Diskaun PTPTN Bajet 2023 Sehingga 20%

Diskaun PTPTN Bajet 2023 Sehingga 20%

INSENTIF DISKAUN BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN MELALUI BAJET 2023

Menteri Kewangan telah mengumumkan diskaun bayaran balik pinjaman kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Dalam pembentangan Bajet 2023 hari ini, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 1 November 2022 sehingga 30 April 2023​.

“Insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bertujuan bagi memudahkan pembayaran semula serta memupuk tanggungjawab dalam kalangan peminjam PTPTN” – YB Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan​.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang cara dapat Diskaun PTPTN Bajet 2023 untuk anda.

Baca Juga: Permohonan Pinjaman PTPTN:Cara Mohon & Login PTPTN Online

Kadar Diskaun PTPTN Bajet 2023

Pemberian diskaun ini mengikut kategori seperti berikut:

Pertama : Diskaun 20% untuk penyelesaian penuh pinjaman​

Kedua : Diskaun 15% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang ​

Ketiga : Diskaun 15% untuk bayaran balik melalui potongan gaji

*Rujuk cara buat bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus : Cara Daftar Bayaran Balik Automatik (Direct Debit)

Semoga dengan adanya insentif yang diberikan oleh kerajaan ini, para peminjam PTPTN dapat mengambil peluang untuk membuat bayaran balik mengikut kemampuan dan secara tidak langsung membantu kelangsungan pinjaman pendidikan kepada generasi yang akan datang.

Artikel Lain: Kemaskini PTPTN:Cara Kemaskini Email, No Telefon & Maklumat Peribadi

Cara Semak Baki Pinjaman PTPTN Online

Pengajian pun telah anda berjaya tamatkan dengan jayanya.

Sekarang ini tugas anda untuk bayar semula yuran pengajian tersebut.

Hutang tetap hutang perlu dibayar. Bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ptptn perlu dilakukan. Wajib bayar ya.

Ia sebenarnya kelangsungan pemberian dan pembayaran pinjaman pendidikan untuk generasi selepas anda bagi menikmati dan memperoleh duit pinjaman pendidikan ini.

Mudah Sahaja untuk dapatkan semakan keputusan permohonan penyata ptptn

1. Apa Yang Perlu Anda, adalah pergi terus ke portal rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.

2. Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan anda sahaja dan klik pautan penyata kira-kira pembiayaan ujrah selepas nombor kad pengenalan anda telah disahkan oleh sistem mereka. Mudah bukan?

3. Selepas itu, anda perlu masukkan nombor kad pengenalan dan nombor kata aluan (password) yang telah anda dapat sebelum ini.

Pada yang yang belum register atau daftar perlu berbuat demikian dengan KLIK pada pautan “Pendaftaran KALI PERTAMA” ya.

4. Nah, setelah itu anda sudah boleh lakukan semakan melibatkan penyata akaun untuk baki pinjaman pendidikan ptptn anda yang terkini.

5. Untuk pengetahuan anda, anda juga boleh melakukan semakan jumlah pinjaman pendidikan dengan telefon bimbit anda, dan cara untuk dapatkan nombor cukup mudah sahaja :

Jika anda tidak tahu berapa lagi baki bayaran PTPTN yang perlu dibayar, sila rujuk:

Cara Semakan Baki PTPTN Online & Tunggakan Terkini

Cara Log Masuk Semakan Pembayaran Duit Ptptn

1. Biasalah, apalah sudah tamat pengajian dan sudah mendapat kerja, kehidupan anda akan mula sibuk. Sehingga kadang-kadang sampai terlupa tarikh untuk melakukan semakan untuk semak baki pinjaman anda.

Ia sangat membantu untuk anda mengetahui berapa banyak lagi baki pinjaman yang perlu anda bayar. Ia sekaligus akan memotivasikan diri anda untuk bayar secara konsisten melihatkan baki pinjaman semakin berkurang dari bulan ke bulan.

2. Anda perlu tahu sekarang ini, tidak bayar pinjaman untuk satu tempoh yang lama bakal menyebabkan hasrat anda keluar negara melalui semakan imigresen akan terbantut.

Ini kerana nama anda mungkin sudah tersenarai dalam senarai hitam imigresen. Jadi rajin-rajin lakukan semakan daripada masa ke semasa.

Baca Juga: Login PTPTN: Semakan Penyata Baki Pinjaman & Permohonan Baru

Tempoh Diskaun PTPTN 2022 / 2023

Tempoh diskaun bermula 1 November 2022 sehingga 30 April 2023

​Lain-lain Inisiatif PTPTN Dalam Bajet 2023

Selain Diskaun PTPTN Bajet 2023 ini, PTPTN juga komited untuk melaksanakan inisiatif bajet tahun 2023 seperti berikut:

  • Pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama.
  • Kenaikan kadar pinjaman PTPTN dan penyediaan pinjaman komputer untuk kumpulan M40.
  • Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM8,000 untuk simpanan bersih tahunan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional dilanjutkan sehingga 2024.

Baca Juga: Insentif PTPTN Anak Sarawak:Semakan Pengurangan Bayaran 30%

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut berkaitan Diskaun PTPTN Bajet 2023 in terus layari laman web PTPTN untuk update terkini:

https://www.ptptn.gov.my/

Ikuti Telegram rasmi PTPTN untuk mendapatkan informasi terkini Diskaun PTPTN Bajet 2023. https://t.me/ptptnofficial​

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Diskaun PTPTN Bajet 2023 ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment