Permohonan Baru STR 2024: Cara Membuat Permohonan Baru STR

Permohonan Baru STR 2024: Cara Membuat Permohonan Baru STR

Permohonan Baru STR 2024. Berikut dikongsikan panduan permohonan baru Sumbangan Tunai Rahmah STR 2024 berpandukan FAQ LHDNM.

A. PERMOHONAN BAHARU

1. S: Bilakah pendaftaran STR akan dibuka?

J: Pendaftaran STR boleh dibuat:

i. Secara dalam talian mulai November 2024

ii. Secara borang kertas mulai November 2024

*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa

Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI

2. S: Siapakah yang perlu membuat permohonan STR

J: Pemohon yang perlu membuat permohonan baharu STR adalah seperti berikut:

i. Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR; serta

ii. Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau

iii. Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan. Pemohon yang perlu membuat kemas kini permohonan STR adalah seperti berikut:

i. Tidak mengemaskini permohonan tiga tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BSH 2020, BPR 2021 ,BKM 2022 dan STR 2023

ii. Penerima STR Fasa 1 yang mempunyai perubahan maklumat terkini

3. S: Bagaimanakah cara untuk saya membuat permohonan STR 2024?

J: Kaedah permohonan STR adalah seperti berikut:

i. Permohonan Secara Dalam Talian

a. Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau

b. Aplikasi Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit

ii. Permohonan Melalui Borang Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di:

a. Portal Rasmi STR LHDNM; atau

b. Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC)

LHDNM

4. S: Di manakah saya boleh menghantar Borang STR yang telah lengkap diisi?

J: Anda boleh menghantar Borang STR di Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM;

Atau

Penghantaran secara Pos. Namun, terhad kepada borang permohonan yang diterima sehingga tarikh akhir permohonan ke alamat seperti berikut:

Peti Surat STR

GPO Shah Alam

40800 Shah Alam

SELANGOR

Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.

Sambungan Persoalan Permohonan Baru STR 2024

5. S: Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat permohonan STR?

J: Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:

i. Pemohon:

a. Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau

b. Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau

c. Sijil Perceraian / Pembubaran Perkahwinan (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau

d. Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah

e. Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

ii. Pasangan:

a. Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau

b. Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan

iii. Anak:

a. Anak Kandung

• Salinan Sijil Lahir; dan

• Salinan MyKad / MyKid

b. Anak Angkat

• Salinan MyKad / MyKid; dan

• Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN

Borang Serahan Dokumen Sokongan STR (BK-04) perlu dilengkapkan dan diserahkan semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke Pejabat LHDNM ATAU boleh memuat naik ke sistem STR semasa permohonan secara dalam talian.

6. S: Permohonan secara dalam talian memerlukan saya mengisi maklumat akaun bank. Jika saya tidak mempunyai maklumat akaun bank bagaimanakah saya boleh menghantar Permohonan STR?

J: Anda boleh menghantar permohonan STR secara dalam talian dengan memilih Tiada Maklumat Akaun Bank. Walau bagaimanapun, anda disarankan untuk mengisi maklumat akaun bank anda bagi membolehkan pembayaran STR dibuat dengan mudah dan cepat tanpa perlu hadir ke kaunter BSN. Permohonan Baru STR 2024

Persoalan Tambahan Permohonan Baru STR 2024

7. S: Permohonan secara dalam talian memerlukan saya mengisi maklumat alamat e-mel. Apakah kegunaan alamat e-mel berkenaan?

J: Anda perlu mendaftarkan alamat e-mel yang sah semasa permohonan STR kerana alamat e-mel berkenaan akan digunakan untuk situasi berikut:

i. Set semula akaun STR disebabkan terlupa soalan keselamatan semasa log masuk

ii. Penyampaian makluman STR

8. S: Saya telah menghantar permohonan STR secara dalam talian. Walau bagaimanapun terdapat mesej peringatan yang memaklumkan supaya memuat naik dokumen sokongan atau menghantar ke Pejabat LHDNM. Bagaimanakah cara untuk saya kemukakan dokumen sokongan berkenaan ke Pejabat LHDNM?

J: Anda digalakkan untuk memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan ke Portal Rasmi STR semasa permohonan. Sekiranya anda ingin menghantar ke Pejabat LHDNM, anda perlu mengemukakan dokumen sokongan yang diperlukan dengan mengisi Borang Serahan Dokumen Sokongan STR (BK-04) yang boleh diperolehi di Pejabat LHDNM atau dimuat turun dari Portal Rasmi STR. Pastikan anda mendapat keratan Akuan Penerimaan Serahan Dokumen Sokongan berkenaan sebagai rekod penyerahan. Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.. Permohonan Baru STR 2024

Sambungan Soalan

9. S: Saya telah menghantar permohonan STR. Sekiranya ada perubahan maklumat adakah saya masih boleh membuat kemas kini permohonan?

J: Ya. Kemas kini maklumat boleh dibuat sebelum tarikh tutup permohonan STR.

10. S: Saya telah menghantar Borang Permohonan STR ke Pejabat LHDNM. Adakah saya boleh mengemas kini semula permohonan secara dalam talian?

J: Tidak. Kemas kini secara dalam talian tidak dibenarkan sekiranya Permohonan baharu / kemas kini yang dihantar ke Pejabat LHDNM / PS / UTC telah diproses oleh LHDNM. Oleh itu, sebarang kemas kini permohonan STR selanjutnya perlu dikemukakan ke Pejabat LHDNM / PS / UTC dengan mengisi Borang Permohonan STR (BK-01) semula. Permohonan Baru STR 2024

11. S: Saya telah membuat permohonan STR secara dalam talian dan juga telah berjaya memuat naik semua dokumen sokongan yang diperlukan di Sistem STR. Adakah saya masih perlu kemukakan semula dokumen sokongan berkenaan ke Pejabat LHDNM?

J: Tidak. Sekiranya dokumen sokongan yang diperlukan telah berjaya dimuat naik di Sistem STR semasa permohonan secara dalam talian, anda tidak perlu kemukakan semula dokumen berkenaan ke Pejabat LHDNM. Permohonan Baru STR 2024

12. S: Sijil perkahwinan saya telah hilang, apakah dokumen sokongan yang boleh digunakan untuk pengesahan status perkahwinan?

J: Dokumen sokongan yang boleh digunakan sebagai pembuktian status perkahwinan:

i. Kad nikah; atau

ii. Sijil Lahir Anak

13. S: Saya hanya mempunyai Kad Pengenalan Lama dan tidak memperbaharuinya lagi. Adakah saya boleh membuat permohonan STR?

J: Anda perlu merujuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendapatkan MyKad kerana Permohonan STR mewajibkan penggunaan MyKad sahaja. Permohonan STR hanya boleh dilakukan setelah anda mempunyai MyKad. Permohonan Baru STR 2024

14. S: Saya berstatus bujang tetapi mempunyai anak angkat. Adakah saya layak untuk memohon sebagai isi rumah?

J: Tidak. Sekiranya anda berstatus bujang dan tidak pernah berkahwin, anda tidak layak untuk memohon kategori isi rumah. Namun, permohonan kategori Bujang boleh dibuat sekiranya memenuhi syarat kelayakan.

15. S: Sekiranya saya tidak mengisi nombor akaun bank semasa permohonan STR, bagaimanakah pembayaran akan dilakukan?

J: Anda digalakkan untuk mengisi nombor akaun bank bagi pembayaran STR, agar proses pembayaran dapat diterima dengan mudah dan cepat. Sekiranya anda tidak melaporkan maklumat akaun bank, pembayaran adalah secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa MyKad. Permohonan Baru STR 2024

16. S: Apakah jenis akaun bank yang perlu saya daftarkan ketika permohonan STR?

J: Anda perlu mendaftarkan akaun bank persendirian.

17. S: Saya berkahwin di luar negara dan mempunyai sijil perkahwinan yang sah dari negara tersebut, adakah saya layak memohon STR kategori isi rumah dan apakah dokumen yang diperlukan?

J: Tidak. Anda tidak layak memohon di bawah kategori isi rumah kecuali anda telah mendaftarkan perkahwinan dengan Jabatan Agama Islam Negeri atau Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Namun sekiranya anda mempunyai anak, anda layak memohon STR dengan mengemukakan Sijil Lahir Anak yang berdaftar di JPN sebagai bukti perkahwinan. Permohonan Baru STR 2024

18. S: Anak saya berumur 20 tahun dan dikategorikan sebagai OKU kerana mengalami kemalangan pada tahun ini. Bolehkah saya kemas kini maklumat anak saya dalam permohonan STR?

J: Anak berkenaan tidak layak untuk didaftarkan sebagai anak / tanggungan di bawah permohonan STR anda. Walau bagaimanapun, anak berkenaan boleh memohon STR bagi kategori Bujang sekiranya berstatus OKU dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Permohonan Baru STR 2024

19. S: Saya berstatus ibu tunggal yang berumur 40 tahun dan mempunyai seorang anak (OKU) berumur 19 tahun. Adakah saya boleh memohon STR dengan meletakkan anak saya di permohonan STR saya?

J: Tidak. Anda perlu memohon STR di bawah kategori Bujang sebagai Ibu Bapa Tunggal tiada anak / tanggungan. Ini kerana anak berkenaan boleh memohon STR berasingan bagi kategori Bujang sekiranya berstatus OKU dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Permohonan Baru STR 2024

20. S: Saya berstatus ibu tunggal yang berumur 50 tahun dan mempunyai seorang anak (OKU) berumur 21 tahun yang masih belajar sepenuh masa. Adakah saya boleh memohon STR dengan meletakkan anak saya dalam maklumat permohonan STR saya?

J: Anak berkenaan boleh didaftarkan di permohonan STR anda sekiranya menepati syarat kelayakan Anak. Sekiranya anak berkenaan tidak menepati syarat kelayakan, anda boleh memohon STR di bawah kategori Bujang sebagai ibu / bapa tunggal tiada anak / tanggungan. Permohonan Baru STR 2024

21. S: Saya berstatus ibu tunggal yang berumur 40 tahun dan mempunyai seorang anak berumur 21 tahun yang masih belajar sepenuh masa. Adakah saya boleh memohon STR dengan meletakkan anak saya dalam maklumat Permohonan STR saya?

J: Anak berkenaan boleh didaftarkan di permohonan STR anda sebagai anak / tanggungan sekiranya menepati syarat kelayakan Anak. Sekiranya anak berkenaan tidak menepati syarat kelayakan, anda boleh memohon STR di bawah kategori Bujang sebagai Ibu Bapa Tunggal tiada anak. Permohonan Baru STR 2024

22. S: Saya bukan warganegara Malaysia. Adakah saya layak memohon STR?

J: Tidak. Bantuan ini adalah untuk warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.

23. S: Saya merupakan warganegara Malaysia tetapi menetap di Singapura. Adakah saya layak memohon STR?

J: Tidak. Bantuan ini adalah untuk Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja. Permohonan Baru STR 2024

Tarikh Permohonan Baru Sumbangan Tunai Rahmah STR 2024

Tarikh membuat permohonan baru Sumbangan Tunai Rahmah STR untuk tahun 2024 adalah seperti kenyataan Perdana Menteri ketika membahas Belanjawan 2024 seperti berikut:

Kerajaan akan membuka permohonan baharu seawal November 2023 dan permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini. Permohonan Baru STR 2024

Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI

Contoh Surat

Baca di Sini senarai contoh surat lain :

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut berkaitan Permohonan Baru STR 2024 atau perkara lain berkaitan Permohonan Baru STR 2024 anda boleh hubungi:

Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) STR Fasa 3 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Permohonan Baru STR 2024 ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment