Cara Semak Dividen ASB Online & Kaedah Pengiraan

Cara Semak Dividen ASB Online & Kaedah Pengiraan

Cara Semak Dividen ASB Online & Kaedah Pengiraan

Cara Semak Pengagihan Pendapatan (Dividen ASB) Secara Online & Kaedah Pengiraan

TERKINI: Dividen ASB Tahun 2021 diumumkan pada kadar 5.00 sen seunit

Dividen – 4.25%

Bonus – 0.75%

Kadar Agihan – 5.00%

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara pengiraan dan semakan dividen ASB online.

Jika anda ingin menambah pelaburan secara online atau menggunakan perbankan internet anda boleh baca: Transfer Duit ASB Online:Cara Pindah / Tambah Pelaburan ASNB Online Maybank2u

Tentang Amanah Saham Bumiputra

Amanah Saham Bumiputera atau ASB merupakan salah satu platform pelaburan yang dijamin kerajaan.

Mengimbas sejarah penubuhan ASB, ia sebenarnya ditubuhkan bagi menggantikan skim Amanah Saham Nasional (ASN), unit amanah pertama yang dilancarkan oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) pada tahun 1981.

ASN pada awal pelancarannya adalah dana berharga tetap, namun selepas 10 tahun harganya perlu diapungkan kepada harga berubah.

Bagi memastikan Bumiputera tidak mengeluarkan pelaburan mereka daripada ASN, PNB memperkenalkan unit amanah keduanya, ASB yang mula diniagakan pada 1990.

Baca Juga: myASNB:Cara Daftar myASNB & Cara Login ASNB Online

Jumlah Agihan Pendapatan ASB Setiap Tahun

Sepanjang 30 tahun ASB ditubuhkan, unit amanah itu tidak pernah gagal menawarkan pulangan dividen yang kompetitif kepada pelaburnya, malah ada yang pernah mencecah sehingga dua angka terutama pada 1990-an.

Namun, ASB kini tidak lagi menawarkan pulangan setinggi pada awal penubuhannya disebabkan banyak faktor, termasuklah prestasi pasaran saham dan ekonomi negara yang banyak berubah berbanding ketika ASB mula dilancarkan. Semak Dividen ASB Online

Di bawah merupakan sejarah pengagihan pendapatan ASB tahun-tahun sebelum ini di mana menyaksikan prestasi dividen ASB semakin tahun semakin menurun.

SEJARAH PENGAGIHAN PENDAPATAN ASB 1990-2020

SEJARAH PENGAGIHAN PENDAPATAN ASB 1990-2020

Yang menjadi persoalan ramai, adakah masih berbaloi melabur di ASB?

Artikel lain: Cara Daftar Login SSPN-i Online:Buka Akaun Baru sspni.sspn.my

Cara Kira Dividen ASB 2021

Cara kira dividen ASB 2020 adalah mengikut langkah-langkah yang berikut:

  1. Dapatkan dahulu Baki Minimum Bulanan (BMB). Baki ini merupakan baki terendah yang pernah dicatatkan dalam akaun anda di antara 1hb sehingga hujung bulan. Dapatkan BMB untuk 12 bulan, bermula dari tahun Januari sehingga bulan Disember. Semak Dividen ASB Online
  2. Setiap jumlah BMB bagi 12 bulan dicatatkan. Kemudian, campurkan kesemua BMB untuk 12 bulan tersebut.
  3. Bahagikan jumlah keseluruhan BMB tersebut dengan 12 untuk mendapatkan Purata Baki Minimum Bulanan 12-Bulan, ataupun nama lainnya Baki Minimum Tahunan.
  4. Kemudian, darabkan Baki Minimum Tahunan dengan kadar dividen/bonus. Semak Dividen ASB Online

Contoh 1

Katakan pada 1/1/2021, anda simpan dalam ASB sebanyak RM12,000 (Jan sehingga Dis) dan tiada lagi simpanan selepas itu.

Cara kiraannya adalah seperti berikut

= RM12,000 X 12 bulan / 12 bulan x Jumlah Dividen (Contohnya 5.00%)

= RM600

Contoh 2

Katakan anda simpan RM1,000 setiap bulan pada 1 haribulan selama setahun.

Dan jumlah simpanan pada Disember adalah RM12,000.

Jadi cara kiraannya adalah seperti berikut :

= RM1K (Baki min Jan) + RM2K (Baki min Feb) + RM3K (Baki min Mar) + RM4K (Baki min Apr) + RM5K (Baki min May) + RM6K (Baki min Jun) + RM7K (Baki min Jul) + RM8K (Baki min Aug) + RM9K (Baki min Sep) + RM10K (Baki min Oct) + RM11K (Baki min Nov) + RM12K (Baki min Dec)

= (RM78,000 / 12) X 5.00% = RM325

Dividen akan lebih banyak kita akan dapat jika kita simpan lump sum berbanding kita simpan sedikit-sedikit setiap bulan.

Ini adalah salah satu initiatif PNB untuk pastikan simpanan kita kekal dan tak galakkan kita sentiasa membuat pengeluaran.

Itu sebabnya cara kira dividen ASB adalah berdasarkan baki minimum bulanan.

Jadi kalau kita buat pengeluaran, secara automatik baki simpanan kita akan berkurang. Semak Dividen ASB Online

Baca Juga: Buka Akaun SSPN Online:Cara Lengkap Bergambar

Contoh Kiraan Dividen ASB Jika Jumlah Simpanan Tetap / Tidak Berubah

Contoh Kiraan (1):

  • Jumlah simpanan RM50,000 x 5 / 100 = RM2,500 dividen setahun.
  • Jumlah keseluruhan RM50,000 + RM2,500 = RM52,500 (Jumlah simpanan tetap dari Januari hingga Disember)

Contoh kiraan (2):

  • Jumlah simpanan RM50,000 x 0.05 sen = RM2,500
  • Jumlah keseluruhan RM50,000 + RM2,500 = RM52,500 (Jumlah simpanan tetap dari Januari hingga Disember)

Cara Semak Dividen ASB 2021 Online

Kini kita dah tak perlu beratur di kaunter untuk mendapatkan penyata atau semak baki ASB. Semak Dividen ASB Online

Untuk membuat semakan dividen dan bonus, kita boleh melakukannya secara online saja melalui Portal myASNB. Semak Dividen ASB Online

myASNB adalah sebuah portal dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

Ia adalah platform dalam talian yang mudah yang selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.

Langkah cara Semak Dividen ASB Online adalah seperti berikut:

  • Daftar / Login myASNB (Pastikan nombor telefon telah dikemaskini untuk mendaftar pertama kali)
  • Senarai Portfolio Pelaburan akan dipaparkan
  • Semak Penyata Kewangan dan pilih Tahun Kewangan
  • Boleh cetak atau save dalam PDF untuk rujukan

Untuk makluman, jumlah dividen bagi tahun 2021 ini akan dikemaskini ke dalam akaun pada awal tahun 2022 nanti.

Jika anda belum mendaftar ASB online, sila rujuk langkah membuat pendaftaran di artikel ini: MyASNB: Pendaftaran, Pengeluaran ASB Online, Semakan Baki & Dividen. Semak Dividen ASB Online

Artikel Lain: SSPN Online:Cara Buka Akaun SSPN-i & SSPN-i PLUS Untuk Anak Online

Semak Dividen ASB Online (Zakat ASB)

  • Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (Bil 3/2017) telah memutuskan bahawa hukum pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah harus mengikut parameter yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC).
  • Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Syariah LZS pada 15 September 2017 telah memutuskan bahawa zakat, dikeluarkan ke atas pelaburan yang patuh syarak sahaja. Na mun sekiranya pembayar ingin,membayar-jumlah penuh, bahagian yang tidak patuh syariah boleh diterima tetapi ia perlu dimasukkan ke dalam akaun Baitulmal.
  • Ringkasan kadar pelaburan patuh syariah ASNB bagi setiap tahun kewangan adalah seperti jadual berikut:
  • Kaedah taksiran zakat saham amanah ASNB bagi sesuatu tahun hendaklah mengikut kada peratusan patuh syariah bagi tahun kewangan berkaitan.
  • Perkara ini berkuatkuasa mulai 12 Mei 2020.
  • Walau bagaimanapun, bagi bayaran zakat ASB tahun 2016 dan sebelumnya, maka fatwa terdahulu digunakan, iaitu hendaklah ditolak semua pendapatan pelaburan (dividen dan bonus) ASB berkenaan, dan zakat hanya dikenakan ke atas pokok pelaburannya sahaja.

Contoh : Pokok + (pendapatan x *74.5% ) = ….. x2.5% = Zakat

*Nilai boleh berubah dari masa ke semasa

Jadi, dah seronok dapat dividen tu, jangan lupa bayar zakat ya! Semak Dividen ASB Online

Baca Juga: Duit PTPTN 2021:Semakan Tarikh Masuk Akaun

Maklumat Lanjut Tentang Dividen ASB 2021

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dividen ASB 2021 serta cara Semak Dividen ASB Online, sila rujuk laman web Amanah Saham Nasional berhad (ASNB) di www.myasnb.com.my

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB 03-7730 8899 (8 pagi – 10 malam) atau emel ke asnbcare@pnb.com.my

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang cara Semak Dividen ASB Online ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment