Jawatan Kosong Pegawai Imigresen KP19 (230 Kekosongan)

Jawatan Kosong Pegawai Imigresen KP19 (230 Kekosongan)

Jawatan Kosong Pegawai Imigresen KP19 (230 Kekosongan)

IKLAN JAWATAN KOSONG PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM – PEGAWAI IMIGRESEN KP19 (230 KEKOSONGAN)

JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA mengalu-alukan rakyat Malaysia yang layak untuk memohon jawatan berikut:

JAWATAN : PEGAWAI IMIGRESEN GRED KP19 – SPM (KUMPULAN PELAKSANA)

KEKOSONGAN : 230

SIMPANAN : 250

Tarikh tutup permohonan : 09 Januari 2022 (Ahad), jam 11.59 malam.

BAca Juga: SPA9: Cara Login & Semakan Permohonan Jawatan Kosong JPA

Berikut dikongsikan info lanjut tentang permohonan jawatan kosong Pegawai Imigresen KP19 tersebut:

Jawatan Kosong Pegawai Imigresen KP19 (230 Kekosongan)
Jawatan Kosong Pegawai Imigresen KP19 (230 Kekosongan)

Jika anda belum mendaftar SPA baca: SPA9:Cara Daftar Akaun Baru & Cara Log Masuk Akaun SPA9

Maklumat Pengambilan Pegawai Imigresen Gred KP19

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Keselamatan dan Pertahanan Awam
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Kementerian/Jabatan: Jabatan Imigresen Malaysia

Fungsi & Tugas Imigresen Malaysia

Jabatan Imigresen Malaysia merupakan salah satu agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri. Ia menyediakan perkhidmatan kepada Warganegara Malaysia, Penduduk Tetap dan Warga Asing yang berkunjung ke Malaysia.

Berikut adalah fungsi Jabatan :

  1. Mengeluarkan Pasport dan Dokumen Perjalanan kepada warganegara dan penduduk tetap
  2. Mengeluarkan Visa, Pas dan Permit kepada warganegara asing yang memasuki Malaysia
  3. Mengawal selia pergerakan keluar masuk orang di pintu-pintu masuk yang diwartakan
  4. Menguatkuasakan Akta Imigresen 1959/63, Peraturan-peraturan Imigresen 1963, Akta Pasport 1966, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (pindaan 2010).

Berikut adalah fungsi setiap bahagian di Jabatan Imigresen Malaysia :

  1. Bahagian Khidmat Pengurusan
  2. Bahagian Kewangan
  3. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
  4. Bahagian Teknologi Maklumat & Rekod
  5. Bahagian Khidmat Ekspatriat
  6. Bahagian Visa, Pas & Permit
  7. Bahagian Keselamatan & Pasport
  8. Bahagian Integriti
  9. Bahagian Pekerja Asing
  10. Bahagian Dasar & Perancangan Strategik
  11. Bahagian Penasihat Undang-Undang
  12. Bahagian Pengurusan Depot & Tahanan
  13. Perisikan, Operasi Khas & Analisa
  14. Operasi, Siasatan & Pendakwaan
  15. Bahagian Pencegahan ATIPSOM & AMLA
  16. Akademi Imigresen Malaysia
  17. Kuala Lumpur International Airport

Jadual Gaji Pegawai Imigresen KP19

Kadar gaji minimum dan maksimum serta kenaikan gaji tahunan gred Pegawai Imigresen KP19 adalah seperti berikut:

  • Gaji Minimum : RM1,360.00
  • Gaji Maksimum : RM4,052.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

Syarat Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Imigresen KP19

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. warganegara Malaysia; dan
  2. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  3. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,360.00) atau
  4. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,416.40) atau
  5. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,472.80)
  6. dan memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
  7. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  8. berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  9. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  10. mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
  11. lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  12. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  13. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Imigresen KP19

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Huraian Tugas Pegawai Imigresen KP19

Bertanggungjawab menjalankan tugas mengeluarkan pasport dan dokumen perjalanan, mengeluarkan visa, pas dan permit, mengawal selia pergerakan keluar masuk di pintu-pintu masuk yang diwartakan serta memberi perkhidmatan sokongan yang berkualiti dan efisien kepada pelanggan jabatan untuk memantapkan lagi pengurusan organisasi serta meningkatkan mutu perkhidmatan imigresen bagi memenuhi aspirasi rakyat dan negara.

Tarikh Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Imigresen KP19

Tarikh tutup permohonan : 09 Januari 2022 (Ahad), jam 11.59 malam.

Cara Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Imigresen KP19

Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 di bawah :https://spa9.spa.gov.my/login

Jika anda belum pernah mendaftar di SPA9, sila rujuk panduan di sini: Panduan Pendaftaran SPA9 : Permohonan Jawatan Dalam Perkhidmatan Awam

Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Imigresen KP19 hanya menggunakan permohonan dalam talian melalui SPA9. Tiada permohonan secara manual dibuka.

Senarai Bidang Berkaitan Di Peringkat SKM

Sila rujuk senarai bidang berkaitan di peringkat SKM yang diperakukan bersesuaian mengikut skim perkhidmatan di Laman Web EZSkim

(Pautan: https://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/).

Maklumat Tambahan Pemohon Jawatan Kosong Pegawai Imigresen KP19

Pemohon dengan kelayakan SKM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SKM”.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan Jawatan Kosong Pegawai Imigresen KP19 serta syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan sila layari pautan berikut :https://www.spa.gov.my/…/pegawai-imigresen-gred-kp19

Klik pautan Borang SPA9 di bawah :https://spa9.spa.gov.my/login

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016

Laman Web EZSkim

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang permohonan Jawatan Kosong Imigresen ini memudahkan urusan anda insyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Jawatan Kosong Imigresen Jawatan Kosong Imigresen

Leave a Comment