Cara Tukar Nama Kenderaan Online (MySikap JPJ)
Cara Tukar Nama Pemilik Kenderaan Online (MySikap)
Bagi pemilik kenderaan, kini anda boleh tukar nama kenderaan anda dengan mudah secara online sahaja melalui portal MySikap.
Dengan kemudahan teknologi, perkara sebegini turut boleh dilakukan secara online sahaja sekaligus lebih menjimatkan masa kerana anda tidak perlu beratur panjang dengan ke kaunter.
Berikut dikongsikan cara untuk anda tukar nama kenderaan anda secara online melalui MySikap untuk memudahkan anda.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Apa itu MySikap?
MySikap merupakan sistem dalam talian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menawarkan pelbagai servis dan perkhidmatan dalam talian kepada orang ramai.
Penggunaan sistem sebegini memberikan fleksibiliti masa kepada orang ramai untuk melakukan pelbagai urusan dengan JPJ tanpa mengira masa dan lebih penting turut menjimatkan masa mereka kerana tidak lagi perlu beratur panjang di kaunter.
Cara Daftar MySikap Tukar Nama Kenderaan JPJ Online
Buat kali pertama, pendaftaran perlu dilakukan di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan yang terdekat dengan membawa MyKad / MyPR / Paspot. Nombor Rujukan akan diberikan sejurus proses pendaftaran selesai. Nombor rujukan ini akan digunakan untuk proses daftar masuk kali pertama.
Selepas anda mendapat nombor rujukan, berikut adalah cara daftar masuk kali pertama MySikap:
- Layari pautan MySikap: https://public.jpj.gov.my/public/login.zul
- Klik pada Daftar/Log Masuk Kali Pertama
- Isikan butiran dalam ruangan yang tertera.
- Pastikan pada ruangan No. Rujukan ini hanya perlu diisikan sekiranya menerima no. rujukan semasa membuat permohonan pendaftaran di kaunter JPJ.
- Nombor rujukan ini akan tamat tempoh dalam masa tujuh (7) hari daripada tarikh dikeluarkan.
- Sekiranya pendaftaran anda berjaya, ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.
- Log masuk menggunakan Kata laluan sementara dan ikut langkah seterusnya untuk selesaikan proses pendaftaran
Untuk cara pendaftaran secara lebih terperinci baca: mySIKAP:Cara Daftar, Login, Semak Saman & Bayar Saman JPJ Online public.jpj.gov.my
Perkhidmatan Disediakan MySikap
Berikut merupakan antara servis dan perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh pihak JPJ melalui portal MySikap:
- Semakan saman JPJ
- Pembayaran saman secara online
- Rayuan bagi lesen memandu tamat tempoh online
- Pindah milik nama kenderaan online
- Perbaharui dan batalkan lesen kenderaan motor (LKM) dan cukai jalan online
- Pembaharuan lesen online
- Permohonan permit memandu antarabangsa online
- Perkhidmatan yang disediakan melalui portal MySikap mungkin berubah atau bertambah dari semasa ke semasa.
Cara Tukar Nama Kenderaan Online MySikap
Bagi urusan penukaran nama pemilik kenderaan, kedua-dua pihak berikut perlu mengikut langkah-langkah di bawah bagi melengkapkan urusan tukar nama kenderaan mereka:
1. Pemilik lama
Cara tukar nama kenderaan online melalui MySikap bagi pemilik lama atau pemilik asal kenderaan boleh ikuti langkah berikut:
- Layari laman JPJ di alamat https://www.jpj.gov.my/
- Kemudian, klik pada perkhidmatan MySikap
- Bagi pengguna pertama kali, sila klik pada pautan Daftar. Bagi yang sudah mempunyai akaun di MySikap, anda boleh klik pada Log Masuk
- Klik pada tab Kenderaan
- Klik pada pilihan “Permohonan Pertukaran Hak Milik Kenderaan (Pemilik Berdaftar)
- Masukkan nombor plat kenderaa
- Klik butang Teruskan
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan emel pemil baru
- Sahkan permohonan
- Hanya setelah langkah-langkah di atas telah dilengkapkan, pemilik baru boleh melakukan langkah-langkah di bawah untuk melengkap keseluruhan proses tukar nama kenderaan ini.
2. Pemilik baru
Cara tukar nama kenderaan online melalui MySikap bagi pemilik baru atau pembeli kenderaan boleh ikuti langkah berikut:
- Layari laman JPJ di alamat https://www.jpj.gov.my/
- Kemudian, klik pada perkhidmatan MySikap
- Bagi pengguna pertama kali, sila klik pada pautan Daftar. Bagi yang sudah mempunyai akaun di MySikap, anda boleh klik pada Log Masuk
- Klik pada tab Kenderaan
- Klik pada pilihan “Permohonan Pertukaran Hak Milik Kenderaan (Pemilik Baharu)
- Masukkan nombor plat kenderaan
- Klik butang Seterusnya
- Lengkapkan pengisytiharaan kenderaan – Pilih Semenanjung sekiranya anda tinggal di Semenanjung Malaysia
- Klik Setuju
- Lengkapkan pembayaran
- Cetak resit dan bawa ke pejabat JPJ berhampiran
Soalan Lazim
1.Adakah pengguna yang mendaftarkan diri sebagai pengguna peribadi boleh mendaftarkan diri sebagai wakil agensi?
Boleh, kerana ID pengguna peribadi tidak sama dengan ID pengguna syarikat walaupun pengguna peribadi telah mendaftarkan diri sebagai wakil syarikat. No. MyKad yang telah digunakan oleh pengguna peribadi semasa pendaftaran syarikat hanyalah untuk tujuan pengesahan sahaja.
2.Apakah syarat-syarat untuk saya mewujudkan akaun di portal mySIKAP?
- Orang awam Malaysia yang mempunyai MyKad yang sah atau
- Penduduk tetap Malaysia yang mempunyai MyPR yang sah; atau
- Pemegang paspot yang belum tamat tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh pendaftaran ID mySIKAP;
- Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun; dan
- Mempunyai sekurang-kurangnya satu rekod dengan JPJ.
3.Bagaimanakan caranya untuk melindungi ID Pengguna dan Kata Laluan saya?
- Anda dinasihatkan agar tidak mendedahkan ID Pengguna dan Kata Laluan kepada orang lain termasuklah melalui emel atau telefon.
- Pastikan anda Daftar Keluar setelah selesai segala urusan online dengan JPJ.
- Tukar Kata Laluan anda secara berkala atau sekiranya anda merasakan Kata Laluan anda diketahui orang lain.
- Gunakan Kata Laluan yang unik.
- Jangan klik atau aktifkan “Remember Password”.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk sebarang maklumat berkaitan cara tukar nama kenderaan online melalui MySikap atau perkara lain berkaitan cara tukar nama kenderaan online, anda boleh layari pautan rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan di pautan www.jpj.gov.my
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang cara tukar nama kenderaan online melalui MySikap ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com