Wang Ihsan Banjir:Permohonan Wang Ihsan RM1000 & Bantuan Pengurusan Kematian RM10000
Permohonan Bantuan Wang Ihsan RM1000 Bagi Isi Rumah Terjejas Banjir
TERKINI: Bantuan Wang Ihsan (BWI)RM1000 Untuk Setiap Ketua Isi Rumah Terjejas Banjir
Kerajaan bersetuju menyediakan peruntukan awal RM100 juta untuk pasca banjir bagi membaiki kerosakan rumah dan infrastruktur lain, umum Perdana Menteri, DS Ismail Sabri dalam sebuah sidang media terkini.
Bantuan ini turut melibatkan Bantuan Wang Ihsan, di mana setiap ketua isi rumah terjejas banjir akan menerima sumbangan RM1000.
Manakala kes kematian akan mendapat sumbangan RM10000 berbanding RM5000 seperti sebelum ini.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Wang Ihsan, syarat-syarat kelayakan mendapatkan bantuan RM1000 & RM10,000 sumbangan kematian serta cara membuat permohonan.
Apakah Bantuan Wang Ihsan (BWI) Untuk Mangsa Banjir Yang Diumumkan?
Kerajaan bersetuju menaikkan kadar Bantuan Wang Ihsan (BWI) daripada RM500 kepada RM1,000 bagi setiap ketua isi rumah terjejas ketika Monsun Timur Laut atau terkesan dengan lain-lain bencana yang diisytiharkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP).
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu dicapai menerusi Mesyuarat JPBP dipengerusikan beliau pada 13 September lalu sebagai membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap mangsa bencana ditambah pula dengan impak ekonomi rakyat akibat pandemik Covid-19.
Syarat Kelayakan Bantuan Wang Ihsan (BWI)
Syarat kelayakan bantuan wang ihsan banjir adalah seperti berikut:
- BWI hanya diberikan kepada setiap Ketua Isi Rumah warganegara Malaysia sahaja.
- Setiap permohonan hendaklah disahkan oleh Pegawai Daerah bahawa mangsa adalah benar-benar terjejas dengan bencana banjir yang dimaksudkan.
- Hanya 1 rumah sahaja yang terlibat layak untuk mendapat sekali BWI tanpa mengira isi rumah / keluarga.
- Kelayakan BWI Bencana Banjir hanya diberika sekali dalam tempoh musim bencana yang telah diiystiharkan. Sekiranya bencana berkalu melebihi daripada sekali dalam tempoh bencana, maka tiada bantuan kedua, ketiga atau seterusnya yang akan diberikan.
Jumlah Amaun Kelayakan Bantuan Wang Ihsan (BWI)
Jumlah yang akan diterima adalah RM1000 bagi setiap Ketua Isi Rumah tanpa mengira jumlah isi rumah / keluarga.
Terkini, NADMA turut memaklumkan bahawa waris mangsa kematian pula akan mendapat RM10,000 berbanding RM5000 seperti yang diumumkan sebelum ini.
Cara Permohonan Bantuan Wang Ihsan (BWI)
Permohonan boleh dibuat secara manual melalui Pejabat Daerah masing-masing.
Bagi yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Ketua Isi RUmah (KIR) boleh merujuk kepada petugas PPS masing-masing.
Bagi yang tidak berpindah ke PPS, Tuan / Puan perlu memohon kepada Ketua Komuniti / Pegawai Daerah masing-masing.
Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada pengesahan Pegawai Daerah sekali Pengerusi JKawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).
*Tiada permohonan secara online.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk permohonan bergantung kepada kategori pemohon:
- Mereka yang mendaftar ke PPS dengan kad pengenalan tidak perlu membuat permohonan. Permohonan mereka akan terus diuruskan oleh pihak JKM.
- Mereka yang mendaftar ke PPS tanpa kad pengenalan perlu mendaftar dengan ketua-ketua masyarakat.
- Mereka yang tidak berpindah ke PPS, perlu mendaftar dengan ketua-ketua masyarakat.
SOALAN LAZIM BERKAITAN DENGAN BANTUAN WANG IHSAN (BWI) RM1,000 KEPADA MANGSA YANG TERJEJAS DENGAN BENCANA BANJIR
Untuk info lanjut, sila hubungi Pejabat Daerah terlibat di nombor telefon berikut:
Sumber : https://www.facebook.com/nadma.pmd/posts/211578341165386
Kenyataan Terkini Bantuan Wang Ihsan Mangsa Banjir RM1000 & Bantuan Pengurusan Kematian RM10000
SHAH ALAM: Semua ketua isi rumah yang terkesan akibat bencana wajar menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) setiap kali ditimpa musibah berkenaan berbanding kelayakan sebelum ini yang hanya diberikan sekali pada tempoh bencana.
Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Dr Aminuddin Hassim, berkata atas keprihatinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri baru-baru ini memutuskan supaya semua ketua isi rumah boleh menuntut BWI setiap kali ditimpa banjir dan bencana.
“Ini tertakluk kepada pengesahan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) serta kelulusan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).
“Sehubungan itu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat melalui NADMA, telah menyalurkan peruntukan ke setiap negeri dan daerah bagi agihan wang ihsan.
“JPBP juag sudah mengarahkan JPBN menyegerakan penyaluran bantuan wang ihsan kepada mangsa yang terjejas dan memudahkan lagi proses agihan,” katanya pada sidang media harian Ops Murni, di sini hari ini.
Semalam, kerajaan mengumumkan bantuan pengurusan kematian kepada waris mangsa yang terkorban dalam kejadian banjir dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM10,000 dan pembayaran akan diuruskan JPBD.
Dalam perkembangan berkaitan, Aminuddin berkata, seperti dimaklumkan sebelum ini, kerajaan sudah bersiap-sedia untuk mengatur-gerak menangani sebarang kemungkinan pasca bencana dan semua agensi Persekutuan diminta berbincang dengan JPBN dan JPBD bagi membantu kawasan-kawasan yang terkesan.
“Banjir di kebanyakan negeri telah mula surut dan pihak pengurusan bencana pusat melalui NADMA sudah mengeluarkan arahan kepada semua jawatankuasa di peringkat negeri dan daerah untuk merangka, menyelaras dan mengenal pasti tindakan segera aktiviti-aktiviti berkaitan pasca bencana.
“Di sini kita juga menyeru penggemblengan aset-aset kerajaan dengan penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan supaya memberi perhatian kepada pentafsiran keperluan pasca bencana mangsa.
“Ia adalah ‘Post-Disaster Needs Assessment’ (PDNA) seperti peralatan memasak, bahan memasak, peralatan sekolah dan pembersihan ruang kemudahan awam,” katanya.
Katanya aktiviti pasca bencana juga membabitkan tindakan pemulihan perkhidmatan asas seperti bekalan air, bekalan elektrik, telekomunikasi dan pengurusan sisa pepejal
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut
Orang awam boleh merujuk Portal NADMA atau lampiran FAQ di bawah berkenaan BWI.
Klik ke laman web dikelola Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang memaparkan maklumat terkini bencana banjir, amaran hujan lebat dan paras air sungai di seluruh Malaysia: https://publicinfobanjir.water.gov.my/
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Wang Ihsan Banjir ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com
Wang Ihsan Banjir Wang Ihsan BanjirWang Ihsan Banjir Wang Ihsan Banjir Wang Ihsan Banjir Wang Ihsan Banjir Wang Ihsan Banjir