Pengecualian Bayaran Balik PTPTN (Ijazah Kelas Pertama) Cara Mohon
Penyediaan Dokumen Sokongan Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN Bagi Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama
Anda merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama?
Selaras dengan pengumuman YAB PM sempena Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN pada 27 Julai 2022 yang lalu, insentif pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN ini telah diperluaskan semula kepada semua peminjam yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama tanpa mengira status ekonomi, bangsa dan agama.
Ia adalah sebagai dorongan kepada semua peminjam untuk belajar bersungguh-sungguh dan mendapat kelulusan yang terbaik dalam pengajian mereka.
Sehubungan itu peminjam boleh mengemukakan permohonan sehingga 31 Disember 2022.
Dimaklumkan bahawa peminjam yang layak membuat permohonan pengecualian bayaran balik, anda perlu menyediakan dokumen sokongan bagi tujuan muat naik dokumen semasa proses permohonan dilakukan.
Jom ikuti langkah mudah membuat permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN anda.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Apakah Pengecualian Bayaran Balik PTPTN Kelas Pertama?
Pengecualian bayaran balik bagi peminjam yang mendapat Ijazah Sarjana Muda kelas pertama atau setaraf ditawarkan kepada semua peminjam PTPTN sebagai menghargai peminjam.
Kini permohonan boleh dilakukan secara online melalui Portal Rasmi PTPTN.
NOTA: Untuk mendapat kepastian pangkat ijazah anda boleh tanya kepada unit pengijazahan akademik, kerana setiap universiti berbeza-beza grednya.
Syarat Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Kelas Pertama
Antara syarat-syarat pengecualian bayaran balik pinjaman adalah seperti berikut:
- Mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa;
- Memperoleh Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama oleh IPT;
- Menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan mengikut dokumen tawaran pinjaman PTPTN;
- Pinjaman pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain;
- Kursus/ program yang diikuti oleh peminjam di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi Penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam tempoh pinjaman dikeluarkan; dan
- Mengemukakan permohonan pengecualian bayaran balik di dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen.
Cara Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN (Ijazah Kelas Pertama)
Peminjam perlu memohon secara online di Portal PTPTN – Pengecualian Ijazah Kelas Pertama selewat-lewatnya dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen.
Permohonan selepas daripada tempoh tersebut tidak diterima.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian sahaja. Mudah, cepat & selamat!
Sila rujuk langkah-langkah membuat permohonan seperti di bawah:
- Layari https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama
- Klit pada Pengecualian Ijazah Kelas Pertama
- Masukkan No Kad pengenalan dan No Pinjaman
- Kemaskini maklumat pengajian, pekerjaan, status perkahwinan, maklumat Ibu Bapa dan lain-lain maklumat
- Akhir sekali muat naik dokumen sokongan anda.
Dokumen Yang Diperlukan Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN
Dokumen yang diperlukan bagi permohonan pengecualian bayaran balik adalah:
- Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan (Skrol);
- Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan;
- Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA yang disahkan (Bagi peminjam IPTS);
- Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan “Kelas Pertama” pada Ijazah); dan
- Surat pengesahan tamat pengajian (jika tidak dicatatkan tarikh tamat pengajian pada ijazah/ transkrip).
Peringatan Mesra
Salinan dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh pegawai kumpulan Pengurusan & Profesional (Bahagian Akademik atau Bahagian Pengurusan Rekod yang mengeluarkan Ijazah di IPT) dengan cop pengesahan mengandungi Nama Pegawai, Jawatan dan Nama Jabatan.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian sahaja melalui pautan :
https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama
Semakan Status Permohonan Pengecualian Bayaran PTPTN Kelas Pertama
Status permohonan boleh disemak dalam tempoh 60 hari daripada tarikh permohonan melalui 2 kaedah di bawah:
- Semak di Portal PTPTN (https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama)
- Hubungi Careline PTPTN (03-2193 3000) untuk mendapatkan No. Pinjaman atau;
Surat makluman akan dihantar ke alamat surat menyurat peminjam.
Pengalaman (Perkongsian Media Sosial)
Memandangkan ramai yang tanya macam mana nak dapat pengecualian bayaran ptptn. Mai sis share. Sis apply 13/8. Lulus 23hb/8. Tak sampai 2 minggu, kalau tiada masalah.
Pergi link https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama.
Make sure you guys ada semua ni. If takde sila minta dari fakulti anda. Pastikan setiap sijil tu ada pengesahan dari uni okeyy. Sebab dalam borang online tu nak ada pengesahan. And sijil tak perlu berwarna even dia mintak berwarna. Yang penting pengesahan. Kalau takde sijil sijil ni sila kol uni.
Skroll degree yang tertulis “first class”. Skroll degree hanya boleh mohon if you guys dah ada exact tarikh konvokesyen. Macam sis punya konvo 31/3/2020.
Transkrip degree
Surat pengesahan tamat pengajian
Surat tawaran tajaan lain (kalau tajaan bertindih macam saya).
.
Telefon careline PTPTN untuk dapat no pinjaman. Untuk permohonan, kena login no pinjaman. (gunalah plan data celcom RM35/bulan sebab free kol untuk semua talian termasuk nombor pejabat).
Then boleh la isi.
untuk uitm first class CGPA 3.5, uni lain sis tak tau.
Yang ada exact tarikh konvo sahaja boleh apply pengecualian ptptn and apply skroll ye anak anak
.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN (Ijazah Kelas Pertama) atau perkara lain berkaitan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN ini boleh hubungi PTPTN seperti beikut:
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.
Careline: 03 – 2193 3000
Faks: 03 – 2193 1263
https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama
Waktu operasi Live Chat PTPTN: 9.00 pagi – 5.00 petang (Isnin-Jumaat) kecuali Cuti Umum.
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Permohonan Pengecualian Bayaran Balik PTPTN (Ijazah Kelas Pertama) ini memudahkan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com