Pengambilan Perajurit Muda TLDM Siri 223/22 (2021)

Pengambilan Perajurit Muda TLDM Siri 223/22 (2021)

Pengambilan Perajurit Muda TLDM

Pengambilan Perajurit Muda TLDM

Bermula 10 November lepasan Diploma yang berkelayakan dan berminat untuk berkhidmat sebagai anggota lain-lain pangkat (IPT) dipelawa untuk menyertai pengambilan Perajurit Muda TLDM.

Anda boleh mengikuti perkongsian kami untuk lebih mudah dan pantas.

Berita baik kepada calon yang berminat untuk menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), pengambilan kini sedang berlangsung sehingga 24 November 2021.

Sila rujuk syarat-syarat dan cara permohonan secara atas talian melalui maklumat yang tertera di bawah.

Tarikh Permohonan Perajurit Muda TLDM Siri 223/22 (2021)

Permohonan bagi pengambilan Perajurit Muda TLDM siri 223/22 dibuka:

10 NOVEMBER hingga 24 NOVEMBER 2021

Syarat-syarat Permohonan Perajurit Muda TLDM

Pengambilan Perajurit Muda TLDM ini menekankan beberapa syarat:

Syarat Umum Permohonan Perajurit Muda TLDM

  • Semua calon lelaki berwarganegara Malaysia
  • Umur – 18 hingga tidak melebihi 25 tahun pada tarikh 31 Mei 2022
  • Lepasan Diploma Kejuruteraan dari Politeknik / Universiti Awam / Swasta
  • Taraf perkahwinan – Bujang
  • Pemohon mestiklah bebas daripada sebarang kes jenayah / dadah juvana

Syarat-Syarat Khusus Permohonan Perajurit Muda TLDM

  • SPM / setaraf dengan Kepujiandalam Bahasa Melayu
  • Pemohon perlu mengemukakan sijil Diploma, transkrip dan sijil perakuan akreditasi
  • Diploma yang diiktiraf oleh MQA dalam bidang berikut:
  • Diploma in Electrical Engineering
  • Diploma in Electronics Engineering
  • Diploma in Electrical and Electronic Engineering
  • Diploma in Marine Engineering
  • Diploma in Software Engineering
  • Diploma in Microelectronic Engineering
  • Diploma in Information Engineering
  • Diploma in Telecommunication Engineering
  • Diploma in Mechanical Engineering
  • Diploma in Mechatronic Engineering
  • Diploma in Manufacturing Engineering
  • Diploma in Engineering in Aircraft Maintenance
Iklan Permohonan Perajurit Muda TLDM

Gaji / Elaun / Keistimewaan Perajurit Muda TLDM

Pengambilan TLDM menawarkan :

1.Gaji permulaan :

GajiJumlah
Latihan Perajurit Muda (6 bulan)RM1,774.00
Diperjawatkan (kelulusan): Diploma Kejuruteraan (Tugas Khusus)RM2,341.07

*Termasuk Elaun Khidmat (RM115) dan Bayaran Insentif Khas ATM RM200

2.Kenaikan Tahunan– Kenaikan gaji tahunan yang tetap mengikut pangkat

3.Bayaran Elaun dan Insentif (tertakluk kepada syarat dan kelayakan) – Bayaran Insentif Khas Pasukan Khas Laut, Bayaran Insentif Krew Kapal Selam, Bayaran Insentif Sabah / Sarawak / Semenanjung, Tuntutan Perjalanan dari rumah ke tempat bertugas dan Tuntutan Cuti Tahunan

4.Keistimewaan:

  • Rawatan perubatan dan pergigian
  • Pakaian seragam
  • Waren perjalanan tahunan
  • Sajian dan tempat tinggal bagi yang bujang
  • Caruman Lembaga Tabung Angkatan tentera
  • Pengiktirafan sebagai Certified Technician (Tc)

Cara Permohonan Pengambilan Perajurit  Muda TLDM 2021

Permohonan adalah melalui pendaftaran secara atas talian (online registration).

  1. Pemohon permohonan TLDM perlu mengimbas kod QR untuk mendaftar maklumat awal.
  2. Cara Memohon, Syarat-syarat kelayakan, kelayakan Akademik dan taraf kesihatan boleh dirujuk di laman sesawang Tentera Laut Diraja Malaysia www.navy.mil.my.

Sila scan QR code atau ke terus ke pautan berikut:

https://www.surveymonkey.com/r/VTGHM2S

Cara Permohonan Pengambilan Perajurit  Muda TLDM 2021

Cara Pengisian Borang Permohonan

  1. Sila isi semua soalan yang terdapat di dalam borang ini.
  2. Gunakan huruf besar semasa mengisi borang ini kecuali e-mel.
  3. Sediakan dokumen berikut untuk proses pendaftaran:
  4. Kad pengenalan pemohon.
  5. Sijil kelahiran pemohon.
  6. Sijil kelayakan akademik pemohon (SPM, SVM dan Diploma).
  7. Kad pengenalan bapa.
  8. Sijil kelahiran bapa.
  9. Kad pengenalan ibu.
  10. Sijil kelahiran ibu.
  11. Sijil kematian bapa (jika berkaitan).
  12. Sijil kematian ibu (jika berkaitan).
  13. Sijil cerai ibubapa (jika berkaitan).
  14. Pastikan maklumat yang diisi adalah betul dan benar.
  15. Tiada kompromi ke atas penipuan maklumat.
  16. Permohonan yang dibuat akan disemak oleh tldm.
  17. Status permohonan akan dimaklumkan melalui emel dan sms.
  18. Keputusan yang dibuat oleh tldm adalah muktamad.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut serta pertanyaan berkaitan Pengambilan Perajurit Muda TLDM atau perkara lain berkaitan hubungi:

Markas Tentera Laut

Cawangan Strategi dan Perkhidmatan Sumber Manusia

Wisma Pertahanan

Jalan Padang Tembak

50634 KUALA LUMPUR

Emel: pengambilantldm@navy.mil.my

Tel: 019-2104163

Terima kasih. Semoga perkongsian mengenai Pengambilan Perajurit Muda TLDM online ini memudahkan anda untuk memohon kemasukan ke TLDM. InsyaAllah.

Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.

  • Menuntut Ilmu
  • Mengamalkan Ilmu
  • Menyebarkan Ilmu

Smoga Bermanfaat keptennews.com

Leave a Comment