Peranti Siswa Fasa 2 : Cara Permohonan & Semakan Tarikh Terima Peranti
TERKINI Peranti Siswa Fasa 2 : Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) membuat keputusan membuka sekali lagi permohonan Peranti Siswa Keluarga Malaysia bermula 1 Ogos hingga 30 September ini.
Perkara ini diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annuar Musa dalam sebuah sidang media khas hari ini.
Sementara itu, tarikh penerimaan peranti juga telah dimaklumkan melalui sidang media tersebut. Sila ikuti maklumat penuh melalui artikel ini.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut berkaitan program Peranti Siswa Fasa 2 ini untuk makluman semua.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Baca Juga: Biasiswa Kursi Sheikh Othman Sarawak UKM Pasca-Siswazah
Apakah Pakej Peranti Siswa Keluarga Malaysia?
Pakej Peranti Siswa Keluarga Malaysia adalah satu inisiatif Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti ‘tablet’ kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).
Bagi tujuan ini, Kerajaan akan menyediakan peruntukan RM450 juta di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kira-kira RM65 juta.
Program ini dijangka akan memberi manfaat kepada kira-kira 600,000 pelajar di seluruh negara.
Pakej ini tertakluk kepada terma dan syarat yang akan ditetapkan.
Baca Juga: Biasiswa Kerajaan : Senarai Biasiswa / Tajaan / Pinjaman Pengajian Sektor Awam / Kerajaan
Syarat Kelayakan Peranti Siswa Fasa 2
Siapakah yang layak menerima tablet percuma ini?
Mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 iaitu keluarga yang mempunyai purata bulanan pendapatan seisi rumah di bawah RM4,850 layak memohon inisiatif ini.
Inisiatif ini juga akan melibatkan semua mahasiswa dalam kelompok keluarga B40 yang belajar di peringkat pengajian diploma, diploma lanjutan dan ijazah sarjana muda daripada universiti awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Artikel lain: Biasiswa ISMP 2022 (Permohonan & Semakan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan)
Jenis Peranti Yang Dibekalkan Peranti Siswa Fasa 2
Peranti yang dibekalkan adalah sebuah tablet dengan spesifikasi minimum seperti berikut:
- Skrin 10.1” Paparan FHD, 1280×800
- Android OS 10 dan ke atas
- 4G LTE (menyokong frekuensi LTE telco di Malaysia)
- Minimum RAM 4GB
- Minimum storan 64GB
- Slot SD Micro sehingga 256GB
- Kamera hadapan minimum 2MP
- Kamera belakang minimum 5MP
- Pembesar suara terbina dalam dan bicu audio 3.5mm untuk headset
- Bluetooth 4.1 dan ke atas
- WiFi 2.4GHz & 5Ghz
- Bateri minimum 4500 mAh
- Pengecas USB disertakan
- Papan kekunci bluetooth disertakan
- Pen stylus disertakan.
Baca Juga: Skim Biasiswa Sukan Persekutuan (SBSP):Cara Mohon & Panduan Permohonan
Tarikh Pendaftaran / Permohonan Peranti Siswa Fasa 2
Tempoh pendaftaran dan permohonan pakej ini telah dibuka pada 15 April 2022 jam 8.00 pagi di laman web rasmi https://perantisiswa.kkmm.gov.my.
Namun terkini, KOMM membuat keputusan membuka sekali lagi permohonan Peranti Siswa Keluarga Malaysia bermula 1 Ogos hingga 30 September ini.
Permohonan Peranti Siswa fasa 2 turut libatkan pelajar IPG dan kolej matrikulasi dibawah KPM.
Baca Juga: Permohonan Biasiswa Kursi Tok Nan 2022 Untuk Anak Sarawak
Cara Permohonan Peranti Siswa Fasa 2
Perlu diingatkan bahawa permohonan PerantiSiswa ini hanya boleh dibuat menerusi laman web rasmi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM).
Permohonan boleh dibuat menerusi laman web rasmi di https://perantisiswa.kkmm.gov.my
Baca Juga: Biasiswa 2022 Ijazah Sarjana Muda (Degree Scholarship)
Cara Semakan Status Kelulusan
Pemakluman keputusan akan dibuat melalui e-mel kepada pemohon yang berjaya.
Tarikh Penerimaan Peranti Peranti Siswa Fasa 2
Kumpulan pertama dijangka menerima tablet program PerantiSiswa Keluarga Malaysia pada minggu kedua Jun ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Peranti akan diagihkan melalui dua sesi, iaitu
Sesi pertama – membabitkan 60 peratus daripada jumlah keseluruhan penerima dan ia diutamakan kepada pemohon yang mempunyai data lengkap.
Sesi kedua – kes rayuan dan agihan ini tidak lewat daripada 60 hari selepas sesi pertama.
*Fasa pertama penyampaian peranti bagi Program Perantisiswa akan dilaksanakan mulai Ogos 2022.
Pihak IPT akan diberi taklimat lanjut oleh K-KOMM dan KPT untuk kelancaran pelaksanaan inisiatif ini.
Terma & Syarat Permohonan Peranti Siswa Fasa 2
Pemberian satu (1) unit peranti adalah untuk pemohon yang memenuhi syarat-syarat umum kelayakan PerantiSiswa seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Daripada kategori keluarga B40 iaitu pendapatan isi rumah RM4,850 dan ke bawah;
- Sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Diploma Lanjutan atau Ijazah Sarjana Muda;
- Bukan pelajar tahun akhir pada tahun 2022;
- Mengikuti pengajian secara sepenuh masa; dan
- Tidak pernah menerima bantuan peranti daripada mana-mana program di bawah Kerajaan.
- Inisiatif ini hanya melibatkan pemberian peranti tanpa pelan data Internet.
- Peranti akan diberikan secara Kaedah Guna Pakai (KGP) kepada mahasiswa dan perlu diserahkan semula mengikut kaedah yang ditetapkan setelah tamat pengajian atau dalam tempoh yang ditentukan oleh Pentadbir Program.
- Peranti perlu dipulangkan apabila mahasiswa tersebut:
- menamatkan pengajian;
- berhenti pengajian;
- dibuang pengajian;
- menyalahgunakan peranti yang dibekalkan sehingga mendatangkan kemudaratan atau menyalahi undang-undang negara; atau
- melanggar apa-apa syarat yang ditentukan oleh Pentadbir Program dari semasa ke semasa.
- Penerima peranti perlu melaporkan kerosakan, kehilangan atau kecurian tablet tersebut melalui kaedah pelaporan yang akan ditentukan kelak untuk tindakan lanjut oleh Pentadbir Program.
- Pentadbir Program atau mana-mana pihak yang diberi kuasa oleh Pentadbir Program berhak untuk mengarahkan penerima peranti untuk menyerahkan tablet tersebut untuk diperiksa pada bila-bila masa.
- Penerima peranti adalah bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan peranti yang diterima.
- Penerima peranti juga perlu memastikan peranti yang diterima tidak diconteng, ditulis atau dibuat sebarang jenis perlakuan yang boleh mengakibatkan kerosakan atau kecacatan kepada peranti tersebut.
- Penerima peranti perlulah mematuhi peraturan/polisi keselamatan siber IPT atau agensi-agensi kerajaan yang berkuatkuasa.
- Peranti hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk pembelajaran kendiri dan tidak digunakan untuk mengakses laman sesawang yang menyalahi undang-undang negara.
- Penerima peranti yang melanggar apa-apa syarat atau menyebabkan sesuatu kehilangan atau kerosakan ke atas peranti disebabkan kecuaian boleh dikenakan penalti yang akan ditetapkan oleh Pentadbir Program.
- Penerima peranti adalah tertakluk kepada terma dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.
Soalan Lazim
Soalan Lazim Pakej Peranti Siswa Fasa 2 ini disertakan dalam lampiran di bawah:
Apakah itu Pakej Peranti Siswa Fasa 2 Keluarga Malaysia ?
Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah satu inisiatif Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti ‘tablet’ kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).
Siapakah yang layak untuk menikmati tawaran pakej Peranti Siswa Fasa 2 ini?
Pelajar IPT sepenuh masa dari keluarga B40 layak untuk menikmati tawaran pakej ini.
Syarikat telekomunikasi manakah yang terlibat dalam menyediakan pakej Peranti Siswa Fasa 2 ini?
Pada masa ini, syarikat telekomunikasi yang terlibat adalah Celcom Axiata Berhad (Celcom), Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi), Maxis Berhad (Maxis), U Mobile Sdn Bhd (U Mobile), Telekom Malaysia Berhad (TM) dan YTL Communications Sdn Bhd (YES).
Bilakah pendaftaran Peranti Siswa Fasa 2 akan bermula?
Tempoh pendaftaran telah dibuka pada 15 April 2022 dan akan dibuka semula pada 1 Ogos hingga 30 September 2022. Pemberian peranti Fasa Pertama pula akan bermula pada bulan Ogos 2022.
Bagaimana cara memohon Peranti Siswa Fasa 2?
Anda boleh melayari https://perantisiswa.kkmm.gov.my mulai 15 April 2022, pukul 8.00 pagi. Permohonan juga akan dibuka semula pada 1 Ogos hingga 30 September 2022 ini.
Adakah pelajar matrikulasi layak untuk memohon bantuan Peranti Siswa Fasa 2?
Buat masa ini, hanya pelajar di bawah Universiti Awam (UA) merangkumi Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti serta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) di bawah KPT sahaja yang terlibat dalam pelaksanaan inisiatif ini.
Adakah peranti Peranti Siswa Fasa 2 yang diterima perlu dikembalikan?
Peranti akan diberikan secara Konsep Guna Pakai (KGP) kepada mahasiswa dan perlu diserahkan semula setelah tamat pengajian atau dalam tempoh yang ditentukan oleh Pentadbir Program.
Mengapa data saya tidak dipaparkan dalam Sistem Permohonan Peranti Siswa Fasa 2 sedangkan saya telah mengisi maklumat permohonan peranti sebelum ini?.
Sistem telah menerima data daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang telah dibuat semakan silang status B40 dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) berdasarkan data permohonan peranti pada suku tahun keempat tahun 2021.
Walau bagaimanapun, pemohon masih boleh memasukkan maklumat ke dalam Sistem Permohonan PerantiSiswa dan permohonan yang lengkap dikemukakan akan diproses untuk pertimbangan.
Adakah mahasiswa yang mengikuti pengajian secara separuh masa layak memohon Peranti Siswa Fasa 2?
Tidak. Pemohon mestilah mahasiswa yang mengikuti pengajian secara sepenuh masa.
Saya merupakan mahasiswa tahun akhir pada tahun 2022. Adakah saya layak memohon pekej Peranti Siswa Fasa 2?
Mahasiswa tahun akhir pada tahun 2022 adalah tidak layak memohon.
Sumber: https://perantisiswa.kkmm.gov.my/faq.php
Kenyataan Media Peranti Siswa Fasa Kedua
KUALA LUMPUR: Permohonan di bawah Program Peranti Siswa fasa kedua akan dibuka bermula 1 Ogos ini, bagi pelajar B40 yang akan memasuki institusi pengajian tinggi tidak lama lagi.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, berkata melalui permohonan yang akan dibuka selama 60 hari itu, kerajaan bersetuju untuk memperluas kelayakan bagi pemohon yang memasuki Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Kolej Matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan, berbanding hanya untuk pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta sebelum ini.
“Bagi fasa kedua, mereka yang datang daripada keluarga B40 dengan pendapatan isi rumah di bawah RM4,850 sebulan, layak untuk membuat permohonan secara atas talian.
“Bagi permohonan fasa kedua ini, penyampaian peranti dijangka dapat dilakukan pada Oktober, sebaik saja permohonan ditutup pada 30 September,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.
Maklumat Lanjut Tentang Pakej PerantiSiswa
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan permohonan PerantiSiswa, sila e-melkan ke helpdesk.upps@kkmm.gov.my atau melalui talian berikut:
▪ 03-8911 5351
▪ 03-8911 5258
▪ 03-8911 5265
▪ 03-8911 5188
Waktu operasi:
8.00 pagi hingga 6.00 petang
Isnin hingga Jumaat (kecuali hari kelepasan am)
8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Sabtu dan Ahad
Terima kasih. Semoga perkongsian berkaitan Peranti Siswa Fasa 2 ini memudahkan urusan anda InsyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com