Pisang Berbuah Rendah:Cara Tanam Pisang Supaya Berbuah Rendah
Cara Tanam Pisang Terbalik Supaya Berbuah Rendah Dan Lebat
Pisang adalah tanaman yang senang ditanam dan cepat membesar, hasilnya boleh dituai seawal 1 tahun dan antara buah-buahan kegemaran. Kalau pergi pasar atau pasarraya, tidak sah kalau tidak beli buah-buahan terutama pisang emas dan berangan. Majoriti orang meminati pisang berbanding buah buahan lain.
Cara Tanam pisang supaya berbuah rendah. Pisang adalah tanaman yang senang ditanam dan cepat membesar, hasilnya boleh dituai seawal 1 tahun dan antara buah-buahan kegemaran. Kalau pergi pasar, tidak sah kalau tidak beli buah-buahan terutama pisang emas dan berangan.
Bagaimanakah cara tanam pisang yang betul supaya berbuah rendah? keptennews akan menerangkan cara mudah untuk tanam pokok pisang dengan kaedah yang betul untuk panduan anda.
Siapa yang tidak biasa dengan pisang, buah yang kaya dengan nutrien dan dapat tumbuh di mana sahaja, terutama di kawasan tropika. Tanaman pisang adalah keluarga Musaceae yang terdiri daripada pelbagai spesies dengan pelbagai bentuk dan warna, seperti hijau, kuning, dan merah.
Berikut dikongsikan cara atau teknik tanam pisang supaya berbuah rendah dengan buah lebih lebat.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Ciri-ciri Pisang
Pisang adalah sekumpulan tanaman berbuah dan herba yang diketahui berasal dari kawasan tropika. Berdasarkan kajian, tanaman pisang dianggap berasal dari rantau Asia Tenggara, terutama semenanjung Tanah Melayu, Filipina dan India. Tumbuhan ini juga dikelaskan sebagai tanaman monokot atau biji tunggal. Pisang bukanlah pokok kayu kerana tidak mempunyai batang kayu.
Tanaman pisang umumnya ditanam secara bebas di kawasan perkebunan atau di halaman. Salah satu keunikan tanaman ini ialah menghasilkan buah dalam jumlah besar. Selain itu, pisang juga sinonim sebagai makanan untuk monyet.
Pisang adalah buah yang sangat berkhasiat yang merupakan sumber vitamin, mineral dan karbohidrat yang hebat. Salah satu kelebihan buah pisang adalah ia mempunyai kandungan potassium yang tinggi. Kulit pisang dapat digunakan untuk membuat cuka melalui proses penapaian alkohol dan cuka.
Teknik Penanaman Pisang Supaya Berbuah Rendah
Teknik penanaman pisang supaya berbuah rendah berikut dikongsikan melalui pengalaman seorang petani di Negeri Sabah yang telah berjaya menanam melalui teknik berikut dan hasilnya pisang ditanam berbuah degan lebih rendah berbanding biasa. ikuti langkah berikut untuk cara tanam pisang supaya berbuah lebih rendah daripada biasa:
1. Potong batang anak bibit pisang lebih kurang 1 kaki seperti dalam gambar di bawah. Anda boleh tanam apa-apa jenis pisang asalkan bibitnya sihat dan tidak rosak
2. Korek lubang sedalam 1.5 kaki, gemburkan tanah agar akar cepat tumbuh dan letaklah apa-apa baja subur di dalam tanah agar pokok tumbuh dengan subur.
3. Tanam bibit pisang secara terbalik hingga tenggelam dan hanya akar tertinggal di bahagian atas
4. Selepas tanam dan timbun dengan tanah hingga rata. Kemudian ambil daun kering letak diatas bibit yang ditanam tadi untuk lembabkan tanah supaya tidak cepat kering dek cuaca panas sekarang ni. Pastikan siram dengan air setiap hari agar bibit pisang cepat keluarkan tunas baru dan tumbuh dengan berjaya.
5. Selepas beberapa bulan anak pokok baru sudah tumbuh, jika di siram dan baja yang teratur, pokok pisang akan tumbuh dan berbuah lebih cepat berbanding dari tanam – tinggal -tuai.
6. Selepas hampir setahun, pokok pisang sudah menghasilkan buah yang agak rendah dan senang untuk kita kutip hasilnya.
Penuaian Buah Pisang Pokok Rendah
Apabila pisang matang, ia boleh dituai dengan memotong buah dan pokok. Ini kerana pokok pisang hanya berbuah sekali sahaja. Batang pisang yang sudah berbuah dapat dicincang, dihancurkan dan ditaburkan disekitar anak benih pisang untuk membuatnya tumbuh subur.
Terima kasih. Diharapkan artikel cara tanam pisang ini dapat membantu para pembaca menanam pisang dengan kaedah yang betul dan mendapat hasil buah pisang yang banyak. Semoga perkongsian mengenai cara tanam pisang dengan betul ini memudahkan urusan anda InsyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Menuntut Ilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com