Pampasan Kerosakan Rumah LPPSA:Cara Mohon Mangsa Terjejas Banjir
Pampasan Kerosakan Rumah LPPSA
TUNTUTAN INSURANS BENCANA ALAM BAGI PELANGGAN LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (LPPSA) YANG TERLIBAT DENGAN BANJIR
Dimaklumkan bahawa semua pembiayaan perumahan sektor awam di bawah LPPSA adalah dilindungi oleh Polisi Perlindungan pemilikan Rumah Jangka Panjang (LTHO) daripada panel insrans takaful LPPSA yang telah dipilih oleh pelanggan semasa mengemukakan permohonan pembiayaan.
Oleh yang demikian, LPPSA menasihatkan supaya pelanggan yang terjejas akibat bencana banjir agar berhubung dan membuat tuntutan kepada panel insurans / takaful LTHO masing-masing.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang takaful / insurans LTHO LPPSA dan cara membuat tuntutan bagi kediaman yang mengalami kerosakan atau kerugian akibat banjir.
NOTA: Tuntutan insurans / takaful adalah tertakluk kepada skop / polisi perlindungan insurans / takaful yang telah diambil oleh pelanggan bersama-sama pembiayaan perumahan sektor awam di bawah Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) LPPSA.
Peringatan : Pelanggan dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang baikpulij kerosakan sehingga pelaras kerugian (adjuster) yang dilantik oleh panel insurans / takaful menilai kerosakan hartanah yang terjejas akibat banjir.
Baca Juga: i-Prihatin LPPSA:Cara Permohonan & Manfaat i-Prihatin LPPSA
Apakah Insurans / Takaful LTHO LPPSA?
LTHO adalah Perlindungan Insurans / Takaful Pemilikan Rumah Jangka Panjang.
Ia merupakan perlindungan kepada rumah kediaman persendirian terhadap kerugian atau kerosakan mengikut skop perlindungan yang diambil sebagai contoh kebakaran, kilat dan letupan yang berpunca daripada gas yang digunakan untuk tujuan domestik.
Melalui insurans / takaful ini, pelanggan LPPSA boleh mendapatkan manfaat tambahan dengan menghubungi panel insurans / takaful yang dipilih bagi urusan penambahan skop perlindungan.
Artikel Lain: Semak Baki Pinjaman LPPSA:Cara Semak Baki Pinjaman LPPSA Online & SMS
Cara Membuat Tuntutan Pampasan Kerosakan Rumah Akibat Banjir LPPSA
Berikut adalah prosedur dan cara untuk membuat tuntutan pampasan bagi panel insurans / takaful LTHO bagi kerosakan rumah yang dibiayai oleh LPPSA.
Peminjam boleh mengemukakan tuntutan pampasan kepada pihak insurans / takaful dengan menyediakan dokumen berikut:
- Salinan kad pengenalan
- Laporan polis
- Laporan bomba
- Sebut harga baikpulih
- Borang tuntutan pampasan
Baca Juga: Bonus Penjawat Awam 2021: Tarikh Bayaran Imbuhan Kerajaan / Pesara
Syarikat / Panel Insurans Tuntutan Pampasan Kerosakan Rumah Akibat Banjir LPPSA
Berikut adalah panel insurans dan takaful yang terlibat di bawah LPPSA.
1. Etiqa General Takaful
2. Takaful Malaysia
3. Pampasan Kerosakan Rumah LPPSA Takaful Ikhlas Malaysia
Soalan Lazim
1.Apa itu LPPSA ?
LPPSA ada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam yang disediakan kepada kakitangan awam kerajaan yang ingin membeli rumah. Mereka hanya membuat permohonan pembiayaan pinjaman.
2.Bolehkah membuat semakan baki pinjaman LPPSA melalui SMS ?
Boleh . Anda boleh membuat semakan baki pinjaman dan juga status pinjaman dengan mengikuti langkah yang disediakan dalam artikel ini.
3.Bagaimana cara untuk membuat semakan baki pinjaman perumahan kerajaan melalui online?
Ikuti cara mudah yang dikongsikan dalam artikel ini.
4.Apakah syarat utama untuk membuat permohonan pinjaman perumahan ?
Bekerja sebagai kakitangan awam kerajaan dan hendaklah mempunyai kerja dibawah syarat yang telah ditetapkan.
5. Adakah LPPSA membenarkan permohonan pembiayaan perumahan untuk membeli rumah kedai?
Permohonan pembiayaan untuk membeli rumah kedai dibenarkan dengan syarat rumah kedai tersebut mempunyai ciri-ciri rumah kediaman iaitu mempunyai fungsi dan struktur ruang tamu, bilik tidur, bilik air dan dapur secara kekal.
6. Adakah LPPSA membenarkan permohonan pembiayaan untuk membeli apartment termasuk lot parkir?
Permohonan pembiayaan untuk membeli apartment termasuk lot parkir dibenarkan dengan syarat pemohon menyertakan 2 perjanjian yang berasingan bagi pembelian apartment yang mempunyai lot parkir secara berasingan. Sekiranya pembelian apartment yang mempunyai lot parkir di bangunan yang sama, maka 2 perjanjian tersebut tidak diperlukan.
7. Adakah LPPSA membenarkan permohonan pembiayaan untuk membeli hartanah di atas tanah berstatus pertanian?
Permohonan pembiayaan (individu) untuk membeli hartanah di atas tanah berstatus pertanian dibenarkan. Bagi permohonan pembiayaan bersama, syarat keluasan tertakluk kepada Kanun Tanah Negara 1965/ Ordinan Tanah Sabah (Sabah Cap 68)/ Kanun Tanah Sarawak 1958 dan syarat/ peraturan Pejabat Tanah dan Galian peringkat Negeri.
Lain -lain soalan lazim LPPSA baca di SINI
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaa lanjut tentang Pampasan Kerosakan Rumah LPPSA ini, sila hubungi Pusat Panggilan LPPSA di talian 03-888 01 600
ATAU
Sila buat pertanyaan secara online Pampasan Kerosakan Rumah LPPSA melalui Portal pertanyaan / Aduan Rasmi LPPSA di pautan berikut: https://etiket.lppsa.gov.my/
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Pampasan Kerosakan Rumah LPPSA ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com