Harga Minyak Masak Tidak Bersubsidi Turun 2 Minggu Lagi

Harga Minyak Masak Tidak Bersubsidi Turun 2 Minggu Lagi

BERITA BAIK! Harga minyak masak tidak bersubsidi dijangka turun dalam tempoh 2 minggu lagi, kata Pengerusi Pasukan Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa, lapor BERNAMA pada 16 Julai 2022.

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata pihaknya telah memanggil semua pengilang yang terlibat termasuk Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Majlis Minyak Masak Sawit Malaysia (MPOC) pada Selasa lepas sebagai badan yang mengawal kuota dan lesen pengilang.

“Selepas dua minggu dari tarikh saya bertemu mereka, saya mahu tengok harga minyak masak turun.

Saya tidaklah memaksa, cuma pada masa ini saya mahu industri ada rasa tanggungjawab dan jangan biarkan kerajaan terkial-kial dengan masalah sebab akhirnya syarikat juga yang menentukannya,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan harga barangan di Pasar Ketereh, di sini hari ini.

Mengulas lanjut Annuar berkata pihak industri telah bersetuju untuk menurunkan harga minyak masak dan pengilang yang terbabit membayangkan penurunan harga itu akan dipendekkan secara berperingkat iaitu lima hingga 10 peratus.

Pada 29 Jun lalu, Kerajaan mengumumkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang bertujuan membantu Keluarga Malaysia menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup selain menyelesaikan isu-isu berkaitan inflasi khususnya mengawal kenaikan harga barang dengan lebih efisien dan berkesan.

Dalam perkembangan lain, Annuar berkata inflasi yang sedang dihadapi kini adalah inflasi yang sudah diduga kerana ia berlaku secara global.

Beliau berkata pasca-COVID-19 membolehkan aktiviti sudah berjalan semula namun berlaku peningkatan permintaan pelbagai industri sedangkan pengeluaran tidak pulih sepenuhnya.

“Selain itu, peperangan di luar negara menjejaskan perdagangan dan inflasi tersebut berlaku bergantung kepada dasar-dasar kewangan serta monetari polisi negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat,” katanya.

Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI

Contoh Surat

Baca di Sini senarai contoh surat lain :

Kenyataan Media Jangkaan Harga Minyak Masak Turun

KOTA BHARU: Kerajaan menjangka harga minyak masak tidak bersubsidi turun dalam tempoh dua minggu susulan penurunan harga minyak sawit mentah di pasaran dunia.

Pengerusi Pasukan Jihad Tangani inflasi, Tan Sri Annuar Musa, berkata pihaknya mengadakan perbincangan bersama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) serta pengilang berkaitan yang bersetuju menurunkan harga secara berperingkat.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya mengesyorkan supaya ia dilaksanakan segera dalam masa terdekat iaitu dalam tempoh dua minggu selepas mengadakan sesi libat urus dengan pemain industri minyak masak kelapa sawit pada Selasa lalu.

“Kita juga bersetuju membuat semakan harga secara mingguan jika pelaksanaan penurunan nilai ini dilakukan segera. Inisiatif terbabit diambil bukan untuk memaksa mana-mana pihak, sebaliknya berharap industri berkenaan lebih bertanggungjawab.

“Jangan biarkan kerajaan terkial-kial dengan masalah ini sebab akhirnya syarikat juga yang akan menentukan. Pada masa sama, saya berterima kasih kepada persatuan pengeluar minyak yang bersetuju dengan cadangan menyegerakan penurunan harga.

“Pasukan kami akan terus meneliti langkah perlu dilakukan bagi menangani inflasi dalam negara dan tidak akan membiarkan situasi berkenaan berlaku terlalu lama demi kebaikan bersama,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan harga barang di Pasar Ketereh, di sini, hari ini.

Annuar  berkata pihaknya mengadakan perbincangan bersama MPOB dan MPOC serta pengilang berkaitan yang bersetuju menurunkan harga secara berperingkat. – NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

Annuar berkata pihaknya mengadakan perbincangan bersama MPOB dan MPOC serta pengilang berkaitan yang bersetuju menurunkan harga secara berperingkat. – NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, berkata inflasi yang sedang dihadapi kini sudah diduga kerana ia berlaku secara global.

“Antaranya adalah kerana pasca COVID-19 yang mana semua aktiviti berjalan semula dan permintaan pelbagai industri meningkat, tetapi pengeluaran tidak pulih sepenuhnya.

“Selain itu, apabila berlaku peperangan antara Ukraine dan Russia, urusan perdagangan dunia turut terjejas menyebabkan berlaku kenaikan harga barang di seluruh negara.

“Inflasi ini berlaku bergantung kepada dasar kewangan dan monitori polisi negara tertentu terutama negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat, sekali gus menyebabkan dagangan dunia berubah,” katanya.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan jangkaan Harga Minyak Masak Tidak Bersubsidi Turun 2 Minggu Lagi anda boleh ikuti Pasukan Jihad Tangani Inflasi yang dipengurusikan oleh Tan Sri Annuar Musa.

Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Harga minyak masak tidak bersubsidi dijangka turun ini memudahkan urusan anda. InsyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Berilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment