kerana ia dijanjikan oleh parti Barisan Nasional bukannya parti Pakatan Harapan.
Oleh itu, Pekeliling kenaikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam tiada, harap maklum.
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2022? Berita Baik Penjawat Awam 30 Ogos ini memudahkan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com
Kenaikan Gaji Penjawat Awam