Skim Pembiayaan Perumahan i-Biaya & Cara Permohonan
Skim Pembiayaan Perumahan i-Biaya. Pada 14 April 2022, Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT) Reezal Merican Naina Merican dan YB Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan melancarkan Skim Pembiayaan Perumahan i-Biaya Inisiatif Pembiayaan Perumahan Malaysia (i-Biaya) yang antara lain merupakan satu deliverable bagi mendukung agenda Satu Keluarga Satu Rumah.
Tahukah anda apakah itu i-Biaya dan bagaimana ia dapat memanfaatkan rakyat Malaysia untuk membeli rumah?
Berikut kami kongsikan lebih lanjut tentang skim pembiayaan perumahan i-Biaya ini untuk makluman bersama.
Apakah Skim Pembiayaan Perumahan i-Biaya?
Selari dengan hasrat Satu Keluarga Satu Rumah, inisiatif Kerajaan dengan pelaksanaan oleh KPKT ini adalah satu usaha meningkatkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat Malaysia.
i-Biaya merupakan komponen di bawah Home Ownership Programme (HOPE), iaitu satu pendekatan integrationist yang merangkumi 3 skim iaitu :
- Skim Jaminan Kredit Perumahan yang ditawarkan menerusi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) Berhad,
- Skim Rumah Pertamaku (SRP) oleh Syarikat Cagamas SRP Berhad (Cagamas) dan
- Skim Sewa Untuk Miliki (Rent-to-Own) oleh Perbadanan PR1MA Malaysia, dengan sokongan institusi kewangan.
Pengenalan i-Biaya yang menawarkan tiga skim pembiayaan ini adalah bagi meningkatkan akses rakyat kepada pembiayaan perumahan.
Ini kerana masih belum mampu untuk menyediakan 10% deposit atau wang pendahuluan, begitu juga mereka yang bekerja secara freelance, tiada pendapatan tetap mahupun tidak mempunyai slip pendapatan.
Kesukaran seperti ini telah dapat dimudahkan melalui inisiatif strategik i-Biaya.
3 Skim Yang Ditawarkan Program Skim Pembiayaan Perumahan i-Biaya
Seperti yang disebutkan di atas, terdapat 3 skim yang ditawarkan iaitu:
1. Skim Pembiayaan Perumahan i-Biaya Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)
- SJKP memberi sokongan kepada mereka yang tidak mempunyai dokumentasi lazim pinjaman perumahan seperti slip gaji, berpendapatan rendah, KWSP dan sebagainya.
- Membantu pembeli rumah pertama yang tidak mempunyai pendapatan tetap seperti pekerja ekonomi gig dan bebas, pemilik perniagaan, peniaga atau usahawan kecil.
- Peminjam akan mendapat pembiayaan lebih tinggi sehingga 100%.
- Memudahkan proses permohonan pembiayaan perumahan individu bekerja secara freelance, tiada pendapatan tetap mahupun tidak mempunyai slip pendapatan.
- Golongan B40 dan M40
- Tanpa perlu membayar wang pendahuluan
2. Skim Pembiayaan Perumahan i-Biaya Rumah Pertamaku
- SRP membantu pembeli rumah pertama memiliki sebuah rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan.
- Membolehkan pembeli mendapat pembiayaan sehingga 110% daripada bank-bank yang terlibat bagi membolehkan mereka untuk memiliki Rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan.
- Menggalakkan pembeli rumah pertama untuk memiliki kediaman
- Membantu golongan B40 dan M40 tanpa perlu membayar wang pendahuluan
- Pembiayaan sehingga 110% daripada institusi kewangan yang terlibat
3. Skim Pembiayaan Perumahan i-Biaya PR1MA Rent-To-Own (RTO)
- PR1MA merupakan antara skim perumahan yang paling popular di Malaysia.
- Bagi anda yang masih belum tahu, PR1MA ialah rancangan perumahan yang menyasarkan isi rumah berpendapatan sederhana (juga dikenali sebagai kumpulan M40).
- Lokasi perumahan PR1MA dibangunkan di pusat-pusat bandar yang utama di seluruh negara dengan unit-unit yang ditawarkan pada harga yang berpatutan tanpa menjejaskan kualiti hartanah: antara RM100,000 hingga RM400,000.
- Skim pemilikan perumahan berkonsep sewa beli
- Membantu pembeli rumah pertama dan kedua
Cara Permohonan i-Biaya
Untuk memohon mana-mana skim di atas, sila rujuk proses dan infografik berikut:
1. Cara Memohon Skim Pembiayaan Perumahan i-Biaya Jaminan Kredit Perumahan SJKP
- Bakal peminjam mengenalpasti kediaman yang dikehendaki.
- Memohon dan menyerahkan dokumen yang berkaitan kepada institusi kewangan yang terlibat.
- Institusi kewangan menilai dan menyemak permohonan peminjam dan menghantar kepada SJKP bagi Jaminan Pembiayaan.
- SJKP akan menyemak permohonan dan mengeluarkan jaminan pembiayaan keada institusi kewangan.
- Institusi kewangan mengemukakan surat tawaran (LO) kepada pelanggan setelah berjaya mendapatkan Jaminan Pembiayaan daripada SJKP.
- Peminjam menerima LO dan memiliki rumah idaman mereka selepas institusi kewangan mengeluarkan pembiayaan.
2. Cara Memohon Skim Pembiayaan Perumahan i-Biaya Rumah Pertamaku (SRP)
- Cari rumah idaman anda.
- Dapatkan dokumen yang berkaitan seperti draf perjanjian jual beli . resit bayaran tempatan dan lain-lain
- Semak kelayakan anda untuk pembiayaan di bawah SRP
- Sediakan dokumen sokongan anda seperti slip gaji, penyata
- Hantar permohonan pembiayaan perumahan SRP anda ke cawangan bank-bank yang mengambil bahagian.
3. Cara Memohon Skim Pembiayaan Perumahan i-Biaya Rent-To-Own PR1MA
- PENDAFTARAN – Daftar akaun anda dan permohonan di www.pr1ma.my
- PEMILIHAN UNIT – Pemilihan unit sedia ada Offer0to-Purchase (OTP) akan dikeluarkan
- PERMOHONAN – Pemohon mula permohonan Skim RTO bersama Maybank di www.maybank2own.com
- PENGESAHAN – Wakil dari Maybank akan menghubungi Pemohon dan memproses kes tersebut.
- KELULUSAN – Maybank akan mengeluarkan email keputusan permohonan skim RTO kepada Pemohon.
- PENYEDIAAN PERJANJIAN – Perjanjian berkaitan mula disediakan untuk ditandatangani.
- TANDATANGANI PERJANJIAN –
- Hartanah : Perjanjian jual beli (SPA) di antara Pemohon dan PR1MA.
- SKim RTO : Perjanjianpembiayaan di antara Pemohon dan Maybank
- PENYERAHAN HARTANAH : Pemohon menerima kunci rumah daripada PR1MA
Kenyataan Media Skim Pembiayaan Perumahan i-Biaya
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Kementerian Kewangan (MOF) melancarkan inisiatif i-Biaya pada Khamis, dalam usaha kerajaan untuk memudahkan pembiayaan perumahan bagi golongan berpendapatan rendah M40 dan B40.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata selari dengan matlamat Satu Keluarga, Satu Rumah, inisiatif i-Biaya merupakan satu langkah integrasi untuk menyatukan semua inisiatif di bawah satu bumbung.
“KPKT melaksanakan inisiatif ini berpaksikan ketersediaan rumah mampu milik di lokasi-lokasi strategik, kemampuan pembeli di mana KPKT menerima nasihat daripada pelbagai pemegang taruh termasuk Bank Negara Malaysia (BNM) serta (meneliti) kemudahan pembiayaan untuk B40 dan M40,” katanya pada majlis pelancaran i-Biaya di sini.
Tiga inisiatif yang ditawarkan di bawah i-Biaya ialah penambahbaikan kepada skim sedia ada iaitu Skim Jaminan Kredit Perumahan yang ditawarkan menerusi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) Bhd dengan peruntukan RM3 bilion; Skim Rumah Pertamaku (SRP) oleh Cagamas SRP Bhd (Cagamas) dan Skim PR1MA ‘Rent-to-Own’ oleh Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA RTO).
Sementara itu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata MOF komited untuk terus menyokong dengan membuka akses kepada pembiayaan terutama bagi golongan B40 dan M40 yang menghadapi kesukaran mendapatkan pembiayaan dalam usaha mereka memiliki rumah sendiri.
“Bagi SRP, ia dijangka memberi manfaat kepada 25,000 pemohon dalam kalangan B40 dan M40, dengan anggaran nilai pembiayaan sebanyak RM5.9 bilion.
“Antara faktor penyumbang kepada sasaran ini ialah komitmen kerajaan melalui insiatif Jamin Kerja yang menyasarkan 600,000 peluang pekerjaan, dengan peruntukan berjumlah RM4.8 bilion,” katanya.
Beliau berkata menerusi fokus kepada peluang pekerjaan serta peningkatan kemahiran dalam kalangan B40 dan M40 termasuk golongan belia, peningkatan pendapatan yang diperolehi akan membolehkan mereka memanfaatkan pelbagai skim pemilikan kediaman melalui i-Biaya.
Skim pembiayaan SRP akan membuka peluang pembiayaan kepada mereka yang mempunyai pendapatan RM10,000 ke bawah untuk kediaman bernilai sehingga RM500,000.
Selain itu, peluasan jaminan Skim Jaminan Kredit Perumahan juga akan membolehkan mereka yang tidak mempunyai penyata gaji atau dokumen sewajarnya terutama mereka yang terlibat dalam ekonomi gig, memohon pembiayaan perumahan.
Selain itu, skim PR1MA RTO pula akan membolehkan mereka yang berminat untuk menyewa dan kemudiannya membeli mengikut harga yang telah ditetapkan pada tahun keenam, melalui pembiayaan oleh Maybank.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang Skim Pembiayaan Perumahan i-Biaya, sila rujuk Soalan Lazim pada lampiran atau pautan berikut:
HOPE-KPKT-IBIAYADownload
https://www.kpkt.gov.my/kpkt/resources/user_1/LAMAN%20UTAMA/FLOATING_BANNER/HOPE_Q_A.pdf
Terima kasih. Semoga dengan sedikit perkongsian tentang Skim Pembiayaan Perumahan i-Biaya ini dapat membantu anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com