Tarikh Bayaran STR Fasa 4 :Sumbangan Tunai Rahmah
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023 : STATUS PENERIMA BAYARAN STR FASA 4 & JUMLAH BAYARAN YANG DITERIMA TARIKH BAYARAN
Tarikh Bayaran STR Fasa 4. Dalam pembentangan Belanjawan 2023, Perdana Menteri telah mengumumkan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah, iaitu STR, di mana isi rumah dengan pendapatan kurang RM2,500 layak menerima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak.
STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
Kerajaan juga akan memberi bantuan STR tambahan RM600 kepada isi rumah termiskin mengikut data e-Kasih. STR Fasa 4 2023
Bayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2 telah diagihkan pada 17 Januari dan 5 April 2023, manakala Fasa 3 telah diagihkan mulai 26 Jun 2023.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bayaran Tarikh bayaran STR Fasa 4 2023.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Kadar Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 Mengikut Kategori
Jika anda merupakan penerima STR Fasa 1, 2 dan 3, anda akan menerima bayaran seperti berikut:
JUMLAH BAYARAN STR FASA 4 2023
Kategori | Pendapatan Bulanan | Bil. Anak | Jumlah Bayaran |
Isi Rumah (Tiada Had Umur) | RM2500 ke bawah | 0 | RM200 |
1-2 | RM600 | ||
3-4 | RM900 | ||
5 dan lebih | RM1200 |
Kategori | Pendapatan Bulanan | Bil. Anak | Jumlah Bayaran |
Isi Rumah (Tiada Had Umur) | RM2500 – RM5000 | 0 | RM0 |
1-2 | RM0 | ||
3-4 | RM300 | ||
5 dan lebih | RM500 |
Kategori | Pendapatan Bulanan | Bil. Anak | Jumlah Bayaran |
Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas) | RM5000 ke bawah | 0 | RM200 |
Kategori | Pendapatan Bulanan | Bil. Anak | Jumlah Bayaran |
Bujang (21-59 tahun) | RM2500 ke bawah | 0 | RM0 |
Kategori | Pendapatan Bulanan | Bil. Anak | Jumlah Bayaran |
Bujang OKU (19-59 tahun) | RM2500 ke bawah | 0 | RM0 |
Sumber: Laman Rasmi STR
Cara Semakan Status Bayaran STR Fasa 4 2023
Semakan status STR Fasa 4 2023 boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Sila rujuk panduan di bawah:
- Klik lok masuk MySTR
- Masukkan nombor Mykad pemohon
- Pengesahan kata kunci keselamatan
- Maklumat yang akan dipaparkan :
- Nama pemohon
- No Mykad pemohon
- Status permohonan
- Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
- Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
- Masukkan kata laluan
- Disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.
Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah STR Fasa 4 2023
Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah STR bagi Fasa ke 4 adalah pada November 2023.
Dapatkan voucher dan pelbagai barangan Jualan Rahmah untuk membantu anda berjimat setiap bulan. Di SINI
Lupa Kata Laluan STR Sumbangan Tunai Rahmah
Untuk makluman, segala maklumat asal BKM telah tersedia ada dalam akaun MYSTR.
Oleh itu, untuk login ke akaun STR, anda perlu menggunakan kata laluan seperti dalam Portal BKM dahulu.
Log Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
Berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan jika mengalami masalah terlupa password BKM yang terdahulu:
- Layari laman web STR di pautan
- Klik “Terlupa Kata Laluan“
- Masukkan nombor MyKad 12 digit dan klik “Semak”.
- Masukkan e-mel yang didaftarkan & klik “Seterusnya”.
- Semak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul, kemudian klik “Ya”.
- Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik “Seterusnya”.
- Masukkan kata laluan dan baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik “Tukar Kata Laluan”.
- Anda akan menerima notifikasi Penukaran ID pemohon telah berjaya.
- Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.
Kadar Tambahan Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah STR 2023
Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:
penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar yang berdaftar dalam e-Kasih
mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas MyKasih bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan.
Selain itu, anda boleh mendapatkan pakaian serendah RM9.90 pada setiap hari, mulai jam 12.00 tengah hari hingga 2.00 petang di Shopee. Klik sini untuk info lanjut.
Untuk maklumat lanjut tentang pembayaran STR bagi Fasa 1 hingga Fasa 4, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) Sumbangan Tunai Rahmah dalam ruangan di bawah:
Soalan Lazim
Bilakah pendaftaran STR 2023 dibuka?
Permohonan STR boleh dibuat:
Secara dalam talian mulai 01 Mac 2023 – 31 Mac 2023
Secara borang kertas mulai 08 Mac 2023 – 31 Mac 2023
*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa
Bagaimanakah cara membuat Permohonan STR 2023?
Anda boleh membuat Permohonan BKM 2022 seperti berikut:
i. Permohonan Secara Dalam Talian
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
ii. Permohonan Melalui Borang
Borang Permohonan STR didapati secara percuma di:
a. Portal Rasmi STR 2023 LHDNM; atau
b. Cawangan LHDNM / Pusat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM /
Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat permohonan?
Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perlu
dikemukakan adalah seperti berikut:
i. Pemohon:
a. Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
b. Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
c. Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
d. Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
e. Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
ii. Pasangan:
a. Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
b. Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
iii. Anak:
a. Anak Kandung
– Salinan MyKad / MyKid; dan
– Salinan Sijil Lahir
b. Anak Angkat
– Salinan MyKad / MyKid; dan
– Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN
Borang Serahan Dokumen Sokongan BKM 2022 (BK-04) perlu diisi semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke LHDNM ATAU boleh memuatnaik ke sistem BKM semasa permohonan secara dalam talian.
Bilakah bayaran STR Fasa 2 akan diterima?
BKM Fasa 2 akan diterima mulai April 2023.
Berapakah bayaran STR Fasa 2 akan diterima bagi setiap kategori?
Jumlah bayaran STR Fasa 2 adalah seperti jadual berikut.
JUMLAH BAYARAN STR FASA 2
i) Kategori Isi Rumah Kahwin – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:
0 anak : RM 200
1-2 anak : RM200
3-4 anak: RM200
5 anak dan lebih : RM200
B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000
0 anak : RM200
1-2 anak : RM200
3-4 anak: RM200
5 anak dan lebih : RM200
ii) Kategori Warga Emas (59 tahun ke bawah)
Pendapatan RM5000 ke bawah : RM100
iii) Kategori Bujang 21-59 tahun
Pendapatan RM2500 ke bawah: RM100
iv) Kategori Bujang OKU 19-59 tahun
Pendapatan RM2500 ke bawah: RM100
Bilakah STR Fasa 3 akan dikreditkan?
Bayaran STR Fasa 3 akan dibayar pada Julai 2023.
Berapakah bayaran STR Fasa 3 yang akan diterima bagi setiap kategori?
Jumlah bayaran STR Fasa 3 adalah seperti jadual berikut.
JUMLAH BAYARAN STR FASA 3
i) Kategori Isi Rumah Kahwin – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:
0 anak : RM 300
1-2 anak : RM400
3-4 anak: RM600
5 anak dan lebih: RM800
B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000
0 anak : RM0
1-2 anak : RM150
3-4 anak: RM200
5 anak dan lebih: RM250
ii) Kategori Warga Emas (59 tahun ke bawah)
Pendapatan RM5000 ke bawah : RM200
iii) Kategori Bujang 21-59 tahun
Pendapatan RM2500 ke bawah: RM150
iv) Kategori Bujang OKU 19-59 tahun
Pendapatan RM2500 ke bawah: RM150
Bilakah bayaran STR Fasa 4 akan dibuat?
Bayaran STR Fasa 4 dijangka akan diterima pada November 2023.
Berapa jumlah bayaran STR Fasa 4 2023?
JUMLAH BAYARAN STR FASA 4 2023
i) STR Fasa 4 2023Kategori Isi Rumah Kahwin – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:
0 anak : RM 200
1-2 anak : RM600
3-4 anak: RM900
5 anak dan lebih: RM1200
B. STR Fasa 4 2023 Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000
0 anak : RM0
1-2 anak : RM0
3-4 anak: RM300
5 anak dan lebih: RM500
ii) STR Fasa 4 2023 Kategori Warga Emas (59 tahun ke bawah)
Pendapatan RM5000 ke bawah : RM200
iii) STR Fasa 4 2023 Kategori Bujang 21-59 tahun
Pendapatan RM2500 ke bawah: RM0
iv) STR Fasa 4 2023 Kategori Bujang OKU 19-59 tahun
Pendapatan RM2500 ke bawah: RM0
Berapa kalikah bayaran STR akan diterima?
Bayaran akan dibuat sebanyak 4 kali.
Berapakah jumlah bayaran STR yang akan diterima oleh kategori Bujang?
RM350
Berapakah jumlah bayaran STR yang akan diterima oleh kategori warga emas?
RM600
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Tarikh bayaran STR Fasa 4 2023 dan pertanyaan lain berkaitan Tarikh bayaran STR Fasa 4 2023 , sila rujuk :
Laman web rasmi Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) STR Fasa 4 2023 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Tarikh bayaran STR Fasa 4 2023 ini cara Semakan Status, Tarikh Bayaran & Jumlah Bayaran Diterima STR bagi Fasa 4 ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com