Jawatan Kosong Personel MySTEP RISDA 2022
Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah atau RISDA adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi segera kekosongan bagi jawatan kosong PERSONEL MySTEP
Permohonan Jawatan Kosong Personel RISDA 2022 secara rasmi bersama resume yang terkini hendaklah dikemukakan melalui e-mel kepada uptmo@risda.gov.my dengan tajuk e-mel PERMOHONAN MySTEP RISDA.
Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 November 2022.
Berikut dikongsikan iklan Jawatan Kosong Personel RISDA 2022 untuk memudahkan anda.
Pengenalan RISDA

Pengenalan tentang RISDA: Bantuan Tanam Semula Getah
Bantuan Tanam Semula Getah Pengenalan. RISDA adalah sebuah agensi di bawah Kemnterian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah yang bertanggungjawab ke atas pekebun kecil perusahaan getah. Fokus utama agensi ini ialah meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah di Malaysia.
Tanam semula getah adalah salah satu program bantuan yang disediakan oleh pihak RISDA. Bantuan ini diberi kepada pekebun kecil yang mana akan dipantau oleh pegawai RISDA kawasan.
Bantuan Tanam Semula Getah merupakan antara fungsi utama yang termaktub dalam Akta 85 Tahun 1972.
RISDA bertanggungjawab melaksanakan Program Tanam Semula bagi pokok getah tua yang tidak ekonomik dengan tanaman getah atau tanaman lain yang diluluskan.
Program bantuan ini bertujuan untuk meningkatkan produktiviti sektor pekebun kecil. Melalui program ini pekebun kecil menerima bantuan dalam bentuk wang tunai, input pertanian seperti benih dan baja serta khidmat bimbingan daripada RISDA.
Iklan Jawatan Kosong Personel MySTEP RISDA 2022
PERSONEL SHORT-TERM EMPLOYMENT PROGRAMME (MySTEP) DI PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH (RISDA)
Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah atau RISDA adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi segera kekosongan bagi jawatan PERSONEL MySTEP dengan status lantikan KONTRAK seperti berikut : –
JAWATAN : PERSONEL MySTEP (PEMBANCI)
KELAYAKAN : LEPASAN SPM
KADAR UPAH : RM 1,600.00/ BULAN
PENEMPATAN : BAHAGIAN DASAR DAN PERANCANGAN STRATEGIK, IBU PEJABAT RISDA
TEMPOH LANTIKAN : 1 TAHUN
KEMUDAHAN : CUTI REHAT, CUTI SAKIT SERTA CARUMAN KWSP DAN PERKESO
Syarat Permohonan Jawatan Kosong Personel MySTEP RISDA 2022
1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta mendapat Kepujian dalam Bahasa Malaysia di peringkat SPM;
4. Keutamaan kepada yang memiliki pengalaman dan kemahiran dalam perisian Microsoft Office ( Word, PowerPoint, Excel ) dan menggunakan sistem Data (SPSS)
Cara Permohonan Jawatan Kosong Personel RISDA 2022
Permohonan secara rasmi bersama resume yang terkini hendaklah dikemukakan melalui e-mel kepada uptmo@risda.gov.my dengan tajuk e-mel PERMOHONAN MySTEP RISDA.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 15 NOVEMBER 2022 (SELASA)
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sebarang permasalahan atau persoalan berhubung iklan Jawatan Kosong Personel MySTEP RISDA 2022 ini bolehlah diajukan kepada pegawai berikut:
1. En Shahrul Nizam Bin Sapar @ Sapari
No Tel Pejabat : 03-42564022 (ext : 511)
2. En Mohd Hanis Bin Mansor
No Tel Pejabat : 03-42564022 (ext : 274)
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang Jawatan Kosong MySTEP RISDA ini memudahkan urusan anda. InsyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com