Pengumuman Khas Penjawat Awam – Pm Ismail Sabri (Penjawat Awam)

Pengumuman Khas Penjawat Awam – Pm Ismail Sabri (Penjawat Awam)

Pengumuman khas kepada penjawat awam yang berlangsung di PICC hari ini 30.08.2022 telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri. Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke 18- MAPPA XVIII dengan tema Penjawat Awam Tonggak Aspirasi Keluarga Malaysia.

Pengumuman khas kepada penjawat awam ini telah ditunggu oleh semua penjawat awam bermula hari pengumuman tarikh tersebut oleh Perdana Menteri.

Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI

Contoh Surat

Baca di Sini senarai contoh surat lain :

Intipati Pengumuman Khas Penjawat Awam – Pm Ismail Sabri

Senarai intipati pengumuman khas adalah seperti berikut:

1.Menaikkan kadar maksimum jumlah GCR yang boleh dikumpulkan dari 160 ke 180 hari.

2.Tambahan kadar cuti rehat khas sebyak 5 hari kepada pegawai pendidikan khas yang berkhidmat melebihi 10 tahun.

3.Perluasan tafsiran ahli keluarga kepada tambahan kematian adik beradik nenek dan datuk.

4.Penambahbaikan Pergerakan Gaji Tahunan Kepada pagawai yang telah sampai gaji maksimum kepada kadar baru dari 3% sebelum ini.

5.Bayaran kenaikan gaji tahunan KGT tambahan khas sebanyak RM10 gred 11 hingga gred 56 mulai Januari 2023.

6.Bantuan khas kewangan 2023 berjumlah RM 700 dan juga kepada pesara RM350

Penjawat Awam

Penjawat awam adalah tonggak utama dalam pentadbiran kerajaan dan memainkan peranan penting dalam melaksanakan dasar serta pembangunan negara.

Sebagai tunjang negara, perkhidmatan awam dipertanggungjawabkan merealisasikan gagasan Keluarga Malaysia kalis cabaran masa hadapan.

Antara tumpuan utama ke arah hasrat berkenaan adalah untuk memulih semula ekonomi negara dan merapatkan jurang pendapatan, mengetepikan perbezaan untuk mencapai kestabilan serta menyatupadukan seluruh rakyat di bawah naungan Keluarga Malaysia.

Menerusi pendekatan keseluruhan kerajaan, jalinan kerjasama rentas agensi dan kementerian dipelopori dan diperteguhkan terutama ketika memerangi pandemik COVID-19.

Konsep bersatu hati dihayati dan dilaksanakan dengan berkesan, menjadikan barisan penjawat awam tanpa mengira perkhidmatan memberi komitmen terbaik demi memastikan kesejahteraan rakyat, meskipun berhadapan pelbagai cabaran dan kekangan.

Petugas barisan hadapan bukan sahaja berkorban masa dan tenaga, malah turut bergadai nyawa bagi memastikan kesihatan dan kelangsungan kehidupan rakyat terpelihara.

Menuju fasa endemik, walaupun banyak kelonggaran dibenarkan dan aktiviti perniagaan serta sosial kembali beroperasi sepenuhnya, perkhidmatan awam belum boleh menarik nafas lega.

Sebaliknya penjawat awam perlu kekal berikhtiar menjangkau sehabis mungkin bagi menangani cabaran pasca pandemik serta cabaran lain seperti konflik geopolitik, perubahan iklim, isu jaminan makanan dan ancaman penyakit berjangkit lain.

Laksana program sebaiknya

Inisiatif diperkenalkan kerajaan seperti Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi perlu dilaksanakan sebaiknya bagi membantu rakyat mendepani kenaikan kadar inflasi dan menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup.

Bagi melonjakkan semangat pemulihan negara, tema Hari Kebangsaan pada tahun ini, iaitu ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ dipilih selaras dengan teras utama Keluarga Malaysia, iaitu keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.

Dengan semangat ini dan bersandarkan keteguhan serta kepentingan perkhidmatan awam, kepemimpinan jabatan sentiasa mengatur pelbagai strategi bagi memastikan penjawat awam terus berada di barisan hadapan dalam menangani dan menyelesaikan isu dihadapi rakyat.

Pendekatan keseluruhan masyarakat menggerakkan kerjasama semua pihak berkepentingan, terutama sektor awam, sektor swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan masyarakat untuk bersama-sama rakyat bagi mencipta nilai baharu dalam produk dan perkhidmatan. Peningkatan nilai dan produktiviti ini akhirnya memberi manfaat dan pulangan kepada rakyat.

Esok, Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18 (MAPPA XVIII) bertemakan ‘Penjawat Awam Tonggak Aspirasi Keluarga Malaysia’ disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Ia program dinanti-nantikan penjawat awam dengan lebih 4,000 orang dijangka hadir secara fizikal dan sekitar 10,000 lagi akan mengikuti perhimpunan itu secara maya, meliputi penjawat awam daripada pelbagai perkhidmatan di Persekutuan, negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Dianjurkan sejak 2000, MAPPA menjadi wahana utama bagi penjawat awam menghayati aspirasi pucuk pimpinan tertinggi kerajaan melalui amanat disampaikan Perdana Menteri.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Pengumuman khas kepada penjawat awam ini anda boleh layari https://www.jpa.gov.my/

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Pengumuman khas kepada penjawat awam ini memudahkan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment