MPKAFA: Modul Penilaian Kelas Al-Quran & Fardhu Ain (Format Baru UPKK)
Perhatian kepada ibu-bapa serta pelajar sekolah rendah, Penilaian kelas al-Quran dan fardu ain MPKAFA tahun 2021 bagi menggantikan subjek bertulis akan dilaksanakan serentak di seluruh negara bermula 15 hingga 30 November depan.
Kami akan membantu anda berkenaan MPKAFA Modul Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain.
Apa Itu KAFA
Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) bermaksud kelas pengajian Al-Quran dan Fardu Ain yang dilaksanakan di premis yang berdaftar dengan Agensi Agama Islam Negeri.
Murid KAFA berumur antara 7 hingga 12 tahun.
KAFA menggunapakai kurikulum, buku teks, peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan mengikut jadual atau waktu Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang ditetapkan oleh JAKIM.
Peruntukan elaun Guru KAFA dibayar oleh Kerajaan Persekutuan melalui JAKIM.
Format Baru UPKK MPKAFA
MPKAFA ini terdiri dari dua bahagian iaitu Bahagian A yang merupakan kaedah penilaian secara lisan kepada calon berdaftar berdasarkan silibus kurikulum KAFA Jakim bermula dari Tahun Tiga hingga Lima dengan 75 peratus markah diperuntukkan.
“Bahagian B pula merangkumi penilaian terhadap nilai, sahsiah, kehadiran PdPR, hasil kerja dan komitmen calon dengan markah yang diperuntukkan adalah 25 peratus,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Dalam tempoh penilaian terbabit, PdPR bagi murid Tahun Lima dan Enam hanya dikhususkan untuk pelaksanaan MPKAFA sahaja.
Aktiviti penilaian bersepadu ini melibatkan semua guru di setiap premis KAFA dan boleh dilaksanakan sama ada secara dalam talian, luar talian dan ‘off-site’
Cara Muat Turun Dokumen MPKAFA
Dokumen MPKAFA boleh dimuat turun oleh penilai yang akan dilantik melalui portal Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) Jakim pada 8 hingga 10 November 2021
Anda boleh klik di pautan ini : https://simpeni.islam.gov.my/
Tarikh Perlaksanaan MPKAFA
Pelaksanaan Kaedah Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain bagi menggantikan peperiksaan bertulis Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2021 akan dilaksanakan serentak di seluruh negara pada 15 hingga 30 November 2021.
JAKIM ingin menegaskan bahawa, perubahan ini tidak akan menjejaskan persediaan dan tahap penguasaan murid-murid kepada subjek yang dipelajari.
Format Baru UPKK Diganti Secara Penilaian Penuh
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad, berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memberi perhatian serius terhadap situasi semasa penularan COVID-19 dan perkembangan Pelan Pemulihan Negara (PPN), khususnya dari aspek keselamatan murid dan tenaga pengajar KAFA.
Sehubungan itu, format baru UPKK akan diperkenalkan bagi menggantikan ujian bertulis, iaitu MPKAFA.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang pelaksanaan baru ini.
MPKAFA: Kaedah Pelaksanaan Format Baru UPKK
MODUL PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDHU AIN (MPKAFA)
JAKIM memperkenalkan pelaksanaan berbentuk penilaian yang menyeluruh bagi menggantikan 5 subjek Peperiksaan UPKK secara bertulis.
Jom baca infografik yang disediakan ini. Semoga bermanfaat.
Pelaksanaan Kaedah Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain bagi menggantikan peperiksaan bertulis Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2021 akan dilaksanakan serentak di seluruh negara pada 15 hingga 30 November 2021 berdasarkan Modul Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (MPKAFA).
Format MPKAFA
MPKAFA ini terdiri dari dua bahagian seperti berikut;
Bahagian A : Kaedah penilaian secara lisan kepada calon berdaftar berdasarkan silibus kurikulum KAFA JAKIM bermula dari tahun 3 hingga tahun 5. Markah yang diperuntukan ialah 75 peratus.
Bahagian B : Penilaian di bahagian ini merangkumi penilaian terhadap nilai, sahsiah, kehadiran PdPR, hasil kerja dan komitmen calon. Markah yang duperuntukan ialah 25 peratus.
Dalam tempoh penilaian, PdPR bagi murid tahun 5 dan tahun 6 hanya dikhususkan untuk pelaksanaan MPKAFA sahaja.
Aktiviti penilaian bersepadu ini melibatkan semua guru KAFA di setiap premis KAFA dan ia boleh dilaksanakan sama ada Dalam Talian atau (Online), Luar Talian (Offline) dan Off-Side.
Sesi libat urus bersama agensi pelaksana KAFA di setiap negeri berkaitan pelaksanaan MPKAFA akan dilaksanakan pada tarikh yang akan ditetapkan.
Tarikh Pelaksanaan MPKAFA
Pelaksanaan Kaedah Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain bagi menggantikan peperiksaan bertulis Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2021 akan dilaksanakan serentak di seluruh negara pada 15 hingga 30 November 2021.
JAKIM ingin menegaskan bahawa, perubahan ini tidak akan menjejaskan persediaan dan tahap penguasaan murid-murid kepada subjek yang dipelajari.
Rumusan MPKAFA – Siaran langsung JAKIM 22/10/2021
5 subjek dinilai untuk MPKAFA bermula 15-30 November 2021;
Subjek yang sama untuk peperiksaan bertulis sebelum ini iaitu BAHASA ARAB, SIRAH, ADAB, JAWI & ULUM SYARIAH.
Cara Penilaian Kelas KAFA (MPKAFA)
Terdapat 2 bahagian yang akan dinilai.
Bahagian A : 75 markah
Bahagian B : 25 markah
Cara Penilaian MPKAFA Bahagian A (75%)
- Penilaian 5 subjek.
- Guru-guru sekolah anak-anak yang akan menilai MPKAFA mengikut silibus dari tahun 3 sehingga tahun 5 (seperti telah dipelajari).
- Semua soalan akan diselaraskan 1 malaysia .
- Penyelia akan memantau guru-guru yang menilai.
Cara Penilaian MPKAFA Bahagian B (25%)
- Dinilai sepanjang tempoh PDPR yang telah dijalankan.
- Nilaian 25% ini dibahagi kepada 3;
- Nilai dan sahsiah 5%
- Kehadiran PDPR 10%
- Komitmen dan hasil kerja murid 10%
- Keseluruhan adalah 100 markah.
*Sijil tetap akan dikeluarkan sama seperti UPKK sebelum ini.
Penting:Tanggungjawab & Komitmen IbuBapa Berkaitan MPKAFA
- Maklum berkenaan silibus MPKAFA (silibus kafa anak-anak dari tahun 3 sehingga tahun 5).
- Ibu bapa dan anak-anak akan dimaklumkan jadual hari dinilai sebelum bermulanya penilaian subjek.
- Pastikan ibubapa dan anak-anak boleh dihubungi oleh guru-guru. Sangat penting untuk memudahkan penilaian dibuat.
- Memantau kehadiran dan penglibatan anak-anak dalam PDPR.
- Elakkan risiko pada anak-anak. Jaga kesihatan.
Secara kesimpulan, topik-topik masih sama seperti mana apa yang dipelajari anak-anak untuk persediaan peperiksaan bertulis sebelum ni.
Hanya saja sekarang, ia akan dinilai secara lisan sama seperti lisan Alquran, amali solat dan PCHI.
InsyaAllah jika sudah ulangkaji dan pelajari semua, anak-anak boleh jawab.
Paling penting doa dan sokongan ibu bapa, persediaan anak-anak dan kerjasama dengan guru.
Pengoperasian KAFA Diteruskan Secara PdPR Hingga Takwim Persekolahan 2021 Berakhir
Sementera itu, dimaklumkan bahawa pengoperasian KAFA bagi murid Tahun 1 hingga Tahun 6 akan diteruskan secara PdPR sehingga takwim persekolahan 2021 berakhir.
Peperiksaan UPKK bagi calon Tahun 2020 dan 2021 bagi subjek bertulis yang dijadualkan serentak pada 15 hingga 18 November 2021 akan digantikan dengan pelaksanaan berbentuk penilaian sepenuhnya.
Kenyataan Rasmi Berkaitan Penilaian Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain 2021
Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 23 September 2021 yang lalu telah mengumumkan bahawa:
PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDHU AIN TAHUN 2021 BAGI MENGGANTIKAN SUBJEK BERTULIS akan dilaksanakan serentak di seluruh negara pada 15 HINGGA 30 NOVEMBER 2021 berdasarkan MODUL PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDHU AIN (MPKAFA).
Dalam tempoh penilaian ini, PdPR bagi murid tahun 5 dan tahun 6 hanya dikhususkan untuk pelaksanaan MPKAFA sahaja. Aktiviti penilaian bersepadu dan fleksible ini melibatkan semua guru KAFA di setiap premis KAFA yang berdaftar dan ia boleh dilaksanakan sama ada secara Dalam Talian (online), Luar Talian (offline) dan juga off-site.
Perubahan pelaksanaan yang bermula pada hari ini tidak akan menjejaskan persediaan dan tahap penguasaan murid-murid kepada subjek yang dipelajari.
Kaedah secara lisan ini memberi ruang dan pendekatan yang lebih luas kepada guru yang bertindak sebagai pemudah cara kepada calon dalam menghadapi MPKAFA.
Menyedari keperihatinan ibubapa, JAKIM telah menetapkan dan memberikan ruang masa yang secukupnya malah ibubapa boleh mendapatkan kebenaran dari pihak sekolah untuk menyelaraskan masa yang sesuai untuk diuji dan dinilai, namun ia perlu disesuaikan dengan sebaiknya.
Walaupun pada tahun ini, pelaksanaan dalam norma baharu, ia tidak menghalang seramai 464,244 orang calon telah berdaftar dan akan dinilai dalam tempoh 16 hari bermula pada hari ini.
Kerajaan melalui JAKIM sebelum ini telah menggunakan pelbagai saluran informasi bagi untuk memastikan maklumat dapat disampaikan dengan sebaiknya. JAKIM percaya semua lapisan masyarakat sedar akan kepentingan Pendidikan KAFA.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua agensi pelaksana KAFA yang sentiasa memberikan kerjasama jitu dalam memastikan pelaksanaan MPKAFA ini berjalan dengan lancar. Saya juga ingin mengucapkan selamat menghadapi MPKAFA tahun 2021 kepada semua calon. Semoga semuanya dipermudahkan segala urusan.
Sekian.
Contoh Soalan MPKAFA
Contoh soalan MPKAFA masih belum boleh dikemaskini kerana ini baru tahun pertama pelaksanaan MPKAFA ini. Kami akan mengemaskini contoh soalan MPKAFA setelah mendapat contoh-contoh soalan yang dilaksanakan pada tahun ini.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk Maklumat Lanjut dan pertanyaan berkaitan MPKAFA ini anda boleh layari https://www.islam.gov.my/ms/ atau portal SIMPENI di: https://simpeni.islam.gov.my/index.php
Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai cara MPKAFA ini memudahkan anda. InsyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com