Cara Tebus Baucer Buku Semarak Membaca 2022

Cara Tebus Baucer Buku Semarak Membaca 2022

Cara Tebus Baucer Buku Program Penebusan Baucar Buku Semarak Membaca 2022

Jangan lepaskan peluang untuk membeli banyak bahan bacaan melalui baucar buku Semarak Membaca!

Bagi menggalakkan dan memupuk semangat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Perpustakaan Negara Malaysia dan rakan-rakan industri buku Malaysia telah memperkenalkan program Baucar Buku Semarak Membaca (BBSM).

BBSM adalah inisiatif awal untuk merancakkan kembali industri buku yang telah terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 yang melanda dunia dan Malaysia khususnya sejak penghujung tahun 2019.

Berikut dikongsikan cara tebus baucer buku program semarak membaca 2022 untuk makluman anda.

Baca Juga: Pendaftaran Kursus Kahwin Online:Cara Daftar Kursus Kahwin Online Seluruh Negara

Objektif BBSM

Objektif utama program Baucar Buku Semarak Membaca (BBSM) adalah seperti yang berikut:

  • Membantu memulihkan dan merancakkan industri buku tempatan
  • Memberi insentif dan galakan kepada pembaca untuk membeli buku
  • Menambah bilangan pendaftaran baharu keahlian u-Pustaka

Baca Juga: Pasang Kalkulator Sanintifik Di Komputer:Cara Mudah Memasangnya

Cara Tebus Baucer Buku Program Semarak Membaca

Secara umumnya, terdapat 3 cara untuk membuat penebusan baucar BBSM:

  • BBSM @ Kedai Fizikal
  • BBSM @ Edagang
  • BBSSM @ Dalam Talian

Artikel Lain: Permohonan Laptop Tablet Percuma IPT PerantiSiswa 2022 Bermula 15 April

Cara Tebus Baucer Buku Program Semarak Membaca BBSM @ Kedai Fizikal

Baucar BBSM boleh digunakan di sebanyak 170 kedai fizikal seluruh Malaysia yang mengambil bahagian dalam program ini.

Dengan penebusan baucar ini, anda layak mendapat diskaun sebbanyak RM10 bagi setiap pembelian buku.

Senarai kedai buku fizikal boleh disemak di laman rasmi BBSM di alamat https://semarakmembaca.com/bbsm-kedai-fizikal/

Baca Di Sini: Dual Language Programme Malaysia:Pengenalan & Maklumat Penting DLP

Cara Tebus Baucer Buku Program Semarak Membaca BBSM @ Edagang

Sekiranya kedai buku berhampiran tempat tinggal anda tidak menjual buku yang ada ingini, anda boleh juga membeli buku tersebut secara online melalui laman Edagang Shopee.

Sebanyak 200 buah kedai dalam talian mengambil bahagian dalam program BBSM ini dan anda boleh menggunakan baucar buku Semarak Membaca untuk mendapatkan diskaun apabila membeli buku daripada kedai-kedai dalam talian ini.

Untuk melihat senarai kedai buku yang mengambil bahagian, sila lawati halaman khas BBSM di alamat https://semarakmembaca.com/bbsm-shopee/

Baca Juga: Hadiah Latihan Persekutuan 2022: Semakan Permohonan HLP KPM

Cara Tebus Baucer Buku Program Semarak Membaca BBSM @ Dalam Talian

Pilihan ketiga adalah membeli buku daripada laman e-Sentral.

e-Sentral merupakan sebuah stor e-buku terbesar di Asia Tenggara e-Sentral merupakan sebuah stor e-buku terbesar di Asia Tenggara yang dihasilkan oleh syarikat tempatan.

Sehingga tahun 2022, eSentral mempunyai lebih 700,000 pengguna dengan menawarkan lebih 250,000 koleksi judul dari penerbit dan penulis dalam dan luar negara.

Anda hanya perlu muat turun aplikasi pembaca eSentral yang terdapat di Google Playstore atau Appstore daripada pautan di bawah:

App Store – Untuk pengguna iOS

Google Play – Untuk pengguna Android

Baca juga: Bantuan MRSM Pelajar B40:Program Budi MARA

Kenyataan Media Cara Tebus Baucer Buku Program Semarak Membaca 2022

Agihan Baucar Buku Semarak Membaca 2022 bernilai RM10 setiap satu boleh ditebus bermula 1 April hingga 31 Ogos depan, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata program yang memberi manfaat kepada 190,000 penerima diperluas kepada 371 kedai buku tahun ini berbanding 168 kedai buku tahun lepas, susulan mendapat respon positif daripada masyarakat.

“Baucar akan diedarkan kepada 371 kedai buku terdiri daripada 170 kedai buku fizikal, satu kedai buku secara dalam talian E-Sentral Ebook Portal dan 200 kedai buku e-dagang menerusi aplikasi Shopee sebagai satu platform baharu untuk memperluaskan lagi program penebusan ini.

“Penerima baucar layak menebus atau menikmati potongan diskaun dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM20 dan ke atas dalam satu resit transaksi,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Baucar Buku Semarak Membaca 2022 di sini hari ini.

Sementara itu, Nancy berkata kementeriannya bersetuju meneruskan Program Baucar Buku Semarak Membaca melalui PNM tahun ini untuk melestarikan budaya membaca dalam kalangan rakyat selaras dengan gagasan menjadikan Malaysia negara membaca menjelang 2030.

“Untuk tujuan itu, sebanyak RM2 juta telah diperuntukkan kepada PNM di bawah Insentif Pemberian Baucar dan Diskaun bagi Produk Kesenian dan Kebudayaan pada 2022,” katanya.

Program Penebusan Baucar Buku Semarak Membaca diadakan buat kali pertama pada 21 Oktober hingga 30 November tahun lepas, dengan manfaat selain diskaun, penerima baucar buku juga didaftarkan sebagai ahli u-Pustaka secara automatik yang berpeluang mengakses bahan bacaan digital secara percuma pada bila-bila masa. Senarai kedai buku terlibat bagi penebusan baucer boleh didapati di www.semarakmembaca.com

Baca Juga: Cara Permohonan Rayuan Kemasukan Sekolah Khusus & Tarikh Pendaftaran Online

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut tentang cara tebus baucer buku semarak membaca atau pertanyaan lain berkaitan cara tebus baucer buku ini anda boleh hubungi pengurus acara program cara tebusbaucer buku semarak membaca ini seperti berikut:

Tel: +603-7880 5840

Fax: +603-78805841

E-mel: [email protected]

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Cara Tebus Baucer Buku Program Semarak Membaca 2022 ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment