Cara Mohon Lesen Memburu Burung:Mohon Permit Tangkap Burung Wak–Wak

Cara Mohon Lesen Tangkap Burung:Mohon Permit Memburu Burung Wak–Wak

Berikut keptennews akan kongsikan cara mohon lesen memburu atau menangkap burung melalui Jabatan Perhilitan dan kami akan fokuskan kepada permit atau lesen tangkap / memburu burung wak-wak atau ruak ruak. Untuk lesen-lesen memburu lain akan keptennews kemaskini kemudian.

Seperti yang anda ketahui, burung ruak-ruak atau wak wak diwartakan sebagai spesies hidupan liar yang dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716). Menyimpan tanpa permit atau memakan spesies burung ini, boleh didenda RM100,000 atau dipenjara tidak lebih tiga tahun bagi burung jantan. Sebelum penulis menceritakan Cara Permohonan Lesen Memburu Wak–Wak (Ruak – Ruak), kita semak sedikit info mengenai burung ini.

Baca Juga: Tanam Tembikai:Cara Tanam tembikai Penjagaan Pembajaan & Penuaian

Info Ringkas Mengenai Burung Wak-wak

  • Nama saintifiknya Amaurornis phoenicurus
  • Merupakan sejenis burung air
  • Ciri-ciri fizikal burung ini ialah mempunyai sepasang mata hitam, paruh kuning pucat, balung kecil warna merah pada kawasan hidung.
  • bulu burung ini berwarna hitam keseluruhan atas kepala hingga ke ekor dan warna putih pada bahagian muka membawa ke dada hingga tengah badan
  • Manakala bahagian bawah perut hingga ke ekor berwarna perang.
  • mempunyai sepasang kaki panjang berwarna kuning dan ekor yang pendek

Artikel Lain: Pisang Berbuah Rendah:Cara Tanam Pisang Supaya Berbuah Rendah

Bagaimana Cara Permohonan Lesen Memburu Burung Wak–Wak (Ruak – Ruak)?

1.Anda perlu mengisi Borang Permohonan Lesen Permit

TEKAN untuk memuat turun

2.Sediakan Satu (1) Salinan Kad Pengenalan serta gambar berukuran passport

3.Lawati mana-mana Pejabat Jabatan Perhilitan Negeri yang berdekatan dengan Kawasan anda untuk serahan borang permohonan Lesen Permit

4.Membuat Bayaran Fi mendapatkan lesen tangkap / memburu burung. Berapa bayaran Fi menyimpan burung?

  • Fi untuk memburu RM10 Seekor
  • Fi Untuk Menyimpan RM10 Seekor

5.Lesen/ Permit Dikeluarkan.

Baca Juga: Cara Tanam Pisang:Teknik Penanaman Betul Penjagaan & Penuaian

Soalan Lazim – Penguatkuasaan

1. Apakah spesies hidupan liar yang diperlindungi di Semenanjung Malaysia?

Di Semenanjung Malaysia, spesies hidupan liar yang dilindungi adalah spesies yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama dan Kedua Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] dan spesies yang disenaraikan di bawah Jadual Ketiga Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 [Akta 686]. Jadual spesies ini boleh dirujuk di Senarai Spesies Di Bawah Jadual Akta 716.

2. Apakah jenis-jenis lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan PERHILITAN?

Jabatan PERHILITAN mengeluarkan beberapa jenis lesen berdasarkan aktiviti dan  spesies yang dipohon. Pada lazimnya lesen dikeluarkan bagi aktiviti memburu, mengambil, menyimpan, memungut, menjalankan urusan berniaga, menjalankan perniagaan taksidermi, mengimport, mengeksport atau mengeksport semula hidupan liar yang dilindungi (termasuklah bahagian atau terbitan hidupan liar).

Jabatan juga mengeluarkan Permit bagi aktiviti mengendalikan zoo, pembiakbakaan dalam kurungan komersial, sarkas atau pameran hidupan liar serta menjalankan penyelidikan.

Permohonan lesen boleh dibuat di pejabat PERHILITAN Negeri. Sila rujuk alamat PERHILITAN Negeriyang berkenaan.

3. Apakah itu CITES?

CITES atau Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora merupakan satu konvensyen antarabangsa dimana Malaysia menjadi ahli. Konvensyen ini membolehkan negara-negara berkerjasama untuk memantau  perdagangan antarabangsa spesies flora dan fauna, termasuk speises hidupan liar tempatan yang disenraikan di bawahnya. Untuk maklumat lanjut, klik  CITES.

4. Bolehkah saya membeli dan menyimpan hidupan liar yang dijual di kedai peliharaan haiwan?

Ya, anda dibenarkan membeli dan menyimpan hidupan liar tersebut  sekiranya kedai tersebut dilesenkan oleh Jabatan. Dapatkan resit pembelian dan panjangkannya kepada Jabatan PERHILITAN Negeri bagi mendapatkan lesen menyimpan.

5. Bagaimana saya boleh mendapatkan lesen untuk menangkap burung Murai Batu?

Untuk makluman, pengeluaran lesen untuk menangkap murai batu tertakluk kepada Perintah Pemuliharaan Hidupan Liar (Musim Terbuka, Kaedah, Masa Memburu) 2014. Pengeluaran lesen menangkap juga adalah mengikut kuota yang dibenarkan. Untuk maklumat lanjut, klik Perintah Pemuliharaan Hidupan Liar (Musim Terbuka, Kaedah, Masa Memburu) 2014.

6.Bolehkah saya membeli Murai Batu dan Kelicap Kunyit di kedai peliharaan haiwan?

Untuk makluman spesies burung Murai Batu dan Kelicap Kunyit hanya dikeluarkan lesen menyimpan setelah burung tersebut berjaya ditangkap dengan kelulusan lesen menangkap terlebih dahulu. Spesies ini tidak dibenarkan diniagakan walaupun oleh peniaga berlesen.

7. Bolehkan saya mengimport dan mengeksport hidupan liar?

Boleh sekiranya  import atau eksport hidupan liar dibenarkan di bawah Akta 716 dan Akta 686. Untuk maklumat lanjut, anda boleh juga merujuk kepada Garis Panduan Import/Eksport Hidupan Liar.

8. Apa saya perlu buat apabila hidupan liar yang saya pelihara itu mati?

Sila maklumkan serta merta dan pulangkan lesen berkenaan kepada pejabat PERHILITAN negeri yang mengeluarkan lesen menyimpan tersebut.

9. Bolehkah saya mengutip dan membawa balik bunga orkid dan serangga semasa lawatan saya ke Taman Negara?

Tidak boleh. Kesemua flora dan fauna adalah dilindungi dibawah undang-undang.

10. Adakah aktiviti memungut sarang burung layang-layang perlu mendapat lesen daripada Jabatan PERHILITAN?

Burung Layang-Layang Gua (Aerodramus fuciphagus) dan Burung Layang-Layang Hitam (Aerodramus maximus) tidak lagi disenaraikan sebagai spesies yang dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]. Oleh yang demikian ianya tidak lagi memerlukan lesen daripada Jabatan PERHILITAN.

11. Berapakah Fi lesen yang perlu saya bayar?

Jabatan PERHILITAN mengeluarkan beberapa jenis lesen berdasarkan aktiviti dan  spesies yang dipohon. Pada lazimnya Fi yang dikenakan adalah berdasarkan jenis lesen dikeluarkan bagi aktiviti memburu, mengambil, menyimpan, memungut, menjalankan urusan berniaga, menjalankan perniagaan taksidermi, mengimport, mengeksport atau mengeksport semula hidupan liar yang dilindungi (termasuklah bahagian atau terbitan hidupan liar).

Sila rujuk PeraturanFi Lesen, Permit dan Permit Khas 2013dan Pindaan 2013 yang berkenaan.

12. Di manakah lesen dan permit CITES import/eksport boleh diperolehi?

Permohonan untuk mendapatkan lesen dan permit CITES berkaitan boleh dibuat di Pejabat Jabatan PERHILITAN

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut tentang cara mohon lesen memburu atau tangkap burung atau pertanyaan berkaitan cara mohon lesen memburu atau tangkap burung ini anda boleh layari https://www.wildlife.gov.my/ atau hubungi jabatan perhilitan seperti berikut:

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)

Semenanjung Malaysia

Km 10, Jalan Cheras

56100 Kuala Lumpur

Tel : 03-90866800       Fax : 03-90752873

E-mel : [email protected]

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang cara mohon lesen tangkap atau memburu burung melalui Jabatan Perhilitan ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment