BSN MyRinggit-i Banjir : Pembiayaan Tanpa Faedah Hingga RM10,000

BSN MyRinggit-i Banjir : Pembiayaan Tanpa Faedah Hingga RM10000

BSN MyRinggit-i Banjir : Pembiayaan Tanpa Faedah Hingga RM10,000

PEMBIAYAAN PERIBADI MYRINGGIT-I BANJIR BSN

BSN menawarkan kemudahan BSN MyRinggit-i Banjir, pembiayaan peribadi bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir.

Jumlah pembiayaan peribadi tanpa faedah khas untuk mangsa banjir, BSN MyRinggit-i Banjir ditingkatkan kepada sehingga RM10,000 berbanding RM5,000 sebelum ini, susulan kenyataan terkini kerajaan.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang BSN My Ringgit-i.

Baca Juga: Penyata Bank Statement:Print Penyata CIMB,MAYBANK,RHB & BSN Cetak Online

Apakah BSN MyRinggit-i Banjir?

BSN MyRinggit-i Banjir menawarkan kadar kosong peratus untuk tempoh pembiayaan 3.5 tahun termasuk moratorium 6 bulan pertama ke atas pembayaran ansuran bulanan buat mangsa-mangsa banjir di seluruh negara.

Kemudahan BSN MyRinggit-i Banjir ini meupakan pembiayaan peribadi yang bertujuan mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir.

Artikel Lain: Cara Tukar Had/Limit Akaun online (Maybank2u Cimb Click i-Rakyat MyBsn RHB Online PBeBank)

Syarat Kelayakan BSN MyRinggit-i Banjir

Syarat kelayakan permohonan BSN MyRinggit-i Banjir adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Tinggal di lokasi yang disahkan terjejas (berdasarkan pengesahan oleh Pegawai Daerah/ JKKK/ Laporan Polis).
  3. Bukan seorang yang muflis.
  4. Hanya satu (1) permohonan sahaja daripada satu isi rumah.

Baca Juga: Semak Cabutan SSP BSN:Check Keputusan Cabutan Sijil Simpanan Premium Tahunan

Tarikh Permohonan

Permohonan akan dibuka mulai 27 Disember 2021.

Mangsa-mangsa terjejas banjir boleh memohon dengan melengkapkan dokumen secara atas talian mulai tarikh yang dinyatakan.

Artikel Lain: Cara Kemaskini No HP CIMB Bank:Cara Tukar No HP CIMB Bank

Cara Permohonan

Untuk memohon, mangsa banjir boleh melengkapkan borang secara dalam talian melalui laman web rasmi BSN, www.bsn.com.my atau terus ke https://www.bsn.com.my/page/bsn-myringgit-i-banjir

Bagi pemohon yang mempunyai masalah atau tidak mempunyai akses untuk ke laman web berkenaan, sila kunjungi cawangan BSN berdekatan bagi membuat permohonan.

Muat Turun Borang Permohonan

Borang permohonan secara dalam talian boleh didapati melalui laman sesawang: bsncheckin.com.my/floodfinancing/applicationform.aspx .

Dokumen Permohonan Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan semasa permohonan adalah seperti berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan bil elektrik rumah yang terjejas
  • Surat pengesahan daripada Pegawai Daerah/JKKK/laporan polis berkenaan rumah yang terjejas

MAKLUMAT PEMBIAYAAN

Kadar Keuntungan0.00%
Had PembiayaanSehingga RM10,000
Tempoh Pembiayaan3.5 tahun termasuk moratorium (rehat bayaran) 6 bulan pertama ke atas pembayaran ansuran bulanan
Kaedah BayaranTunai di kaunter BSNArahan TetapIBG/ e-paymentATM/ CDM/ myBSNMana-mana kaedah yang dibenarkan oleh BSN

TEMPOH PEMBIAYAAN 3 TAHUN

Amaun Pembiayaan (RM)Kadar Keuntungan 0.00%
1,00028
2,00056
3,00084
4,000112
5,000139
6,000167
7,000195
8,000223
9,000250
10,000278

NOTA: Jadual ini hanyalah sebagai rujukan.

Cara Semak Status Permohonan

Pihak BSN akan memaklumkan status permohonan melalui system pesanan ringkas (SMS) dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permohonan dilakukan.

Pelanggan juga boleh menyemak status permohonan dari semasa ke semasa melalui pautan

https://bsncheckin.com.my/FloodFinancing/checkstatus.aspx/

Soalan Lazim

1.Apakah skim BSN MyRinggit-i Banjir? / What is BSNMyRinggit-i Banjir scheme?

BSNMyRinggit-i Banjir merupakan inisiatif kerajaan yang disediakan khusus bagi membantu mereka yang terkesan dengan bencana banjir Disember 2021 di Malaysia dan ditawarkan dalam bentuk pembiayaan peribadi tanpa cagaran. / BSNMyRinggit-i Banjir is a government initiative designed to help those affected by the December 2021 flood in Malaysia and offered in the form of unsecured personal financing.

2.Siapakah yang layak untuk memohon BSNMyRinggit-i Banjir? / Who is eligible to apply for BSNMyRinggit-i Banjir?

Pelanggan yang memenuhi kriteria di bawah layak untuk memohon MyRinggit-i Banjir : / Customers who meet the following criteria are eligible to apply for BSNMyRinggit-i Banjir :

i) Warganegara Malaysia / Malaysian citizen

ii) Tinggal di lokasi yang disahkan terjejas (berdasarkan pengesahan oleh Pegawai Daerah/ JKKK/ Laporan Polis) / Stay at the verified locations of the affected areas (based on the confirmation by the District Officer/ JKKK/ police report)

iii) Bukan seorang yang muflis / Not a bankrupt

iv) Hanya satu permohonan sahaja daripada satu isi rumah / Only one application per household

3. Berapakah amaun pembiayaan yang ditawarkan melalui skim BSNMyRinggit-i Banjir? / How much is the financing amount offered through BSNMyRinggit-i Banjir scheme?

Sehingga RM10,000 / Up to RM10,000

4. Berapa lama tempoh pembiayaan BSNMyRinggit-i Banjir? / How long is the financing tenure of BSN MyRinggit-i Banjir?

3.5 tahun termasuk moratorium (penangguhan bayaran) untuk 6 bulan pertama ke atas pembayaran ansuran bulanan / 3.5 years including moratorium for the first 6 months of monthly instalment

5. Berapakah kadar keuntungan yang dikenakan bagi BSN MyRinggit-I Banjir? / How much is the profit rate imposed for BSN MyRinggit-i Banjir?

0.00%

6. Bagaimanakah cara untuk memohon BSNMyRinggit-i Banjir? / How to apply for BSNMyRinggit-i Banjir?

Pelanggan perlu melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui laman sesawang https://bsncheckin.com.my/floodfinancing/applicationform.aspx . Bagi Pelanggan yang mempunyai masalah / tidak mempunyai akses untuk ke laman sesawang berkenaan, sila kunjungi mana-mana Cawangan BSN yang berdekatan untuk membuat permohonan. / Customer is required to complete the online application form at https://bsncheckin.com.my/floodfinancing/applicationform.aspx website. For customers who have difficulties / do not have access to the respective website, please visit any BSN nearest branch to make an application.

7. Apakah dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan? / What are the supporting documents required?

Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan bagi permohonan BSNMyRinggit-i Banjir : / The following are the list of documents required for BSNMyRinggit-i Banjir application :

i) Salinan Kad Pengenalan / Copy of Identification Card

ii) Salinan bil elektrik rumah yang terjejas / Copy of electricity bill of the affected home

iii) Surat pengesahan daripada Pegawai Daerah/ JKKK/ Laporan Polis berkenaan rumah yang terjejas / Confirmation letter from the District Officer / JKKK/ Police Report in regards to the affected home

8. Bila dan bagaimana untuk mengetahui status permohonan yang telah dibuat? / When and how to find out the status of the application that has been made?

Pihak BSN akan memaklumkan status permohonan melalui system pesanan ringkas (SMS) dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permohonan dilakukan. Pelanggan juga boleh menyemak status permohonan dari semasa ke semasa melalui pautan https://bsncheckin.com.my/FloodFinancing/checkstatus.aspx / BSN will notify the status of application via short messaging system (SMS) within 7 working days from the date of application. Customers may also check the application status from time to time via  https://bsncheckin.com.my/FloodFinancing/checkstatus.aspxlink

9. Bagaimanakah cara-cara untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai BSN MyRinggit-i Banjir? / How to find out more information about BSNMyRinggit-i Banjir?

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai BSN MyRinggit-I Banjir: / For more information about BSN MyRinggit-i Banjir :

1. Sila hubungi 1300-88-1900 / please contact 1300-88-1900

2. Layari laman sesawang BSN / visit our BSN website : https://www.bsn.com.my/IslamicBanking/Financing/bsnmyringgit-i-banjir

3. Kunjungi mana-mana Cawangan BSN yang berdekatan / Visit to any BSN nearest branch.

Baca Juga: Cara Kemaskini No HP Bank Islam:Cara Tukar No HP Bank Islam

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Maklumat lanjut boleh didapati di www.bsn.com.my atau hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900.

Maklumat lain berkaitan Permohonan BSN MyRinggit-i Banjir boleh didapati melalui pautan di bawah:

Tertakluk kepada Terma & Syarat.

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang permohonan BSN MyRinggit-i Banjir ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

14 thoughts on “BSN MyRinggit-i Banjir : Pembiayaan Tanpa Faedah Hingga RM10,000”

  1. pembiayaan ni kira bagi terus ke? atau kena bayar balik? kalau dibandingkan dengan duit sendiri dalam KWSP…

    Reply
  2. Sekiranya ada status bangkrap tak lulus ke? Org yg ada status ni pun kena banjir dan tiada masalah utk bayar balik…sbb ada pendapatan.
    Tidak boleh dipertimbangkan ke.
    Sepatutnya lulus kan ajer lah…sbb dah sain L.O.

    Reply
  3. assalamualaikum..dah apply lebih dari 7 hari..xdpt sms apa pon..nak cek status pon x boleh..hmm

    Reply

Leave a Comment