Penetapan Tarikh PRU-15 & Penamaan Calon – SPR

Penetapan Tarikh PRU-15 & Penamaan Calon – SPR

PENETAPAN TARIKH PRU-15 & PROSES PENAMAAN CALON PRU-15

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong perkenan Parlimen dibubar hari ini, Isnin, 10 Oktober 2022.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesyorkan Ketua-ketua Kerajaan Negeri membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada tarikh yang sama dengan Pilihan Raya Umum (PRU) peringkat Parlimen.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut berkaitan Penetapan Tarikh PRU-15 untuk panduan anda.

Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI

Contoh Surat

Baca di Sini senarai contoh surat lain :

INTIPATI PERUTUSAN KHAS PERDANA MENTERI 10 OKTOBER 2022

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan perutusan khas di Bangunan Putra Perdana , Putrajaya hari ini.

Dengan ini dimaklumkan, bahawa tengah hari semalam, PM telah menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan menyembah warkah permintaan kepada Baginda, mengenai pembubaran Parlimen Ke-14.

Selaras dengan Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, telah bertindak menurut budi bicara Baginda dengan memperkenankan permintaan PM, supaya Parlimen Ke14 dibubarkan pada hari ini, Isnin 10 Oktober 2022.

PM mengesyorkan Ketua-ketua Kerajaan Negeri kecuali Kerajaan Negeri Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor supaya mengambil tindakan sewajarnya, bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada tarikh yang sama dengan Pilihan Raya Umum Peringkat Parlimen, meskipun beberapa buah negeri telah memutuskan untuk tidak membubarkan DUN masingmasing.

Ia wajar dilaksanakan serentak bagi memastikan rakyat tidak terbeban, selain kelancaran proses demokrasi serta menjimatkan kos.

Penetapan tarikh-tarikh hari penamaan calon, dan hari mengundi serta urusan-urusan lain yang berkaitan, adalah tertakluk kepada keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Dengan pengumuman ini, mandat akan dipulangkan kepada rakyat. Mandat rakyat adalah penawar ampuh bagi negara menzahirkan kestabilan politik dan mewujudkan Kerajaan teguh, stabil serta dihormati selepas PRU15.

Proses ini berlandaskan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sebagai pasak pemerintahan, sejak negara mencapai kemerdekaan.

Pembubaran ini dilaksanakan bagi menoktahkan suarasuara yang selama ini meratib keabsahan Kerajaan, Kerajaan pintu belakang dan Kerajaan tebuk atap.

Semoga rakyat menggunakan kuasa yang ada pada mereka, untuk memilih kerajaan yang mampu meneruskan pelaksanaan Bajet Keluarga Malaysia 2023, mengekalkan kestabilan politik, memulih dan mengukuh ekonomi serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan Keluarga Malaysia yang berbilang agama, kaum dan etnik.

-PM Ismail Sabri

Penetapan Tarikh PRU-15

PRU-15: Penetapan tarikh-tarikh hari penamaan calon, dan hari mengundi serta urusan-urusan lain yang berkaitan, adalah tertakluk kepada keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Walaupun tarikh PRU15 masih belum diumumkan, namun mungkin tarikhnya boleh dianggarkan melalui proses PILIHANRAYA yang telah termaktub dalam peraturan dan undang-undang.

Pendaftaran & Semakan Pemilih (SPR)

Bagi anda yang masih belum mendaftar dan membuat semakan pemilih, SPR, anda boleh berbuat demikian secara online atau manual.

BILA DAN BAGAIMANA PROSES PENETAPAN TARIKH PILIHANRAYA (PRU-15) ?

  • Apabila Parlimen bubar, SPR diberi masa 60 hari untuk melangsungkan pilihan raya.
  • Bagi memastikan persediaan dilaksanakan teratur, memaksimumkan tempoh berkenaan adalah langkah terbaik  bergantung kepada keadaan.
  • Dalam tempoh 60 hari yang diperuntukkan sebelum berlangsungnya pilihanraya, SPR akan bermesyuarat khas untuk menentukan Tarikh Penamaan Calon, Undi Awal dan Hari Mengundi.
  • Selepas mesyuarat khas, SPR akan keluar writ kepada semua Pegawai Pengurus bagi setiap bahagian pilihan raya (dalam konteks PRU, 222 Pegawai Pengurus akan diberikan writ setelah nama2 mereka diperkenankan YDP Agong.
  • Selepas Penamaan Calon, bermulalah tempoh berkempen selama 10-14 hari. Kemudian barulah kita akan keluar mengundi.
  • Setiap kali PRU melibatkan beratus ribu petugas. Untuk PRU-15, hampir 400,000 petugas seluruh negara akan bertugas memastikan semua pengundi dalam mengundi.
  • Pilihan Raya merupakan Hari Raya terbesar negara kita, semua rakyat akan meraikannya.

Proses Pilihan Raya

Secara lebih terperinci, berikut adalah 10 proses pilihanraya yang diterangkan di laman web SPR:

1. Pembubaran Parlimen

2. SPR Terima Pemakluman Rasmi Daripada Speaker

Setelah pembubaran dewan rakyat, SPR akan menunggu pemakluman rasmi daripada speaker menyatakan dewan rakyat telah di bubarkan maka tidak kurang 4 hari dan tidak lebih 10 hari SPR akan mengadakan mesyuarat khas.

3. Mesyuarat Khas SPR

Mesyuarat Khas SPR adalah bertujuan untuk menentukan tarikh-tarkh penting Pilihan Raya PRU15 yang telah ditetapkan seperti:

– Tarikh Hari Penamaan Calon;

– Tarikh Hari Undi Awal; dan

– Tarikh Hari Mengundi PRU15

4. Pegawai Pengurus Terima Writ Daripada SPR

Setelah mengadakan mesyuarat khas dan menentukan tarikh-tarikh.

SPR akan melantik Pegawai Pengurus melalui Writ.

Writ Pilihan Raya adalah surat kuasa yang dikeluarkan oleh SPR kepada Pegawai Pengurus untuk melaksanakan pilihan raya umum atau pilihan raya kecil apabila berlaku kekosongan di bahagian pilihan raya berkenaan.

5. Pegawai Pengurus Keluar Notis

Setelah dilantik Pegawai Pengurus akan mengeluarkan suatu NOTIS PEMBERITAHUAN kepada orang ramai tentang kekosongan Dewan Rakyat/DUN dan pelawaan untuk penamaan calon bagi mengisi kerusi tersebut.

Notis mengandungi butiran masa dan tempat penamaan calon. Notis perlu di tampal di tempat-tempat awam yang mudah dilihat.

6. Penamaan Calon

Penamaan Calon adalah suatu hari yang ditetapkan bagi membolehkan mana-mana rakyat yang layak dan ingin menjadi Calon untuk bertanding Hadir bersama Pencadang dan Penyokong bagi menyerahkan kertas penamaan kepada Pegawai Pengurus antara jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi.

7. Kempen

Setelah diumumkan suatu bahagian pilihan raya itu dipertandingkan Calon-calon boleh mula berkempen dan berakhir pada jam 12 tengah malam sebelum hari mengundi.

Kempen dipantau oleh Pasukan Penguat kuasa kempen Pilihan Raya.

8. Pengundian Awal

Pengundian Awal akan dijalankan tidak kurang daripda 3 hari sebelum Hari Mengundi.

Pengundian awal melibatkan :

– Polis

– Tentera dan Pasangan

– PGA dan Pasangan

Mana-mana orang yang tidak dapat hari pengundian awal kerana bertugas pada hari mengundi boleh memohon untuk mengundi secara pos.

9. Hari Pengundian

Hari mengundi adalah Hari yang telah ditetapkan oleh SPR untuk pemilih yang berdaftar di bahagian pilihan raya yang telah ditetapkan untuk mengundi dijalankan dan berakhir apabila keputusan pilihan raya diisytiharkan oleh Pegawai Pengurus.

Tarikh PRU15 akan ditetapkan dan akan dikemaskini di sini.

10. Penjumlahan Rasmi Undi / Keputusan

Pegawai Pengurus di bahagian pilihan raya masing-masing akan menjumlah undi yang diterima daripada Ketua Tempat Mengundi dan Penolong Pengurus Pengundian Pos dan mengisytiharkan keputusan pilihan raya bagi bahagian pilihan raya masing-masing.

Setelah mendapat keputusan rasmi daripada semua bahagian pilihan raya di semua negeri, SPR disuatu tempat yang ditetapkan bagi tujuan mengumumkan keputusan pilihan raya seterusnya mengisytiharkan parti yang mendapat majoriti mudah/ dua pertigas untuk membentuk kerajaan.

Rentetan Tarikh PRU-14

Berikut ialah tarikh dan peristiwa utama yang membawa kepada pilihan raya umum (PRU) ke-14:

28 MacPerdana Menteri Najib Razak membentangkan laporan penyusunan semula Suruhanjaya Pilihan Raya di Dewan Rakyat
6 AprilNajib Razak mengumumkan hasratnya untuk membubarkan Parlimen Malaysia
7 AprilPembubaran rasmi Parlimen
10 AprilPengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Hashim Abdullah mengumumkan bahawa pilihan raya akan berlangsung pada 9 Mei 2018
28 AprilProses penamaan calon untuk pilihan raya umum bermula, dan tarikh akhir (10 pagi) untuk penghantaran kertas pencalonan calon
28 AprilTempoh berkempen 11 hari bermula
5 MeiPengundian awal bermula
9 MeiHari pengundian
10 MeiAngkat sumpah Perdana Menteri yang baru Mahathir Mohamad

Waktu Keluar Mengundi PRU15

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melanjutkan tempoh masa pengundian selama satu jam supaya orang ramai mempunyai masa mencukupi untuk mengundi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang).

Semakan Daftar Pemilih

Sudahkah anda membuat semakan daftar pemilih di laman web SPR bagi persediaan PRU-15 ini?

Jika belum, anda boleh membuat semakan melalui langkah berikut: : MySPR Semak -Semakan Daftar Pemilih / Pengundi SPR Online 2022

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut berkaitan Penetapan Tarikh PRU-15 atau perkara lain berkaitan Penetapan Tarikh PRU-15 anda boleh semak di https://www.spr.gov.my/

Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai Penetapan Tarikh PRU-15 ini memudahkan anda. InsyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment