STR Fasa 3 : Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran Diterima
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023 : SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN STR FASA 3 & JUMLAH BAYARAN YANG DITERIMA
Dalam pembentangan Belanjawan 2023, Perdana Menteri telah mengumumkan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah, iaitu STR, di mana isi rumah dengan pendapatan kurang RM2,500 layak menerima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak.
STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
Kerajaan juga akan memberi bantuan STR tambahan RM600 kepada isi rumah termiskin mengikut data e-Kasih.
Bayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2 telah diagihkan pada 17 Januari dan 5 April 2023.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bayaran STR Fasa 3.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Penerima STR Fasa 3
LHDN memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 2 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari.
Ini bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini STR yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 3 kepada penerima STR yang layak.
JUMLAH BAYARAN STR FASA 3
Kategori | Pendapatan Bulanan | Bil. Anak | Jumlah Bayaran |
Isi Rumah (Tiada Had Umur) | RM2500 ke bawah | 0 | RM300 |
1-2 | RM400 | ||
3-4 | RM600 | ||
5 dan lebih | RM800 |
Kategori | Pendapatan Bulanan | Bil. Anak | Jumlah Bayaran |
Isi Rumah (Tiada Had Umur) | RM2500 – RM5000 | 0 | RM0 |
1-2 | RM150 | ||
3-4 | RM200 | ||
5 dan lebih | RM250 | ||
Kategori | Pendapatan Bulanan | Bil. Anak | Jumlah Bayaran |
Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas) | RM5000 ke bawah | 0 | RM200 |
Kategori | Pendapatan Bulanan | Bil. Anak | Jumlah Bayaran |
Bujang (21-59 tahun) | RM2500 ke bawah | 0 | RM150 |
Kategori | Pendapatan Bulanan | Bil. Anak | Jumlah Bayaran |
Bujang OKU (19-59 tahun) | RM2500 ke bawah | 0 | RM150 |
Sumber: https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/str.html
Tarikh Bayaran STR Fasa 3
Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa ke-3 (STR Fasa 3) adalah pada Julai 2023.
Kami akan mengemaskini tarikh bayaran STR Fasa 3 yang tepat setelah mendapat maklumat rasmi dari kementerian kewangan Malaysia tentang STR Fasa 3.
Cara Semakan STR Fasa 3
Semakan status STR Fasa 3 boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Sila rujuk panduan semakan seperti di bawah:
- Klik lok masuk MySTR
- Masukkan nombor Mykad pemohon
- Pengesahan kata kunci keselamatan
- Maklumat yang akan dipaparkan :
- Nama pemohon
- No Mykad pemohon
- Status permohonan
- Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
- Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
- Masukkan kata laluan
Lupa Kata Laluan STR
Untuk makluman, segala maklumat asal BKM telah tersedia ada dalam akaun MYSTR.
Oleh itu, untuk login ke akaun STR, anda perlu menggunakan kata laluan seperti dalam Portal BKM dahulu.
Log Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
Berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan jika mengalami masalah terlupa password BKM yang terdahulu:
- Layari laman web STR di pautan: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik “Terlupa Kata Laluan“
- Masukkan nombor MyKad 12 digit dan klik “Semak”.
- Masukkan e-mel yang didaftarkan & klik “Seterusnya”.
- Semak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul, kemudian klik “Ya”.
- Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik “Seterusnya”.
- Masukkan kata laluan dan baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik “Tukar Kata Laluan”.
- Anda akan menerima notifikasi Penukaran ID pemohon telah berjaya.
- Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
Sebarang bantuan lanjut STR Fasa 3, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.
Soalan Lazim STR Fasa 3
1. S: Apakah Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?
J: STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
2. S: Siapakah yang layak menerima STR?
J: Pemohon layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:
i. Isi Rumah
a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
ii. Warga Emas Tiada Pasangan
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
iii. Bujang
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
3. S: Bilakah permohonan STR akan dibuka?
J: Permohonan STR boleh dibuat:
i. Secara dalam talian mulai 01 Mac 2023 – 31 Mac 2023
ii. Secara borang kertas mulai 08 Mac 2023 – 31 Mac 2023
*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa
4. S: Bagaimanakah kaedah bayaran STR dilaksanakan?
J: Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:
i. Kredit ke Akaun Bank
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan secara berperingkat.
ii. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
a) Tiada maklumat akaun bank
b) Status pengkreditan gagal kredit
5. S: Siapakah layak terima kadar tambahan RM600 STR?
J: Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:
i. penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
ii. mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
6. S: Bagaimanakah kaedah penyaluran sumbangan kadar tambahan STR?
J: Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang STR Fasa 3 dan pertanyaan lain berkaitan STR Fasa 3, sila rujuk :
Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) STR Fasa 3 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang STR Fasa 3 ini cara Semakan Status, Tarikh Bayaran & Jumlah Bayaran Diterima ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com