BKSS 9.0 : Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2022

BKSS 9.0: Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2022

BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG BKSS 9.0

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan kerajaan negeri meneruskan perlaksanaan Bantuan Khas Sarawakku Sayang BKSS 9.0 melibatkan lima pakej bantuan berjumlah RM1 bilion.

Empat langkah sedia ada dikekalkan dan tambahan satu langkah baharu BKSS 9.0 diperkenalkan bagi tempoh enam bulan mulai Julai hingga Disember 2022.

Bantuan Khas Sarawakku Sayang BKSS 9.0 diteruskan lagi untuk tahun 2022 berikut maklumat lanjut mengenainya.

Baca Juga: Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2022? Berita Baik Penjawat Awam 30 Ogos

Pekej Terkini BKSS 9.0

Berikut 5 pakej BKSS 9.0:

Langkah pertama BKSS 9.0: Diskaun bil eletrik

Inisiatif pemberian diskaun 5% sehingga 25% ke atas bil eletrik bulanan kepada pengguna domestik, komersil dan industri termasuk pengusaha dan peruncit makanan yang memberi manfaat kepada 685,000 pemegang akaun di seluruh Sarawak.

Langkah kedua BKSS 9.0: Diskaun bil air

Diskaun bil air 10% hingga 25% diteruskan dengan kos keseluruhan berjumlah RM35.25 juta akan dibiayai oleh Kerajaan Sarawak.

Langkah ketiga BKSS 9.0: diskaun 25% dan 30% untuk taksiran kadar cukai pintu tahunan

Diskaun 25% untuk taksiran kadar cukai pintu tahunan melebihi RM400 dan diskaun 30% untuk kadar cukai pintu tahunan RM400 dan ke bawah untuk premis kediaman, komersil , industri dan premis pegangan khas.

Langkah keempat BKSS 9.0: diskaun 50% sewa pasar dan gerai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Diskaun untuk penjaja diteruskan yang mana ia memberi manfaat kepada lebih daripada 10,000 penjaja berdaftar yang menyewa pasar dan kedai dengan PBT dan badan berkanun termasuk LCDA dan SEDC.

Langkah kelima BKSS 9.0: Additional Construction Materials Under The Provisions For Variation of Price (VOP) 2.0

Bertujuan membantu meringankan beban kontraktor di Sarawak dengan kenaikan harga binaan.

Artikel Lain: Berita Baik Untuk Penjawat Awam 30 Ogos Ini -PM

Kenyataan Rasmi BKSS 9.0

Berikut dikongsikan pengumuman terperinci BKSS 9.0 oleh Premier Sarawak bertarikh 29 Ogos 2022.

BKSS 9.0 : “Meringankan Beban Kos Sara Hidup Rakyat Akibat Inflasi”

SEKARANG adalah masa yang sangat mencabar bagi kita disebabkan beban kos sara hidup yang semakin tinggi. Saya mendengar keluhan rakyat berkenaan harga barang yang semakin meningkat seperti harga ayam dan telur, kenaikan harga minyak masak dan sebagainya.

Untuk makluman, setakat Jun 2022, inflasi Malaysia meningkat 3.4 peratus berbanding pada bulan yang sama tahun sebelumnya, manakala kadar inflasi Sarawak meningkat 3.2 peratus berbanding pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Sehubungan itu, sebagai kerajaan yang mendengar dan prihatin terhadap keluhan rakyat, Kerajaan Sarawak telah mengambil keputusan untuk menyambung pemberian bantuan bagi meringankan beban rakyat Sarawak yang terkesan akibat kenaikan kos sara hidup, terutama yang berpendapatan rendah.

Sukacita saya ingin memaklumkan bahawa Kerajaan Sarawak akan melaksanakan Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 9.0 yang merangkumi 5 langkah bagi tempoh enam (6) bulan mulai Julai hingga Disember 2022.

Baca Juga: Biasiswa Kursi Sheikh Othman Sarawak UKM Pasca-Siswazah

Maklumat Terperinci BKSS 9.0

LANGKAH 1: DISKAUN BIL ELEKTRIK BKSS 9.0

Kerajaan Sarawak akan meneruskan inisiatif pemberian diskaun 5% sehingga 25% ke atas bil elektrik bulanan kepada pengguna Domestik, Komersil dan Industri termasuklah pengusaha dan peruncit makanan mulai Julai hingga Disember 2022.

Diskaun ini akan memberi manfaat kepada 685,000 pemegang akaun di seluruh Sarawak. Kos keseluruhan diskaun bil elektrik ini berjumlah RM201.76 juta akan dibiayai oleh Kerajaan Sarawak.

LANGKAH 2: DISKAUN BIL AIR BKSS 9.0

Diskaun 10% hingga 25% ke atas bil air bulanan untuk pengguna Domestik, Komersil dan Industri diteruskan mulai Julai hingga Disember 2022. Diskaun ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 685,000 pemegang akaun di seluruh Sarawak.

Kos keseluruhan diskaun bil air ini berjumlah RM35.34 juta akan dibiayai oleh Kerajaan Sarawak.

LANGKAH 3: DISKAUN TAKSIRAN KADAR CUKAI PINTU

Diskaun 25% untuk taksiran Kadar Cukai Pintu tahunan melebihi RM400 dan diskaun 30% untuk Kadar Cukai Pintu tahunan RM400 dan ke bawah untuk premis kediaman, komersil, industri dan premis pegangan khas mulai Julai hingga Disember 2022.

Langkah ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 500,000 premis di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan sekaligus meringankan beban rakyat dan peniaga di Sarawak.

Keseluruhan kos diskaun ini akan melibatkan perbelanjaan Kerajaan Sarawak sebanyak RM54.0 juta.

LANGKAH 4: DISKAUN 50% SEWA PASAR DAN GERAI BKSS 9.0

Diskaun 50% sewa pasar dan gerai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk peniaga dan penjaja diteruskan bagi bulan Julai hingga Disember 2022. Bantuan ini akan memberi manfaat kepada lebih daripada 10,000 penjaja yang berdaftar yang menyewa pasar dan gerai di bawah PBT dan badan-badan berkanun.

Keseluruhan kos diskaun ini akan melibatkan perbelanjaan Kerajaan Sarawak sebanyak RM1.73 juta.

LANGKAH 5: ADDITIONAL CONSTRUCTION MATERIALS UNDER THE SPECIAL PROVISIONS FOR VARIATION OF PRICE (VOP) 2.0 BKSS 9.0

The price increase of construction materials had badly impacted the players in the built industry. As an effort toward easing the margin erosion faced by the contractors and ensure the delivery of Government projects during this difficult time, the Sarawak Government has initiated the Variation of Price (VOP) 2.0 to cater for the increase in price of construction materials for all State funded projects.

The VOP 2.0 will cover the following areas:

On-going contracts with Letter of Acceptance (LOA) issued between 1 January 2021 until 31 December 2021;

15 additional materials for building works;

(i) R.C. Square Pile;

(ii) Concrete;

(iii) Steel (Other than reinforcement bars);

(iv) Bricks & wall;

(v) Glass;

(vi) Aggregate;

(vii) Ceiling;

(viii) Paint;

(ix) Sand;

(x) Plumbing materials;

(xi) Floor & wall tiles;

(xii) Sanitary fittings;

(xiii) Timber (include plywood);

(xiv) Ironmongeries; and

(xv) Roofing materials;

10 additional materials for civil engineering works; and

(i) R.C. Square pile;

(ii) Cement;

(iii) Steel (fabric reinforcement);

(iv) Guardrail;

(v) Bitumen;

(vi) Cable stay;

(vii) P.C. strand;

(viii) T40 Reinforcement Bar;

(ix) Diesel; and

(x) HDPE Pipe

Extension of Time (EOT) up to maximum of 6 months, subject to the condition stipulated by the respective agencies.

The Sarawak Government is estimated to bear the cost of approximately of RM700 million for allowing the variation of price.

Baca Juga: Permohonan Biasiswa Kursi Tok Nan 2022 Untuk Anak Sarawak

Kesimpulan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 9.0

Dalam keadaan yang sukar sekarang ini, Kerajaan Sarawak sentiasa memikir dan melaksanakan langkah-langkah terbaik untuk membantu rakyat agar memberi manfaat kepada semua golongan.

Kita sekarang dalam fasa pemulihan ekonomi. Justeru itu, saya berharap agar langkah-langkah dalam Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang BKSS 9.0 yang berjumlah hampir RM1.0 billion ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban kos sara hidup yang ditanggung oleh rakyat Sarawak.

– Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abang Haji Openg

Baca Juga: Permohonan Rayuan BPR 2021 Fasa 2:Mulai 15-30 Jun 2021

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut & pertanyaan tentang permohonan BKSS 9.0 atau perkara lain berkaitan anda boleh layari https://bkss.sarawak.gov.my/

atau

Tel: 082-555 999

Maklumat lanjut: https://tvstv.my/2022/08/29/abang-johari-umum-bkss-9-0-berjumlah-rm-1-bilion/

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang permohonan BKSS 9.0 ini memudahkan anda untuk mendapat bantuan daripada kerajaan negeri Sarawak ini insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment