Rawatan Buasir:Rawatan Segera Buasir Petua & Klinikal
Rawatan Buasir. Jika anda perasan di enjin carian Google, ada banyak iklan-iklan yang menjual minyak atau krim gamat untuk rawatan kecutkan buasir. Minyak gamat ini dikatakan sebagai salah satu petua kecutkan buasir.
Persoalannya, adakah kegunaan minyak gamat benar-benar boleh mengecutkan buasir anda?
Baca Juga: Sakit Kepala Sebelah Kiri:Punca & Cara Mengatasi
Buasir
Sebelum pergi dengan lebih lanjut berkenaan keberkesanan minyak gamat dalam rawatan kecutkan buasir, kita mestilah memahami apakah maksud buasir itu sendiri.
Buasir adalah urat bengkak yang terletak di sekitar dubur atau di rektum bawah. Kira-kira 50% orang dewasa akan mengalami gejala buasir pada usia 50 tahun.
Buasir boleh terdiri daripada buasir dalaman atau luaran. Buasir dalaman berkembang di dalam dubur atau rektum. Buasir luaran pula terjadi di luar kawasan dubur.
Buasir luar adalah yang paling biasa berlaku dan paling menyakitkan. Buasir yang terbentuk boleh menyebabkan rasa sakit, gatal yang teruk, dan sukar untuk duduk.
Namun, anda tidak perlu risau kerana keadaan buasir ini masih lagi boleh dirawat.
Artikel Lain: Sakit Kepala Sebelah Kanan:Punca & Cara Merawat
Punca Terjadi Buasir
Punca sebenar yang menyebabkan terjadinya buasir masih tidak dapat dikenal pasti secara tepat. Namun, terdapat beberapa faktor yang memungkinkannya untuk terjadi, antaranya:
- Meneran dengan kuat ketika anda membuang air besar
- Komplikasi akibat daripada sembelit yang kronik
- Duduk terlalu lama terutamanya ketika berada di dalam tandas
- Mempunyai sejarah keluarga yang ada buasir
Adakah Petua kecutkan buasir luar manggunakan minyak gamat berkesan?
Produk berasaskan gamat telah lama bertapak dan diguna pakai oleh masyarakat di negara ini untuk pelbagai tujuan. Ia lebih sinonim dengan fungsinya sebagai penyembuh luka selain memulihkan kesihatan tubuh badan.
Golongan wanita turut meminum minuman berasaskan gamat selepas bersalin bagi memulihkan tubuh mereka.
Kajian ada menyatakan gamat mempunyai kandungan nutrisi yang bertindak sebagai antibakteria, antikulat dan antiradang.
Namun, masih banyak kajian mendalam diperlukan untuk memastikan bahawa gamat ini mempunyai nilai perubatan seperti yang sering didakwa.
Timbul juga beberapa persoalan berkenaan petua kecutkan buasir melalui penggunaan minyak gamat.
Untuk pengetahuan anda, sehingga hari ini, tiada kajian yang boleh mengesahkan berkenaan petua kecutkan buasir melalui penggunaan minyak gamat.
Tidak terdapat kajian yang benar-benar membuktikan keberkesanan kegunaan minyak gamat atau krim gamat dalam merawat buasir, terutamanya buasir luaran.
Petua kecutkan buasir melalui kegunaan minyak gamat ini hanyalah berdasarkan kepada testimoni pengguna semata-mata, bukanlah kajian analisis secara mendalam berkenaan keberkesanannya secara khusus terhadap buasir.
Baca Juga: Cara Set Semula MySejahtera:Tak Boleh Login MySejahtera / Lupa Password
Cara nak kecutkan buasir luar apa boleh dilakukan?
Sekiranya anda berada di rumah, ini beberapa perkara yang boleh dilakukan jika berlakunya buasir:
Rawatan Buasir Dengan Mandi sitz. Ini melibatkan mandian dengan merendam kawasan daripada pinggang hingga dubur ke dalam air suam. Untuk lebih melegakan keadaan buasir yang dialami, anda boleh menambahkan sedikit garam Epsom ke dalam air
Rawatan Buasir Dengan Gunakan tisu basah untuk mengelap dubur. Tisu tandas mempunyai tekstur yang agak kasar dan boleh menyebabkan iritasi pada buasir luar. Cuba gunakan tuala lembap atau tisu basah sebagai ganti
Rawatan Buasir Dengan Gunakan pek sejuk atau pek ais. Balut pek sejuk dengan tuala dan duduk di atasnya untuk mengurangkan keradangan dan memberikan kelegaan pada kawasan tersebut. Lakukannya tidak lebih daripada 20 minit dalam satu-satu masa
Rawatan Buasir Dengan Elakkan meneran atau duduk di tandas dalam jangka masa yang lama. Ini boleh memberi lebih banyak tekanan pada buasir
Rawatan Buasir Dengan Gunakan produk daripada farmasi. Anda juga boleh menggunakan krim topikal untuk buasir luaran
Rawatan Buasir Dengan memakan produk atau makanan yang boleh melembutkan najis anda. Anda juga perlu melakukan beberapa perkara untuk melembutkan najis anda. Najis yang keras hanya akan menyebabkan iritasi atau keradangan yang berpanjangan pada buasir, lalu menyebabkan pendarahan.
Rawatan Buasir Dengan melembutkan najis. Antara cara untuk melembutkan najis anda ialah:
- Kekal hidrat. Minum banyak air sepanjang hari untuk mengelakkan sembelit
- Makan lebih banyak serat. Cuba secara beransur-ansur menambahkan lebih banyak makanan berserat tinggi ke dalam makanan anda, seperti biji-bijian, sayur-sayuran, dan buah-buahan segar. Ini dapat membantu mencegah sembelit dan najis tidak teratur
- Ambil pelembut najis. Sekiranya anda mengalami sembelit, cubalah mengambil pelembut najis yang boleh didapati di farmasi
- Gunakan suplemen serat. Sekiranya anda memerlukan bantuan tambahan untuk memastikan anda tidak mengalami sembelit, anda juga boleh mengambil suplemen serat, seperti metilselulosa atau sekam psyllium. Anda boleh membeli suplemen serat ini di kaunter farmasi
- Melakukan aktiviti fizikal setiap hari. Kekal aktif setiap hari boleh mengurangkan kadar sembelit yang dialami
Rawatan Buasir Dengan Mendapatkan Rawatan Hospital
Sekiranya rawatan di rumah tidak memberikan kelegaan kepada anda, terdapat beberapa rawatan pembedahan yang dapat membantu anda mengatasi masalah buasir ini.
Ini termasuklah kaedah ligasi gelang getah (rubber band ligation).
Ligasi gelang getah melibatkan penggunaan gelang getah kecil ke pangkal buasir dalaman. Ia akan menyekat aliran darah, yang pada akhirnya menyebabkan buasir mengecut dan mengecil.
Kaedah ini terbukti berkesan berbanding daripada kegunaan minyak gamat sebagai petua kecutkan buasir yang tidak terbukti keberkesanannya.
Apa Itu Buasir?
Buasir adalah salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur. Ia akan membawa masalah apabila ianya menjadi radang atau bengkak. Buasir boleh diklasifikasikan kepada dua bergantung kepada lokasinya iaitu buasir luaran atau buasir dalaman. Kedua-dua ini mempunyai simptom dan masalah yang berbeza.
Jenis – jenis Buasir
Jenis – jenis buasir adalah seperti berikut:
Buasir Dalaman
Merupakan salur darah vena yang bengkak di lapisan dalam rektum. Pesakit akan mengadu terdapat pendarahan selepas membuang najis tanpa kesakitan. Ada juga pesakit yang akan terasa seperti unjuran yang terkeluar dari dubur selepas membuang air besar. Unjuran ini mungkin hilang sendiri atau ada juga yang perlu menolak balik unjuran ini ke dalam.
Buasir Luaran
Merupakan salur darah vena di bahagian bawah kulit luar dari dubur. Pesakit akan mengadu sakit, berdarah, gatal atau bengkak semasa membuang air besar. Kesakitan yang dirasai seseorang itu mungkin berbeza. Ada orang yang mungkin merasa sedikit tidak selesa, tetapi ada juga yang merasa panas atau amat pedih. Sakit yang kuat mungkin berlaku akibat salur darah yang tersumbat oleh darah beku.
Mengapa Buasir Terjadi
Buasir adalah penyakit yang sering berlaku. Ia boleh terjadi kepada mana-mana individu tanpa mengira umur tetapi selalunya dilihat pada orang dewasa 30 tahun ke atas dan wanita mengandung. Ia sering dikaitkan dengan meneran semasa membuang air besar dan keadaan sembelit. Wanita mengandung mungkin mengalami buasir kerana pembesaran janin menyebabkan tekanan ke bahagian dubur dan juga akibat perubahan hormon. Selain itu, orang yang berlebihan berat badan, berdiri dalam jangka waktu yang lama setiap hari atau selalu mengangkat benda berat mungkin menghidapi masalah ini. Kesemua keadaan tersebut menyebabkan penambahan tekanan kepada salur vena di rektum dan dubur dan menyebabkan pembengkakan dan pembesaran.
Rawatan Buasir Adakah Perlu Jumpa Doktor?
Dapatkan nasihat dari doktor sekiranya anda mengalami pendarahan semasa atau selepas membuang air besar. Doktor perlu memastikan bahawa pendarahan tersebut berpunca dari buasir dan bukannya dari penyakit serius yang lain seperti kanser usus. Pemeriksaan untuk kanser usus perlu dibuat bagi mereka yang:
- Berumur 40 tahun ke atas.
- Mempunyai sejarah perubatan kanser usus atau ahli keluarga/ saudara yang mengalami kanser usus.
- Mengalami sakit atau ketidakselesaan perut.
- Mengalami pembuangan najis tidak menentu seperti selalu cirit-birit dan/atau sembelit.
- Turun berat badan tanpa sebab tertentu.
Apakah Kaedah Rawatan Mengelak Berlaku Buasir
Ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan buasir dan mengurangkan simptomnya:
- Elakkan sembelit
- Lebihkan pengambilan serat dalam pemakanan anda dengan memakan buah-buahan,sayur-sayuran hijau dan bijirin. Jika ingin memakan roti atau bijirin, pilihlah yang mengandungi bijiran penuh (wholemeal).
- Lebihkan minum air, sebaik-baiknya lapan gelas sehari.
- Lakukan senaman setiap hari.
- Elakkan pengambilan julap yang boleh menyebabkan cirit-birit dan menerukkan lagi masalah buasir. Anda boleh mengambil julap yang mengandungi serat tinggi seperti Fybogel yang bertujuan untuk mengelakkan sembelit.
- Mengurangkan kesakitan
- Mandi dengan air suam untuk mengurangkan kesakitan dan kegatalan.
- Jika terdapat pembengkakan, gunakan ais supaya bengkak surut atau duduk di dalam besen yang berisi air garam.
- Ambil pil untuk mengurangkan sakit seperti paracetamol, aspirin, atau ibuprofen.
- Terdapat banyak produk krim sapuan atau supositori yang berada dipasaran untuk rawatan buasir. Kebanyakkannya tidak mempunyai bukti yang kukuh bagi keberkesanannya. Produk-produk ini mungkin boleh mengurangkan simptom tetapi penggunaan berterusan tidak digalakkan. Ini kerana ia boleh menyebabkan masalah kulit disekeliling dubur.
Rawatan Pembedahan Buasir
Selalunya buasir akan hilang/baik tanpa rawatan jika anda mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan buasir seperti di atas. Walaubagaimanapun, sekiranya ia berterusan dan mengganggu anda, dapatkan nasihat doktor.
Pembedahan/prosedur untuk rawatan buasir boleh dilakukan sama ada di klinik atau perlu kemasukan ke hospital:
Prosedur di klinik:
‘Rubber band ligation’, boleh dilakukan bagi rawatan buasir dalaman. Rawatan ini adalah sangat ringkas dimana gelung getah yang kecil dipasang dipangkal buasir menyebabkan aliran darah ke kawasan tersebut terhenti dan buasir tersebut mengecut.
‘sclerotherapy’ di mana sejenis cecar contohnya Phenol disuntik ke dalam buasir tersebut menyebabkan dinding saluran vena tersebut mengecut.
Prosedur rawatan di hospital:
‘Hemorrhoidectomy’ di mana pembedahan dilakukan untuk mengeluarkan buasir tersebut. Pesakit yang menjalni prosedur ini mengambil masa 2-4 minggu untuk pulih.
‘Doppler guided transanal hemorrhoidal dearterialization’ di mana mesin ultrasound digunakan untuk mengenalpasti aliran darah arterial terbabit yang kemudiannya disekat.
‘stappler hemmorhoidectomy’ merupakan pembedahan untuk membuang bahagian tisu yang longgar yang menyebabkan buasir keluar dari dubur.
Adakah Buasir Boleh Berulang?
Ya, buasir boleh berulang walaupun pembedahan telah dilakukan. Oleh itu adalah penting bagi anda untuk mengelakkan sembelit,tidak meneran semasa membuang air besar dan menggelakkan perkara-perkara lain yang boleh menyebabkan buasir seperti yang dibincangkan di atas.
Buasir Bagi Wanita Mengandung
Buasir semasa mengandung sering bermula diperingkat akhir kandungan sehingga akhir waktu berpantang. Masalah buasir dikalangan wanita di Malaysia mungkin kerap berlaku akibat amalan berpantang. Ada amalan berpantang yang menyarankan ibu-ibu untuk mengurangkan minum air dan mengelakkan memakan buah atau sayur-sayuran tertentu. In mungkin akan mengakibatkan masalah buasir. Oleh itu, ibu-ibu dinasihatkan untuk berhati-hati ketika berpantang dan mendapatkan nasihat dan rawatan doktor sekiranya mengalami sembelit atau simptom buasir semasa tempoh berpantang.
Voucher & Jualan Rahmah Shopee Di SINI
Contoh Surat
Baca di Sini senarai contoh surat lain :
- Contoh Surat Perjanjian:Sewa Rumah, Jual Beli Kenderaan/Tanah, Ubahsuai Rumah, Kerja, Sewa Kedai & Jual Beli Haiwan
- Contoh Surat Rasmi:Aduan,Rayuan,Permohonan, Kerja,Berhenti Kerja, Mohon Sumbangan Format Terkini
- Contoh Surat Kebenaran Kepada Pejabat Hutan Masuk Hutan Simpan
- Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah (Format Terkini)
- Contoh Surat Permohonan Bantuan Bekalan Air Untuk Kenduri
- Surat Permohonan Kerja Kosong:Teknik Menulis & Contoh Surat Mohon Kerja TERKINI.
- Contoh Surat Wakil Kuasa:Urusan JPJ/Sebutharga/Bank/Myeg/LHDN/Majikan
- Surat Rayuan Ibadah Haji:Contoh Surat Mengikut Kategori & Borang Rayuan Haji
- Surat Rayuan MRSM:Format Surat Rayuan MRSM & Contoh Surat
- Contoh Kertas Kerja 2021:Format Terkini & Cara Tulis
- Kertas Kerja:Contoh / Format Terkini & Cara Tulis
- Contoh Resume Terbaik Mengikut Format Terkini
- Contoh Invois:Cara Semak Invois & Format Invois
Terima kasih. Semoga perkongsian tentang rawatan buasir ini memudahkan urusan anda insyaAllah.
Kewajipan Orang Yang Berilmu.
- Menuntut Ilmu
- Mengamalkan Ilmu
- Menyebarkan Ilmu
Smoga Bermanfaat keptennews.com