Cara Block Video Youtube:Setting Sekat Video Youtube Anak
CARA SETTING YOUTUBE ANAK (Block Video Yang Tak Sepatutnya)
CARA SETTING YOUTUBE ANAK
Kanak-kanak kini terdedah dengan penggunaan peranti. Sejak kecil lagi anak-anak dibiasakan dengan menonton kartun di youtube. Apabila meningkat usia, sifat ingin tahu dan ikuiri anak-anak semakin berkembang. Ibu-bapa perlu mengawasi dan emmantau sekiranya anak-anak ini cuba menonton sesuatu yang tidak senonoh di youtube.
Bagi mengelakkan anak-anak daripada menonton video yang tidak bermoral sebegini, ibu bapa perlu aplikasikan cara setting block Youtube pada gajet-gajet anak yang digunakan sama ada di komputer peribadi, laptop, tablet mahu pun ‘smart phone’.
Berikut merupakan cara setting youtube pada gajet anak anda dengan mudah dan berkesan.
Baik Buruk Laman Youtube
Tidak menjadi masalah sekiranya video-video yang baik seperti lagu nasyid, eksperimen sains, ‘educational video’ dan sebagainya ditonton oleh anak-anak dalam proses pembelajaran mereka. Ini kerana, video-video sebegini dapat membantu mereka untuk lebih memahami tentang sesuatu perkara yang dipelajari.
Walau bagaimanapun, tidak semua video dalam laman Youtube bermanfaat buat kita semua. Terdapat lambakan video yang tidak berfaedah yang mana ianya tidak patut ditonton oleh anak-anak kerana boleh mendatangkan kesan negatif kepada mereka. Lihat sahaja gambar di bawah ini sebagai bukti!
Cara Block Video Youtube Yang Tidak Patut Di Tonton
Mungkin anak-anak yang naif ini tidak berniat untuk menonton video-video tersebut. Tetapi, sekiranya laman Youtube berada dalam mode ‘autoplay on’, adalah tidak mustahil untuk video-video sebegitu dipaparkan secara automatik selepas video yang ditonton oleh mereka.
Kita tidak seharusnya memandang enteng terhadap perkara-perkara sebegini. Ianya bukan sesuatu yang remeh kerana boleh menyebabkan keruntuhan akhlak dan moral di kalangan anak-anak serta masyarakat masa kini.
Bagi mengelakkan anak-anak daripada menonton video yang tidak bermoral sebegini, ibu bapa perlu aplikasikan cara block Youtube pada gajet-gajet yang digunakan sama ada di komputer peribadi, laptop, tablet mahu pun ‘smart phone’.
Cara Setting Youtube Restricted Mode Untuk Gajet Anak
- Mula-mula buka aplikasi YouTube dulu. https://www.youtube.com/
- Kemudian pergi ke bahagian Accountkita (ada satu simbol di bahagian kanan atas)
- Tekan butang Settings
- Lepas tu pilih menu General
- Akhir sekali on kan butang Restricted Mode.
Panduan Bergambar Cara Setting Youtube Restricted Mode Untuk Gajet Anak
Rujuk panduan bergambar kat bawah ni:
LANGKAH PERTAMA
Buka Youtube dan tekan butang atas kanan tu.
LANGKAH KEDUA
Pada bahagian Account, tekan butang Setting macam yang dibulatkan di bawah tu.
LANGKAH KETIGA
Nanti keluar paparan macam ni.
Tekan butang General.
LANGKAH KEEMPAT
Anda akan jumpa butang Restricted Mode macam kat bawah ni.
Ok pastikan butang tu dihidupkan.
Nanti ia akan buat tapisan konten yang selamat untuk kanak-kanak.
Cara Setting BLOCK Youtube Restricted Mode Untuk Gajet Anak
KAEDAH UNTUK KOMPUTER PERIBADI, LAPTOP, ATAU TABLET
Langkah 1 : Buka laman Google Chrome menggunakan ‘browser’ Chrome.
Langkah 2 : Cari ‘video blocker’ dan klik pada pilihan pertama dalam senarai.
Langkah 3 : Klik ‘Add to chrome’ dan aplikasi ini akan dimasukkan ke ‘browser’ Chrome anda. Cara Block Video Youtube
Langkah 4 : Pergi ke laman Youtube dan cari sebarang kata kunci video yang ingin di ‘block’. Apabila telah keluar senarai video tersebut, klik kanan pada tajuk video dan klik ‘Block videos from this channel’
Dengan ini, semua video yang dimuatnaik oleh ‘channel’ tersebut akan di‘block’ secara automatik. Anda perlu lakukan langkah ini satu persatu bagi video-video daripada ‘channel’ yang lain pula.
Apabila anda klik pada simbol ‘Video blocker’, akan muncul senarai ‘channel’ yang telah di‘block’ sebentar tadi. Tetapi apabila anda mencari kata kunci lain, masih banyak lagi video yang belum di‘block’ daripada ‘channel’ lain.
Langkah 5 : Klik simbol ‘Video Blocker’ di bahagian atas kanan.
Langkah 6 : Klik ‘Add’. Masukkan nama ‘channel’ ke dalam ruang yang disediakan dan klik simbol ‘+’. (Nama ‘channel’ terdapat di bahagian bawah video – Contoh : ‘Superhero Fun Factory’)
Anda boleh menonton kandungan yang bermanfaat di sini. Cara Block Video Youtube
Cara Block Video Youtube Anak Di Komputer Peribadi / Laptop / Tablet & Gadjet
Berikut merupakan 2 kaedah bagi melaksanakan perkara ini untuk diikuti langkah demi langkah. Setiap satu kaedah diterangkan langkah yang berbeza untuk gajet-gajet tertentu.
Cara Block Video Youtube Anak : ‘SWITCH ON’ RESTRICTED MODE
Penetapan ‘Restricted mode’ boleh didapati dalam laman Youtube sama ada dengan menggunakan komputer peribadi, laptop, tablet mahu pun ‘smart phone’ anda.
I) KAEDAH UNTUK KOMPUTER PERIBADI / LAPTOP ATAU TABLET
Langkah 1 : Buka laman web www.youtube.com.
Langkah 2 : ‘Scroll’ sehingga bahagian bawah sekali sehingga kelihatan pilihan ‘Restricted Mode’ dan klik perkataan ‘Restricted Mode’ tersebut. Cara Block Video Youtube
Langkah 3 : Sejurus selepas itu, akan kelihatan dua butang untuk pilihan ‘On’ dan ‘Off’. Klik butang sebelum perkataan ‘On’ dan klik ‘Save’.
Kini, laman Youtube anda berada dalam keadaan ‘Restricted Mode : On’.
Walau bagaimanapun, sesiapa jua boleh menukar kembali penetapan ‘Restricted Mode’ ini melainkan anda ‘lock’ kaedah ini dengan menggunakan akaun Youtube anda sendiri iaitu anda perlu ‘Sign in’ dan seterusnya lakukan langkah 1 & 2.
II) Cara Block Video Youtube Anak Di ‘SMART PHONE’
Langkah 1 : Buka aplikasi Youtube.
Langkah 2 : Klik tiga titik di bahagian atas kanan aplikasi Youtube anda. Kemudian klik ‘Settings’.
Langkah 3 : Klik ‘General’. Anda dapat lihat bahawa ‘Restricted Mode’ berada dalam keadaan ‘off’. Hanya perlu klik ‘on’ dan laman Youtube dalam ‘smart phone’ anda kini berada dalam keadaan ‘Restricted Mode : On’.
KAEDAH 2: CARA BLOCK YOUTUBE PADA VIDEO TERTENTU
Walaupun ‘Restricted Mode’ pada Youtube telah ditetapkan dalam mode ‘on’, namun masih lagi terdapat video-video yang tidak sepatutnya ditonton terpampang di senarai video atau dimainkan secara automatik melalui mode ’autoplay on’.
Maka, ibu bapa perlu mengikuti langkah-langkah berikut dan ‘block’ video tersebut mengikut ‘channel’ satu demi satu.
I) Cara Block Video Youtube Anak Di KOMPUTER PERIBADI / LAPTOP / ATAU TABLET
Langkah 1 : Buka laman Google Chrome menggunakan ‘browser’ Chrome.
Langkah 2 : Cari ‘video blocker’ dan klik pada pilihan pertama dalam senarai. Cara Block Video Youtube
Langkah 3 : Klik ‘Add to chrome’ dan aplikasi ini akan dimasukkan ke ‘browser’ Chrome anda.
Apabila kelihatan simbol palang merah di bahagian atas kanan, ini bermakna aplikasi ‘Video Blocker’ telah dimasukkan ke ‘browser’ Chrome anda.
Langkah 4 : Pergi ke laman Youtube dan cari sebarang kata kunci video yang ingin di ‘block’. Apabila telah keluar senarai video tersebut, klik kanan pada tajuk video dan klik ‘Block videos from this channel’.
- Dengan ini, semua video yang dimuatnaik oleh ‘channel’ tersebut akan di‘block’ secara automatik. Anda perlu lakukan langkah ini satu persatu bagi video-video daripada ‘channel’ yang lain pula.
- Apabila anda klik pada simbol ‘Video blocker’, akan muncul senarai ‘channel’ yang telah di‘block’ sebentar tadi. Tetapi apabila anda mencari kata kunci lain, masih banyak lagi video yang belum di‘block’ daripada ‘channel’ lain.
- Mungkin juga terdapat video-video lain lagi yang masih belum di‘block’ dan hanya akan kelihatan dalam senarai di bahagian kanan apabila anda klik pada video berkenaan.
- Maka, anda perlu lakukan langkah seterusnya ini untuk ‘block’ video-video tersebut.
Langkah 5 : Klik simbol ‘Video Blocker’ di bahagian atas kanan.
Langkah 6 : Klik ‘Add’. Masukkan nama ‘channel’ ke dalam ruang yang disediakan dan klik simbol ‘+’. (Nama ‘channel’ terdapat di bahagian bawah video – Contoh : ‘Superhero Fun Factory’)
Ulang langkah 6 dan 7 ini sehingga kesemua video yang tidak dikehendaki di‘block’ oleh anda.
II) Cara Block Video Youtube Anak MENGGUNAKAN ‘SMART PHONE’
Sekiranya anda menggunakan ‘smart phone’ untuk membenarkan anak anda menonton video, anda perlu ‘uninstall’ aplikasi Youtube daripada ‘smart phone’ anda.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda tidak berjaya atau tidak mahu ‘uninstall’ aplikasi Youtube ini, disarankan agar anda ‘hide’ aplikasi tersebut dan gantikan dengan alternatif lain.
Cara Block Video Youtube Anak ALTERNATIF 1 : KIDS YOUTUZE PARENTAL CONTROL
Melalui aplikasi ini, ibu bapa boleh memilih sendiri beberapa ‘channel’ yang sesuai untuk ditonton oleh anak. Dengan cara ini, video yang tidak sepatutnya ditonton oleh mereka tidak akan keluar lagi sama ada melalui mode ‘auto play‘ mahu pun senarai video-video yang ada. Cara Block Video Youtube
Cara Block Video Youtube Anak ALTERNATIF 2 : MOBILE FENCE PARENTAL CONTROL
Melalui aplikasi ini pula, ibu bapa bukan sahaja boleh ‘block’ laman web yang tidak bersesuaian untuk anak-anak malah boleh mengawal tempoh masa untuk mereka mengakses media sosial atau bermain ‘game’ menggunakan gajet tersebut dengan kaedah penetapan ‘timer’. Selain itu, ibu bapa juga boleh memeriksa lokasi anak pada bila-bila masa.
Cara Block Video Youtube Anak Kawal Penggunaan Gadjet Anak
Membenarkan anak menggunakan atau memiliki gajet adalah pilihan masing-masing. Sekiranya kita memberi kebenaran kepada mereka untuk menggunakan atau memilikinya, kita sebagai ibu bapa mempunyai kuasa untuk mengawal penggunaan gajet tersebut.
Sekadar mengaplikasikan cara ‘block’ Youtube ini sahaja mungkin tidak memadai. Pantau juga anak dari segi video yang ditonton, gambar yang dilihat serta maklumat yang diakses oleh mereka. Usah biarkan mereka hanyut dalam kebebasan dunia tanpa sempadan ini. Cara Block Video Youtube
Beri perhatian serius dalam setiap hal yang melibatkan anak termasuklah dari aspek penggunaan gajet ini. Jangan apabila nasi sudah menjadi bubur serta berlaku perkara yang tidak diingini, barulah kita menyesali kebebasan yang diberikan kepada anak-anak. Semoga kita semua sentiasa dihindari daripada perkara-perkara negatif yang boleh memudaratkan kita dan masyarakat.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Cara Block Video Youtube untuk anak ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com