eGTukar KPM:Semakan & Permohonan Pertukaran PPP Januari 2022
PERTUKARAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) ANTARA BAHAGIAN / NEGERI, ANTARA DAERAH DAN DALAM DAERAH BAGI TAHUN 2022, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) MELALUI EGTUKAR
Adalah dimaklumkan bahawa permohonan pertukaran ppp bagi tahun 2022 melalui modul e-gtukar akan dibuka mulai 01 Januari 2022.
Merujuk kepada surat siaran di laman web rasmi eGTukar KPM, sukacita dimaklumkan bahawa proses pertukaran guru antara bahagian / negeri / antara daerah / dalam daerah bagi tahun 2021 KPM kini boleh dibuat secara online dengan login ke modul eGTukar.
Tarikh Permohonan Pertukaran Guru 2022
Tarikh permohonan pertukaran ini dibuka mulai 1 JANUARI 2022.
SILA RUJUK SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.7 TAHUN 2021 UNTUK MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN PERTUKARAN PPP.
Pastikan semua maklumat ppp dikemaskini melalui modul pengurusan guru e-operasi dan disahkan oleh pentadbir sekolah sebelum mengemukakan permohonan pertukaran bagi mengelakkan sebarang masalah teknikal.
Berikut adalah maklumat terkini tentang eGTukar KPM dan cara membuat permohanan.
Tarikh Permohonan
Tarikh buka: Bermula 1 Januari 2022
Login eGTukar: Syarat Permohonan Pertukaran Guru Sesi Januari 2022
- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan mempertimbangkan permohonan jika didapati negeri yang dimohon tidak terdapat kekosongan jawatan
- Guru tidak boleh bertukar sebelum menerima surat pemakluman kelulusan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri asal dan surat penempatan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri yang diluluskan
- KPM tidak akan mempertimbangkan permohonan pembatalan pertukaran setelah permohonan pertukaran diluluskan
- Penempatan ke sekolah adalah ditentukan oleh jabatan pendidikan negeri / pejabat pendidikan daerah / bahagian-bahagian yang berkenaan di KPM
GURU YANG TIDAK LAYAK MEMOHON PERTUKARAN
Berikut adalah senarai guru yang tidak layak memohon pertukaran:
- Guru interim yang sedang mengikuti kursus dalam cuti (KDC)
- Guru yang sedang bercuti tanpa gaji / separuh gaji
- Guru yang sedang mengikuti kursus / cuti belajar
- Guru yang dalam proses atau sedang dikenakan tindakan tatatertib
- Guru DG42 yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat
- Guru cemerlang yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat
Cara Permohonan eGTukar KPM Online
Permohonan pertukaran guru hanya boleh dilakukan secara atas talian sahaja iaitu melalui sistem eGtukar.
Pastikan maklumat guru dikemaskini melalui modul pengurusan guru e-Operasi dan disahkan oleh pentadbir sekolah sebelum mengemukakan permohonan pertukaran bagi mengelakkan sebarang masalah teknikal
Tiada permohonan secara manual dan semua permohonan perlulah dibuat pada tarikh yang ditetapkan sahaja.
Cara Login eGTukar KPM & Buat Permohonan Pertukaran
Berikut adalah cara login eGTukar dan cara permohonan:
Berikut adalah cara dapatkan id pengguna/kata laluan egtukar:
- Layari Portal eGTukar di pautan https://epgo.moe.gov.my/
- Masukan ID Pengguna, Kata Laluan, No. Kad Pengenalan
- Klik OK
- Anda kini dalam sistem eGTukar KPM
- Klik PERMOHONAN
- Lengkapkan maklumat permohonan
- Sila muat naik dokumen yang diperlukan
- Klik HANTAR setelah selesai melengkapkan permohonan eGTukar KPM
- Save/Simpan salinan permohonan anda
- Cetak permohonan untuk rujukan sekiranya perlu
- Sila log keluar sistem setelah selesai melengkapkan permohonan
*Jika terlupa kata laluan, sila klik butang ‘Lupa kata laluan egtukar’ semasa login atau terus ke pautan ini: https://epgo.moe.gov.my/dr_login/sk_lupa_katalaluan.cfm
NOTA: PASTIKAN SEMUA MAKLUMAT GURU DIKEMASKINI MELALUI MODUL PENGURUSAN GURU E-OPERASI DAN DISAHKAN OLEH PENTADBIR SEKOLAH SEBELUM MENGEMUKAKAN PERMOHONAN PERTUKARAN BAGI MENGELAKKAN SEBARANG MASALAH TEKNIKAL.
Soalan Lazim eGtukar KPM
1.Berapa kali permohonan login eGtukar KPM dibuka pada tahun 2021?
Permohonan egtukar dibuka sekali setahun
2.Apakah jenis pilihan sesi pertukaran?
- Pilihan sesi Jun diproses untuk sesi Jun sahaja
- Pilihan sesi Januari diproses untuk sesi Januari sahaja
- Pilihan semua sesi diproses kedua-dua sesi
3.Adakah permohonan egtukar KPM akan diproses 2 kali sesi pertukaran?
Bergantung kepada pilihan sesi pertukaran.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan semakan eGTukar KPM, sila rujuk laman web https://epgo.moe.gov.my/.
Jika ada sebarang permasalahan berkaitan dengan permohonan pertukaran tuan/puan boleh merujuk kepada:
Pejabat Pendidikan Daerah
Permohonan Dalam Daerah Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Dan Sekolah Rendah
Jabatan Pendidikan Negeri
Permohonan Antara Daerah Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Dan Sekolah Rendah
– Permohonan Antara Negeri Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Dan Sekolah Rendah
BPLTV
Permohonan Bagi Sekolah Menengah Teknik Dan Kolej Vokasional
BPI
Permohonan Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Menengah Agama Negeri, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Menengah, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Rendah.
BPSBP
Permohonan Bagi Sekolah Berasrama Penuh
BPKHAS
Permohonan Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas, Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional
BSKK
Permohonan Bagi Sekolah Sukan Malaysia Dan Sekolah Seni Malaysia.
Rujuk SOALAN LAZIM eGTukar KPM untuk maklumat lanjut.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang eGTukar KPM ini memudahkan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com